Tuah tidak menyebelahi penyanyi kelahiran Singapura, Farhan Shah selepas namanya diumumkan sebagai peserta keempat yang tersingkir daripada Big Stage 5, malam tadi.
Di dalam saingan minggu keenam itu, Farhan menyampaikan lagu Fighter yang dipopularkan Christina Aguilera tersingkir selepas pihak juri, Ajai dan Aina Abdul menggunakan Imuniti-X sekaligus menyelamatkan Dem Lepak Boyz.
Turut berada di tiga kedudukan tercorot ialah Firdaus Rahmat.
Dikongsikan senarai kedudukan peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional;
1. Waode – 95.67%
2. Putera Muhammad – 85%
3. Nadeera Zaini – 93.33%
Ads
4. Hoondoo – 87.67%
5. Puteri Khareeza – 82.67%
6. Coex – 82.33%
7. Aufahanie – 71.67%
Ads
8. Dem Lepak Boysz – 70.67%
9. Farhan Shah – 64%
10. Firdaus Rahmat – 61.33%
Ads
Bertemakan Wow-Wa Whats Next, 10 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan minggu ini, Datuk Sri Rossa.
Sementara itu, Putera Muhammad memenangi Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional minggu ini.
Penyanyi itu membawa pulang wang tunai RM3,000 selain turut mengungguli Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000.
‘Big Stage’ sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Big Stage 5 berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Alif Satar dan Raihan kini berduet kembali dengan single ‘cover’ terbaru sempena dengan kehadiran Ramadan tahun ini.
Selepas kejayaan Sesungguhnya2019 pada ramadan lalu, Alif Satar yang sememangnya meminati kumpulan nasyid, Raihan merakam kembali single Damba CintaMu.
Menurut Alif, dia memilih lagu terbabit kerana ia merupakan antara lagu kegemarannya ketika mendengar lagu-lagu dendangan Raihan dan ia cukup memberi kesan keinsafan dalam mencari cinta kepada tuhan.
“Susunan lagu ini di buat untuk memberi impak yang sangat kuat. Melodi lagu asal ini lebih kepada ‘accapela’ tetapi kali ini sususan lagu dan melodi di buat dengan lebih segar dan moden kerana liriknya sahaja sudah cukup bermakna.
“Ia dibuat oleh ahli-ahli band Alif iaitu The Locos.Penggunaan alat muzik sangat sesuai pada tempatnya dan secukup rasa tidak berlebihan.
“Bunyi drum yang bersahaja tetapi ada dinamiknya bila tiba masanya. Gitar dan bass juga bersesuaian dan tentunya bunyi clarinet yang seolah-olah menangis.
“Kami tidak sempat menyiapkan video muzik lagu ini namun kami persembahkan lirik video untuk tayangan di platform YouTube. Menariknya, lirik video kali ini seolah-olah ada kena mengena dengan apa yang kita sedang lalui sekarang,” kongsi Alif.
Pada masa sama, lirik video turut menyelitkan bait lirik dalam bahasa Inggeris bagi kemudahan semua.
“Lirik video kali ini juga, kami menyediakan sarikata Bahasa Inggeris bagi bait-bait lirik untuk memudahkan orang yang tidak memahami Bahasa Melayu.
“Lebih menarik lagi,kami menggunakan khidmat seorang selebriti wanita terkenal dan sempat merakamnya terlebih dahulu sebelum perintah kawalan pergerakan di umumkan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, muzik video lirik Damba CintaMu yang menampilkan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa nyata mencuri tumpuan.
Neelofa yang dirakam sedang merintih berdoa ternyata membuatkan ramai tersentuh dan rata-rata peminat memuji pemilihan Neelofa sebagai subjek utama dalam muzik video berkenaan.
Menurut Raihan pula, Damba CintaMu merupakan lagu yang dicipta Abu Bakar (anggota Raihan) pada tahun 1997.
Lagu ini berkisar tentang pengakuan secara terus terang kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa.
“Sebagai manusia yang biasa kita kadang-kadang buat baik,kadang kala kita tidak sengaja dan kita terlupa siapa diri kita sebagai hamba Allah. Ada kalanya kita sengaja berbuat dosa,sedangkan kita tahu Allah Maha Melihat & Maha Mengetahui.
“Tapi rahmat dan pengampunan Allah itu maha luas.Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah. Selepas berbuat salah kembalilah bertaubat kepadaNYA.
“Walaupun berulangkali berbuat salah tetaplah kembali semula bertaubat kepada Allah swt.Kita takut kepada Allah tetapi kita mengharap pada Allah. Kita tiada pilihan selain kembali kepadaNya,” akui Raihan.
Sementara itu menurut Abu Bakar, dia berasa bersyukur kerana lagu ini kembali didengari pada tahun 2020 dan sangat berterima kasih kepada Alif Satar dan sahabat-sahabat Raihan atas kerjasama ini.
“Cuma saya agak sedih kerana seminggu sebelum lagu ini direkodkan, ibu saya telah kembali ke rahmatullah.
“Jadi jika ada kebaikan, jika ada yang mendapat hidayah, jika ada yang memeluk islam setelah mendengar lagu in,saya hadiahkan semua semua pahala yand ada pada ibu saya Hjh Raden Ramlah Bte Raden Haji Ali…. Amin,” titip Abu Bakar.
Damba CintaMu telah berada di semua platform streamingbermula 27 April 2020, Isnjn lalu.
Manakala lirik video juga ditayangkan pada tarikh yang sama di YouTube. Alif sebelum itu telah pun mengeluarkan ‘teaser’ lagu ini pada hari pertama ramadan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berpendapat soal berkaitan agama seperti ibadah, berhijab dan hijrah tidak perlu disensasikan oleh sesiapa.
Fazura menerusi satu perkongsian di Instagram berharap, perkara tersebut merupakan perjalanan hidup peribadi seseorang.
“Ibadah, Hijab, Hijrah. It is a person’s secret intention with Allah SWT. A personal journey that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukup lah. #penat,” paparan yang dikongsikan ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya menyambut baik pendirian berkenaan selain ada yang menitipkan kata positif buatnya.
Sementara itu, suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ada berkongsi mengenai reaksinya mengenai hal tersebut.
“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini,” kongsinya dalam sidang media virtual di sesi pelancaran single terbaharunya, Hamba pada Khamis.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan puteri sulung,Nur Fatima Aisya yang kini berusia sembilan bulan.
Sebelum ini, penampilan bintang cantik itu menjadi perhatian apabila dilihat mengenakan tudung sejak Ramadan lalu sehingga kini, sekaligus mendapat doa yang baik serta pujian ramai.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengakui berasa amat terharu selepas dikurniakan anugerah sebagi Duta Muhibbah Palestin oleh pihak kerajaan negara berkenaan.
Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak turut membincangkan mengenai program kerjasama yang bakal dijalinkan pada masa akan datang.
“Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang.
“Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestin, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.
“Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja. Kami berbincang untuk program-program di Palestin di masa akan datang,” tulisnya.
Pada masa sama, Ustaz Ebit turut memaklumkan dia bersama pihak Kementerian Luar Palestin turut telah bersetuju untuk menganjurkan pameran sebagai memperingati para keluarga serta pejuang yang telah terkorbam sepanjang pergolakan yang berlaku di negara tersebut.
“Saya bersetuju bekerjasama dengan kementerian luar projek – cultural Exhibition of heroism and Sacrifice. Demi maslahat anak muda remaja disana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban.
“Ada berapa banyak keluarga dah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan yang mereka yang telah terkorban
“Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Palestine. Terima kasih kementerian Luar Palestine dan semua rakyat Palestine. Terasa bagai semua keluarga,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ustaz Ebit turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah pun menyokong misinya itu selama ini.
“Terima kasih doa semua rakyat Malaysia. Terima kasih DS @hishammuddinhussein dan Wisma Putra. Terima kasih Kedutaan Besar Malaysia Mesir. Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Menjunjung kasih Tuanku @hrhcrownprinceofjohor yang bersama misi ini dan selalu mendoakan.
“Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Menjunjung kasih Tuanku, kerana membantu dan mendoakan dari mula misi. Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga segala urusan Ustaz Ebit sepanjang menjalankan misinya itu akan sentiasa dipermudahkan.
“Bangga dengan Ustaz. Terus melakukan kebaikan Ustaz Ebit. Jadi inspirasi untuk kita semua. Kita doakan ustaz sentiasa.
“Tahniah Ustaz. Ustaz sememangnya layak. Lebih daripada layak untuk anugerah tersebut. Terima kasih atas segalanya ustaz. Segala kebaikkan Ustaz selamana ini tidak terhitung dengan jari. Terima kasih kerana terus menerus menjadi inspirasi kebaikkan kepada ramai orang.
“MasyaAllah you really deserve that Ustaz. May Allah bless you endlessly. Amin,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Liew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari bangunan di kawasan sekolah.