Pelakon Rafidah Ibrahim memuat naik sekeping foto dua orang tuanya dan menyatakan kedua insan tersayang itu meninggal dunia beberapa hari sebelum tarikh kelahiran mereka.

Jelas Fida, hari lahirnya bakal tiba beberapa hari lagi dan berfikir mungkinkah takdirnya juga begitu?

Dikesempatan tersebut, bintang ini memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan dan menyatakan setiap yang dikongsi di laman sosial biarlah yang mendatangkan manfaat kerana itu mungkin status terakhir kita.

“Assalamualaikum semua. Saje je nak share ni. Secara mata kasar yang fida nampak persamaan kedua orang tua fida adalah mereka meninggal dunia beberapa hari sebelum tarikh kelahiran mereka.

IKLAN

“Bila duduk sorang2 kadang terfikir jugak, 4 Jun bakal tiba. Adakah persamaan yang sama jugak bakal berlaku pada diri ini.

“Sekiranya ada yang pernah fida lukai atau sakiti secara langsung ataupon tidak, fida mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan & kelemahan diri ini.

*tak sama rasa macam kecik2 dulu bila tunggu hari jadi.

IKLAN

“Dah besar ni makin rasa risau & takut. Sama-sama la kita amalkan surah Al Mulk setiap hari ya. Mudah-mudahan menjadi pelindung kita di alam barzakh. #doa #almulk #mati (*Akhir2 ni ramai ustaz berpesan, nak post kat media sosial biar yang baik2, mana tau itu mungkin yang terakhir dari kita.. Wallahu).

“Mak bulan Sya’ban, Ayah bulan Ramadhan.. Mungkin anak bongsu mereka bulan Syawal.. Wallahu,” kongsinya panjang lebar.

IKLAN
View this post on Instagram

Assalamualaikum semua💕. . . Saje je nak share ni.. Secara mata kasar yang fida nampak persamaan kedua orang tua fida adalah mereka meninggal dunia beberapa hari sebelum tarikh kelahiran mereka.. . . Bila duduk sorang2 kadang terfikir jugak, 4 Jun bakal tiba.. Adakah persamaan yang sama jugak bakal berlaku pada diri ini… . . Sekiranya ada yang pernah fida lukai atau sakiti secara langsung ataupon tidak, fida mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan & kelemahan diri ini 🙏🏻.. . . *tak sama rasa macam kecik2 dulu bila tunggu hari jadi.. Dah besar ni makin rasa risau & takut. Sama-sama la kita amalkan surah Al Mulk setiap hari ya. Mudah-mudahan menjadi pelindung kita di alam barzakh. #doa #almulk #mati (*Akhir2 ni ramai ustaz berpesan, nak post kat media sosial biar yang baik2, mana tau itu mungkin yang terakhir dari kita.. Wallahu.. ). . . Mak bulan Sya'ban, Ayah bulan Ramadhan.. Mungkin anak bongsu mereka bulan Syawal.. Wallahu..

A post shared by R A F I D A H I B R A H I M (@rafidahibrahim) on

Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua.

Foto : Instagram Rafidah Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI