Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, pelakon Lufya Omar baru-baru ini berkesempatan ke Raudhah dengan mudahnya, meski dihimpit jutaan manusia. 

Katanya, dia bersyukur kerana dapat mendirikan solat di saf (barisan) hadapan. 

“Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak❤
Raudhah di buka 2x sehari iaitu pada waktu selepas subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25.

“Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa. 
Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan fya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah),” kongsinya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu turut berkongsi tips buat jemaah yang pertama kali menjejakkan kai ke Raudhah.

“Syukur dengan rezeki ini, fya kongsikan sedikit tips untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah. ..

❤Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, pakistan dan sebagainya. 

IKLAN

❤Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tak sakit sgt apabila dirempuh dan di asak(rasa macam main raghbi pun ada 😂) Pakai Stokin yang tebal. Makan byk sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga..
 
❤Orang di sini berkejar dan berlari lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian utk solat di saf terbaik di dalam Raudhah

❤Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al quran kpd ibu bapa kita utk mudah mendapat bantuan yg tidak disangka- sangkakan. .

❤Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan. ..

❤Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan Orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain…

IKLAN

 ❤Jangan ikut perbuatan yang melebih -lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana,” kongsinya.

View this post on Instagram

Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak❤ Raudhah di buka 2x sehari iaitu pada waktu selepas subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25. Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa. 🤲 . Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan fya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah). . Syukur dengan rezeki ini, fya kongsikan sedikit tips untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah. .. . . ❤Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, pakistan dan sebagainya. … . . ❤Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tak sakit sgt apabila dirempuh dan di asak(rasa macam main raghbi pun ada 😂) Pakai Stokin yang tebal. Makan byk sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga.. . . ❤Orang di sini berkejar dan berlari lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian utk solat di saf terbaik di dalam Raudhah . . ❤Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al quran kpd ibu bapa kita utk mudah mendapat bantuan yg tidak disangka- sangkakan. . . ❤Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan. .. . . ❤Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan Orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain… . . . ❤Jangan ikut perbuatan yang melebih -lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana. . Semoga bermanfaat 🤲 Terima kasih @amwajtravel membimbing fya dan jemaah lain dengan ilmu yang cukup padat. Sampai sini kami dah bersedia dari segi ilmu, mental dan fisikal. Rezeki Allah bagi. Im bleesed. 🥰

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Disamping itu, anak kelahiran Johor itu juga berkongsi beberapa aktiviti sepanjang berada Tanah Suci.

IKLAN
View this post on Instagram

🕊 Allahumma solli ala saidina muhammad. . Masjid Quba merupakan masjid pertama di bina oleh Rasulullah s.a.w. Masjid Pertama kali dibangun oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan Nabi sendiri yang telah meletakkan batu kiblat pada masjid ini. . Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala 1 umrah. . 👗 Jubah yang lufya kenekan ni sangat selesa dan sejuk dipakai. Ramai yg puji design jubah ni dan suka material kain ni. Jubah dari Dubai ni boleh didapatkan di IG @nadeesya_ dengan pelbagai lagi design yang cantik-cantik belaka. Semoga sharing ni membantu anda memilih pakaian yang selesa untuk menutup aurat dan beribadah. 😊 . #masjidquba #kebunkurma #Madinah #saudiarabia #saudi #medina

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

View this post on Instagram

12 Januari 2020 Happiness ❤ Allah tidak pernah melupakan kita, walau terkadang ada juga manusia yang tidak mahu menyembahNya, Allah tetap datangkan rezeki baginya. Allah tahu manusia ini lemah, sering alpa dan lupa. Allah Maha Baik. Allah Maha menerima Taubat. 24 jam Allah buka pintu taubat selagi mana manusia itu masih bernafas maka pintu taubat sentiasa terbuka. . Ramai manusia inginkan kebahagiaan. Ketenangan & ketentraman jiwa yang susah nak diungkapkan bila mana kita berada di Tanah Suci. Carilah Allah dan rahsia2 yang tersembunyi. Carilah Allah pada sepertiga malam. Selangkah kita mencari Allah, 10 langkah Allah datang kepada kita. Subhanallah. ❤ . Lufya doakan semua followers tersayang fya dijemput sebagai tetamu Allah dalam masa terdekat ini dan bagi yang belum menunaikan haji, fya doakan kita semua diberikan rezeki dan kudrat untuk menjalankan ibadah yang dituntut ini. Aamin . TIMA 2.0 by @losravelda #lvtima #tima

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Terdahulu, pelakon itu telah berangkat ke Tanah Suci pada Sabtu lalu dan meninggalkan anaknnya, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Lufya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI