Tular di laman sosial apabila petugas barisan hadapan Malaysia menitipkan kata-kata semangat buat frontliner Indonesia dengan tandapagar #Indonesiabisa.
Ianya selepas petugas barisan hadapan Indonesia meluahkan kekecewaan terhadap sikap rakyat Indonesia yang tidak bekerjasama dalam memerangi wabak Covid-19 terutama ketika sambutan perayaan Aidilfitri.
Terdahulu tular sebuah video frontliner Indonesia dengan pakaian lengkap pakaian pelindungan diri (PPE) beserta tulisan ‘Indonesia? Terserah’ dengan paparan rakyat Indonesia yang masih berkumpul dalam meraikan Aidilfitri mengundang sebak orang ramai.
Pelakon Shima Anuar terkilan apabila didakwa bertindak melayani pelanggannya dengan kasar menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.
Malah, pelakon itu turut berkongsi bukti perbualan menerusi entri terbaru dan menyifatkan sudah memaafkan individu tersebut.
Dia bagaimanapun tidak ragu-ragu mengambil tindakan andai isu terbabit timbul lagi.
“@laksambys punya hal. Suami sy dah pesan, jangan reply apa2, tak payah layan, biarkan je. Dan dalam hati sy pun dah maafkan dia sebab sy tak rugi apa2 pun.
“Tapi dia email @mstaronlineofficial dan cuba fitnah sy. Dengan mengatakan sy kasar dgn dia. Kat sini sy tunjukkan bukti our conversation.
“Just in case dia menghasut org lain pulak nanti. Anda nilai la sendiri ya? Lepasni kalau ada lagi isu ni, sy tak akan teragak2 untuk ambil tindakan dan tak akan terima sebarang permohonan maaf lagi kerana dia cuba memfitnah sy dan cuba menjatuhkan sy.
“Penat tau buat laksam ni. Jangan cari pasal. Takde sakit jangan cari penyakit.
Sinonim berkongsi cara penyediaan pelbagai hidangan menyelerakan, Datin Paduka Eina Azman kali ini ada berkongsi cara-cara membuat pencuci mulut popular, Durian Crepe menggunakan Durian Musang King.
Memuat naik satu video pendek dalam durasi kira-kira 1 minit, menu yang disediakan tampak mudah untuk dibuat.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini juga tidak lokek untuk berkongsi resipi penuhnya buat para peminat.
Suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari mengimbau detik empat tahun lalu sewaktu mula menjalankan perniagaan Ayana Hijab.
Kongsinya, dia telah menempah kira-kira 8000 meter kain dengan empat warna berbeza dan dijanjikan untuk mengambilnya dua bulan sebelum raya.
Namun cukup mengecewakan apabila tempahan yang dibuat hanya siap satu minggu sebelum raya dan akibatnya, kain tersebut hanya tersidai di dalam kedai.
Dakwa Fadzil, itulah cara yang digunakan kapitalis untuk ‘membunuh’ peniaga kecil yang menjadi saingan dalam dunia perniagaan.
“Teringat lagi raya 4 tahun dulu, masa buat @ayanahijab kami order kain 8,000 meter. Janji ok kain 4 kaler ni u boleh mari ambik 2bulan sebelum raya, kami terus letak deposit 50% ONZzz.
“Tunggu punya tunggu, seminggu sebelum raya baru terima kain.
“Seminggu nak raya baru dapat kain nak buat tudung raya jadah hapa… pastu hangpa tau dak?? Kaler pun salah… hang rasa macamana?
“Tak boleh tukar balik & tak sempat dah pun nak tukaq balik, last2 jadi apa kain tu berlonggok je la dalam kedai kami tak sempat buat apa.
“Tu la cara kapitalis nak bunuh peniaga kecik yang ada saingan pada produk dia, ada paham?,” dakwanya.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga menjelaskan, rupanya ramai peniaga turut menjadi mangsa.
“Dah la juai kain dengan orang orang macam kami, dia sendiri pun juai tudung, dia sendiri pun juai baju raya. Baju kat butik kami jual harga RM180, dia bunuh orang2 macam kami dengan jual baju harga RM10.
“Ingat kami sorang ja kena camni, rupanya ramai lagi yang kena, ada yg depa tiru design baju sebijik pastu jual harga lagi murah, habis.
“Ada tokey yang dah tak ambik supply ngan depa diganggu bisnesnya, hantaq orang buat kacau kat tempat bisnes baru tokey tuh, kesian baq hang.
“Yang pernah kena paham paham la kan,” tulisnya panjang lebar.