Bermula sebagai pengguna tegar, pelakon dan ahli perniagaan, Faezah Elai kini dilamar menjadi wajah kempen baju kurung koleksi raya Aidiladha, Hajeera Edition keluaran jenama Mawar Cotton.
Koleksi sebanyak 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated (enam warna) dan kurung scallope (tujuh warna) itu dilancarkan 9 Jun lalu bersempena sambutan Hari Raya Korban yang bakal diraikan hujung bulan ini.
Menurut pengasas jenama berkenaan, Nik Hetty Eliya Nik Ab Rahman, pemilihan artis berstatus ibu kepada lima cahaya mata itu didorong dengan alasan yang konkrit dan bertepatan dengan sasaran pelanggan mereka.
“Awalnya kami pernah menggunakan khidmat Faezah ketika mempromosikan koleksi terdahulu. Percaturan kami mengena apabila ulasan dan promosi dilakukannya mendapat sambutan baik.
“Malah ia bertepatan dengan gaya dan caranya yang menawan menggayakan kurung bercetak. Justeru, kami yakin boleh mengubahnya menjadi anggun dan lebih menyerlah dengan koleksi kami keluarkan.
“Ketika sesi siaran langsung di media sosial misalnya, bintang itu dilihat serasi dengan kelompok sasaran kami iaitu lebih kepada orientasi wanita Muslimah, keluarga. Tak lupa, kandungan yang dipromosikan di media sosial juga dekat dengan masyarakat,” katanya.
Diaju persoalan kenapa memilih Faezah yang dikatakan kurang meniti populariti atau suam-suam kuku di kalangan segelintir orang, Nik Hetty Eliya ada sebab tersendiri.
“Mungkin ada yang mengandaikan kami patut memilih artis atau selebriti yang lebih popular berbandingnya. Tapi dengan apa yang kami perhati selain kerjasama terjalin, dia ada keistimewaan dan tarikan tersendiri.
“Kami juga cuba melawan arus dan percaya setiap daripada kita ada rezeki masing-masing. Begitu juga dengannya. Ini juga langkah sulung kami mengambil artis sebagai wajah kempen atau wakilan.
Ads
“Lamaran dan perbincangan kami mengintainya sejak April lalu juga dipermudahkan. Dia tak banyak songeh dan sangat menyenangkan,” katanya lagi.
Terdahulu, jenama milik bumiputera itu kian dikenali awal tahun 2020 dengan rangkaian koleksi custome printed kurung pleated, kurung riau dan scallope kurung.
Istimewanya juga, Nik Hetty Alia menjelaskan salah satu rekaan koleksi Hajeera Edition yang dicetak iaitu Cahaya Palestina juga akan disumbangkan ke badan amal terpilih.
Sementara itu, Faezah yang juga isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ternyata terkejut dengan kepercayaan yang diberikan.
“Saya anggap ini rezeki terindah. Jujur hingga saat ini saya rasa macam masih bermimpi dengan tanggungjawab dan amanah diberikan selama sebulan untuk kempen raya haji ini.
“Rezeki ini juga sebenarnya membuka kisah lama apabila pihak mereka berpuas hati apabila ulasan dan promosi baju kurung dibuat di Instagram (IG) tiga atau empat tahun lalu membuatkan tak menang tangan dan laku keras.
“Saya pun sudah tak ingat dengan kisah berkenaan. Tapi syukur, di sebalik ada yang menganggap saya ‘sendu’, ada jenama yang berani memilih saya.
“Kata mereka, koleksi Hajeera Edition khususnya kena dengan personaliti saya,” katanya yang mula berhijab pada 2015.
Ads
Ibu kepadaLuqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyricca ini secara peribadi turut menyenangi rekaan baju kurung jenama terbabit.
“Pendek kata, rekaannya sesuai dengan gaya dan cita rasa saya. Rekaannya juga ‘rare’ dan tak polos. Motif yang direka dan dihasilkan bagai memberi nyawa kepada baju kurung jenama itu,” katanya.
Lebih 17 tahun menceburi bidang seni, wanita kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pembabitan seninya tidak seaktif dulu.
“Lagipun status saya sebagai ibu khususnya memerlukan saya memberi perhatian rapi kepada anak. Saya tidak pernah menyesali keadaan ini. Ikutkan tawaran berlakon drama dan filem tak pernah putus sampai saat ini.
“Cuma saya terpaksa tolak secara baik, kerana tak mahu menyusahkan produksi. Senang cerita, saya memang banyak berlakon di bawah arahan suami sendiri. Kalau ada tawaran pengarah dan produksi lain, jika kena dengan watak dan waktu… insya-Allah saya boleh pertimbangkan terutama kalau cuti sekolah.
“Jadi apabila tumpuan lebih kepada keluarga, saya banyak curi masa mempromosi perniagaan sendiri dan terbaharu bersama jenama Mawar Cotton,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah berkongsi video membeli cincin di media sosial, ramai yang beranggapan hubungan diantara pempengaruh Tik Tok, Ubai dan kekasihnya yang juga merupakan penyanyi, Shila Amzah bakal melangkah ke fasa yang lebih serius.
Ketika ditemui di majlis sidang media filem, Polis Evo 3 di Petaling Jaya pada Khamis, Ubai akhirnya mengesahkan tanggapan netizen itu sememangnya benar.
Menurut Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, tarikh untuk sebarang majlis masih belum ditentukan.
“Insya-Allah, cincin itu sebagai tanda untuk ke fasa seterusnya. Bila dah beli cincin, maksudnya saya serius (dalam hubungan).
“Kalau mengenai tarikh, belum tahu lagi sebab kami masih dalam perbincangan untuk tentukan tarikh yang sesuai,” katanya MH.
Katanya lagi, dia dan Shila tetap akan mengikut tradisi adat bermula daripada proses merisik.
“Kami akan melalui proses mengikut adat seperti merisik, bertunang sehinggalah hari bahagia kami. Tapi, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan terkini Shila
selepas muncul berita kontroversi membabitkan ibu bapanya, Ubai memilih untuk memberi ruang dan menenangkan Shila.
“Kalau pasal keluarga, saya tak masuk campur sangat sebab saya faham privasi mereka. Tapi, saya akan cuba tenangkan dia.
“Saya beritahu dia, kalau dia nak kongsikan dengan saya, saya akan mendengar. Kalau dia tak selesa untuk kongsikan, tak mengapa,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penceramah dan pendakwah bebas , Ustaz Ebit Lew memohon doa ramai agar impiannya untuk membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit yang dikenali sebagai Elews Mart berjaya direalisasikan.
Berbeza berbanding kedai runcit lainnya, Ebit merancang untuk membuka ‘food bank’ di setiap cawangan Elews Mart selain mahu menjual barangan runcit dengan harga paling murah.
Pada masa sama, dia turut mahu membuka peluang pekerjaan kepada yang berminat.
“Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate.
“Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart.
“Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan.
“Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan,” tulisnya.
Dalam hantaran Instagram sama, Ebit turut berkongsi lokasi cawangan yang telah dirancang.
“Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
“Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.
“Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua.
“Pohon doakan yer ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sg Buloh,Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kaseh semua,” jelasnya lagi.
Terkini, Ebit ada membuka 100 peluang pekerjaan di dalam pelbagai posisi kerja di Elews Mart dan mereka yang berminat boleh terus menghantar resume yang tertera.
Doakan yer…Elews Mart membuka peluang pekerjaan untuk 100 orang. Siapa berminat untuk bersama ElewsMart untuk…
Pemain drum kumpulan Floor 88, Akram mengakui tidak pernah menyangka dirinya akan dipilih menggantikan posisi pemain drum kumpulan legenda underground, ACAB, untuk siri konsert jelajah Eropah bermula Disember depan.
Menurut Akram, peluang itu hadir selepas drummer asal kumpulan berkenaan difahamkan mengalami masalah kesihatan dan setakat ini tidak dapat memberikan komitmen penuh terhadap siri persembahan tersebut.
“Pada saya, peluang ini ibarat mimpi kerana band tersebutlah yang mengajar saya bermain muzik pada awal tahun 2000. Bila vokalisnya sendiri, Megat datang berjumpa, saya macam tak percaya.
“Pemain drum asal dikatakan ada masalah jantung. Jadi, dia memang tak boleh berikan sepenuh komitmen untuk konsert jelajah di Eropah. Bila ditawarkan, saya terus setuju.
“Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada konsert jelajah ini,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran MARA Automotive Ecosystem 2025 (MATEC2025): Charge The Hype, baru-baru ini.
Mahu Buktikan Kemampuan
Meskipun ada yang mempersoalkan kredibilitinya untuk bermain bersama ACAB, Akram tetap tenang dan bertekad untuk membalas kepercayaan yang diberi dengan sebaik mungkin.
“Memang ramai yang mempersoalkan mengapa saya yang dipilih. Sedangkan mereka tidak tahu yang saya juga aktif dalam kumpulan ‘skinhead’ pada tahun 2000.
“Saya sudah pernah merasa suasana muzik ‘underground’. Bila Megat ajak saya sertai mereka, saya sebenarnya sudah hafal semua lagu-lagu mereka sejak dari sekolah lagi.
“Jika ada yang kata saya tidak layak, InshaAllah saya akan buktikan di konsert jelajah Eropah nanti. Saya akan pastikan yang saya juga boleh menjaga nama baik ACAB ini,” jelasnya lagi.
Tambah Akram, jelajah tersebut bakal bermula di Jerman sebelum diteruskan ke United Kingdom, termasuk dua bandar utama iaitu London dan Liverpool.
“Alhamdulillah, selain daripada Jerman, Megat sudah ‘lock’ jadual untuk jelajah di United Kingdom pula pada bulan Jun tahun hadapan.
“Buat masa ini, Megat memang minta saya bantu ACAB. Katanya, dia tidak akan mengadakan konsert di Malaysia lagi. Fokusnya kini lebih kepada Eropah dan Amerika Syarikat,” ujarnya.
Berhubung komitmennya bersama Floor 88, Akram memaklumkan kumpulannya sudah pun dalam proses mencari drummer sementara bagi mengisi kekosongan sepanjang tempoh dia bersama ACAB.
“Floor 88 memang keutamaan saya. Namun, bila saya ada komitmen lain, saya akan cari pengganti. Alhamdulillah, kita sudah pun membuat saringan untuk mencari drummer yang sesuai.
“Kami tidak akan menolak tawaran persembahan. Floor 88 akan berjalan seperti biasa,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kredit Foto: Instagram Akram & ACAB
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.