Jenazah Allahyarham Rohana Jalil selamat dikebmumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Kuala Lumpur, kira-kira jam 12.00 tengahari.
Sebelum itu, jenazah telah selamat disembahyangkan di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.
Kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan kenalan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Ads
Antara rakan selebriti hadir termasuk Jaafar Onn, Azizul Khamis, Noraniza Idris, Norshila Amin, Fasha Sandha, Ramlah Ram, Tya Ariffin, Izara Aishah, Azian Mazuan Sapuan dan ramai lagi.
Terdahulu, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11:33, malam Selasa.
Ads
Rohana Jalil, 68 telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.
Media-media juga melaporkan bahawa jantung Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil bila-bila masa sahaja boleh terhenti kerana jangkitan kuman telah merebak ke beberapa organ dalaman.
Selepas kontrak selama tiga tahun bersama syarakit ramakaman tidak disambung, kumpulan Kristal kini harus merancang semula perjalanan kerjaya muzik mereka untuk terus bergerak ke hadapan.
Menurut vokalisnya, Ewal, Kristal kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap undangan persembahan dahulu sebelum membuat sebarang keputusan tentang syarikat rakaman baharu.
“Single terbaharu Kristal terpaksa ditangguhkan dahulu sebab kita baru sahaja tamat kontrak dengan syarikat ramakan sebelum ini. Fokus kami ketika ini adalah untuk memenuhi setiap undangan persembahan di luar sehingga bulan Oktober.
“Sepatutnya kami ada single baharu yang sudah pun selesai dirakam. Namun, bila kontrak tamat, projek ini hanya diam begitu sahaja dan tidak disambung.
“Pada pemahaman saya, lagu tersebut ‘burn’ begitu sahaja. Kami tak rasa sayang pun sebab kami juga tak mahu lagu tersebut,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ewal turut mendedahkan Kristal banyak terikat dengan syarat syarikat rakaman yang menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan karya-karya yang lebih segar.
“Sepanjang tiga tahun kami bersama syarikat ramakan sebelum ini, Kristal tidak digalakkan atau bahasa kasarnya tidak dibenarkan untuk buat lagu sendiri.
“Katanya terlalu moden dan mengubah Kristal. Pada saya, alasan itu memang mengarut. Ia mengekang kami untuk berkarya. Kami kini selesa bergerak sendiri,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, Kristal amat memerlukan sokongan daripada syarikat rakaman yang mampu membawa mereka ke satu tahap yang lebih tinggi lebih-lebih lagi dengan kehadiran vokalis baharu.
“Kita kini hidup di dunia tanpa batasan. Hari ini keluar muzik rock, esok lusa keluar genre lain pula. Pendengar kini banyak pilihan dan segalanya dihujung jari.
“Tambahan pula saya ini vokalis Kristal yang baharu. Jadi, kami perlukan pendedahan yang lebih besar dari segi promosi lagu baharu dan persembahan-persembahan di pentas besar.
“Nama kami tenggelam sepanjang tiga tahun ini dan itu bukan salah kami. Itu masalah label yang jaga kami,” katanya lagi.
Pada masa sama, anak kepada bekas vokalis Wings, Mel ini turut mendedahkan Kristal tidak pernag mengalah bagi memastikan band tersebut kekal relavan dan mampu bersaing dengan band-band baru atau sedia ada.
“Sebagai artis, kita ini pengkarya. Kerja kami adalah masuk studio dan rakam lagu. Kalau dari segi promosi pula, itu kerja syarikat rakaman.
“Kami sudah sampai disatu fasa dimana populariti bukan lagi keutamaan. Kami hanya mahu kekal relavan dan masih diundang untuk membuat persembahan.
“Itu sudah cukup buat kami. Kami pun sudah berkeluarga. Fokus kami nak cari duit sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, Ewal telah menyerai band Kristal pada 2020 bagi menggantikan vokalis asalnya, Lan Solo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Kristal Band
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique telah sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Sheikh Nordin dalam majlis akad nikah yang berlangsung Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor tepat jam 9.35 pagi Jumaat.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Kariah Masjid Jami’il Huda, Haji Mahdi Mat Zin dan diwalikan bapa penganti perempuan, Datuk Seri Sheikh Nordin Syeikh Ahmad.
Dalam majlis itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 menyerahkan mas kahwin RM302 dan seutas gelang emas.
Sementara itu, MK dan Siti Hajaar masing-masing memberikan enam dulang hantaran manakala wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Ketika ditemui media, MK menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pernikahannya telah dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala berjalan lancar walaupun persiapan diadakan dalam waktu yang singkat.
“Saya mohon kepada semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada MH.
Pasangan raja sehari ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di sebuah hotel di Klang, esok.
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti anggoto kumpulan K-Clique, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
Sebelum ini, penyanyi asal Sabah itu memang tidak terlalu terbuka mengenai kisah cintanya sehingga mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat.
Malah, pada Mei lalu, tular sekeping foto yang memaparkan MK seakan melangsungkan majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup.
Bagaimanapun, MK tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung foto tular berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, tular ciapan seorang individu yang meluahkan rasa kecewa selepas kasut yang baru dibelinya daripada sebuah jenama terkenal antarabangsa telah menyebabkan kakinya melecet sehingga membataskan pergerakannya ketika bekerja.
Jelas individu berkenaan, dia amat mengharapkan kasut tersebut dapat memberikan keselesaan memandangkan dia membelinya dengan harga yang agak mahal.
Disebabkan terlalu kecewa, individu berkenaan memutuskan untuk menjual semula kasut tersebut agar dapat membeli kasut yang lain.
This my first skechers ever and i cam ragu ragu to buy another shoes sebab THIS ONE JE MAHAL NAK MAMPUS AND AKU GUNA SEMUA DUIT AKU UNTUK BELI DIA SINCE KAKI AKU BARU BAIK PATAH SO CAM BELI DEMI SELESA KAKI BUT 😭☠️
Tidak lama selepas itu, tweet yang kemudiannya tular itu mendapat respon daripada selebriti terkenal yang juga merupakan duta bagi jenama kasut berkenaan iaitu Ayda Jebat.
Jelas Ayda, dia amat bersimpati dengan kisah tersebut dan disebabkan itu, dia bersedia membantu wanita berkenaan untuk membeli semula kasutnya.
Hi. Terbaca your tweet. Can I know which outlet or dekat mana awak beli? Nampak macam ketat. Kesiannya kaki awak sakit.. alhamdulillah my experience, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Takpe, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya. 💚 https://t.co/as0bakjYHm
“Hi, saya terbaca tweet awak. Boleh saya tahu beli di cawangan atau kedai mana? Kesiannya kaki awak sakit.
“Alhamdulillah sepanjang pengalaman saya, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Tak mengapa, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya,” tulisnya.
Respon daripada Ayda itu nyata telah membuatkan individu tersebut berasa amat terharu.
Hi Ayda Jebat, thank you so much for your concern tapi kaki saya size besar… betul ke awak nak beli, saya nak dm tapi takboleh nak dm pulak 😭
“Kaki saya kasa kecil. Tak mengapa. Saya boleh bagi siapa yang nak nanti. Boleh dm saya dekat Instagram? Skechers which model?,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum terhadap tindakan tersebut selain turut memuji Ayda kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai duta dengan baik.
“Macam inilah tugas seorang duta. Tak sia-sia aku beli Skechers, memang selesa and tahan lasak.
“Baik nya kakak! As usual.
“Sebab inilah saya suka Ayda Jebat sejak cerita rindu awak 200%.
“Ambassador Skechers doing their jobs. Terbaik AJ.
“Baik betul Ayda. Idola betul,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Ayda merupakan antara selebriti yang laris dan selalu dipilih untuk menjadi duta bagi jenama tempatan dan antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Twitter Ayda Jebat & Kekna Gojes
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!