Pengacara Nana Mahazan mengakui dia terkejut dan tak sangka namanya ‘tersangkut’ dalam senarai Top20 bagi kategori Artis Fesyen MeleTOP.

Menerusi kategori berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata ini bersaing dengan nama-nama besar dalam dunia hiburan tempatan seperti Neelofa, Scha Alyahya, Fazura dan ramai lagi.

Rasa terkejut itu turut dikongsikan Nana menerusi Instagram.

“Semalam..kelakar sebenarnya masa Meletop jemput kata kakak tercalon utk Top20 AME19 tapi tak bgtau utk kategori apa.. So kakak assume utk kategori hos lah kot ye.. tp smlm tgk senarai nama hos tiada ye.

“Kakak pun mcm, ‘eh takkan kategori penyanyi pulak..’??? ok berangan.. hahaha.. sekali kategori Fesyen Meletop sebaris Neelofa, Scha, Awal, Fazura, Hael dan lain lain, so mmg lah kakak tertinggal 10 tiang ?? but hey, Top20 pun ok kan..? .
.
Kalau kategori hos meletop pun mmg tahu jua akan lagi tertinggal bertiang2, sebab Top20 dia mmg semua power.. but ingat sebab tu keje kakak kan.. kakak cuba lagi next year.. hehehe…,” tulisnya.

View this post on Instagram

Semalam.. kelakar sebenarnya masa Meletop jemput kata kakak tercalon utk Top20 AME19 tapi tak bgtau utk kategori apa.. So kakak assume utk kategori hos lah kot ye.. tp smlm tgk senarai nama hos tiada ye.. kakak pun mcm, ‘eh takkan kategori penyanyi pulak..’??? ok berangan.. hahaha.. sekali kategori Fesyen Meletop sebaris Neelofa, Scha, Awal, Fazura, Hael dan lain lain, so mmg lah kakak tertinggal 10 tiang ?? but hey, Top20 pun ok kan..? . . Kalau kategori hos meletop pun mmg tahu jua akan lagi tertinggal bertiang2, sebab Top20 dia mmg semua power.. but ingat sebab tu keje kakak kan.. kakak cuba lagi next year.. hehehe.. . . Apa pun thanks Meletop atas acknowledgment n tersenarai Top20 utk kategori Fesyen Meletop.. Alhamdulillah, kakak bersyukur.. This is my first AME pun.. so yeay! . Congrats to the rest yg nominated utk kategori masing2.. ?

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ™️ (@nanamahazan) on

IKLAN

Pada masa sama, Nana turut mengucapkan terima kasih kepada pihak MeleTop atas pencalonannya bagi kategori berkenaan.

“Apa pun thanks Meletop atas acknowledgment n tersenarai Top20 utk kategori Fesyen Meletop.. Alhamdulillah, kakak bersyukur.. This is my first AME pun.. so yeay! .
Congrats to the rest yg nominated utk kategori masing2…,” kongsi Nana.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Nana memberitahu dia bersyukur meski dirinya sudah lama terlibat dalam pengacaraan.

IKLAN

“Itulah penat saya datang hari ini sebab ingatkan tercalon bagi kategori pengacara. Tapi akhirnya nama ‘sangkut’ untuk kategori fesyen. Tapi tak mengapalah sebab nama saya sebaris dengan Neelofa. Jadi saya onz sahajalah.

“Apa pun, saya turut mengharapkan peminat buka mata atau sedar dengan kehadiran saya dalam dunia pengacaraan memandangkan sudah telibat lebih 15 tahun dalam bidang tersebut.

IKLAN

“Bila nama tercalon rasa bersyukur dan kalau dapat melangkah ke Top 5, ini adalah penyertaan pertama saya di Anugerah MeleTop,” katanya lagi.

Anugerah MeleTop 2019 bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April depan.

Foto: Instagram Nana Mahazan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI