Terdahulu, pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri, Mr. Grey itu selamat diijabkabulkan pada 1 November 2019 lalu dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.
Foto: Instagram Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Youtube Gegar, DJ Nazz yang bersiaran bersama tetamu jemputan, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mendapat perhatian ramai.
Dalam pada berkongsi mengenai kerjaya, bekas hos terkenal ini turut bercerita mengenai sisi peribadinya, termasuk kisahnya bersama penyanyi, Ziana Zain.
Dia mengulas secara jujur spekulasi yang bertebaran selama ini mengenai isu ‘patah hatinya’ dengan bintang berkenaan.
Meski puluhan tahun berlalu, namun lelaki ini mengingati setiap inci memorinya.
“Masa itu saya sedang berangan bercinta dengan Ziana Zain. Saya ke rumah dia dan berjumpa bapanya untuk meminta izin membawa Ziana keluar makan. Bapanya berpesan agar menjaga Ziana baik-baik.
“Walaupun hati saya memberontak mahukan Ziana Zain namun orang kata Korban Cinta. Dia tiada perasaan yang sama terhadap saya, hanya saya yang bertepuk sebelah tangan.
“Tapi dia sudah kena karma, tengok apa yang terjadi kepadanya. Bangga sangat berkahwin dengan lelaki itu.
“Semasa membawa Ziana Zain keluar, saya rasa seolah-olah seperti Justin Bieber, namun dia memanggil saya ‘deknon’.
“Daripada Shah Alam, saya membawa dia ke Hotel Concorde dan waktu itu saya meluahkan perasaan dan katakan saya suka padanya,” akuinya.
Lalu, ini reaksi yang diberikan penyanyi Kemelut Di Muara Kasih itu.
“Namun jawapannya ‘deknon jangan nak mengada. Kita kawan sahaja, tak ada feeling-feeling. I tak berminat’. Selepas beberapa minggu, keluar kenyataan di Media Hiburan katanya ‘saya tiada taste dekat Azwan Ali.
“Bayangkan maruah lelaki saya pada waktu itu,” jelasnya tanpa berselindung.
Malah, pengacara hebat ini turut menyatakan perwatakan Ziana Zain sebagai 'simple lady’ membuatkan dia jatuh cinta.
“Sewaktu saya gilakan dia, dia seorang yang simple lady. Bukan seperti sekarang, semakin cantik dan vogue.
“Dia sempoi dan itu yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya. Dia ada sesuatu yang menarik di mata saya. Tapi tak ada jodoh, tak apalah,” katanya lagi.
Selain itu, Azwan turut menjawab persoalan mengenai perubahan drastik penampilan berbanding sewaktu awal kemunculan dalam dunia seni.
“Saya akui ramai yang memuji ketampanan saya waktu awal dahulu dan masih menyimpan komen-komen berkenaan. Tapi sebenarnya saya mahu jadi begini, saya tidak peduli.
“It’s just a change of life. Lagi saya dikutuk, ini cara saya provoke mereka,” tambahnya menerusi rancangan terbabit.
Dalam pada itu, program #begitubegini bersama Azwan Ali turut mengulas kehidupannya sebagai pelajar pintar dalam jurusan Undang-Undang, pengalaman diherdik Fauziah Ahmad Daud dan populariti.
Sumber : Youtube Gegar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa hari di tanah suci, pelakon jelita Sweet Qismina ada berkongsi cerita dan perasaan bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Titian Takdir ini sedang menunaikan ibadah umrah yang turut disertai anggota keluarganya yang lain.
“Raudhah was, ya Allah mmg tidak terkata sangat. Sebak rasa ni. Kesabaran itu sangat tinggi untuk tempuh perjalanan ke Raudhah tapi Allah permudahkan segalanya untuk kami. Terima kasih ya Allah #fqs,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji penampilan Sweet yang kelihatan manis berhijab.
Sekadar informasi, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi telah dilahirkan pada 24 Oktober 1997 di Kuala Lumpur dan telah memulakan karier lakonan seawal usia 11 tahun.
Foto: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Scha Alyahya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali sebagai Endometriosis di sebuah pusat perubatan, Khamis lalu.
Memetik Harian Metro, ia merupakan pengalaman kedua dan kali pertama bintang Racun Suami Jahanam ini menjalani pembedahan sama adalah kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu sebelum disahkan hamil anak sulungnya, Lara Alana.
Lega kerana semuanya berjalan lancar, Scha seperti yang dipetik turut memasang harap agar keinginan untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.
Jelasnya lagi, apa yang berlaku sebagai antara penyebab yang menyukarkan dirinya untuk hamil lagi.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua.
”Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” tambah Scha.
Untuk rekod, Scha mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang puteri, Lara Alana yang kini mencecah usia enam tahun.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.