Pelakon Ikmal Amry menyifatkan kemalangan yang dialami sebagai ujian dari Allah SWT.

Lewat petang Sabtu, Ikmal terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka ketika dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan balik ke kampung.

“Allah uji saya dan nak ganti yang lebih baik. Kereta saya hilang kawalan dan terbalik sebanyak lapan kali,” katanya.

Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali menambah, dia bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami kecederaan teruk.

“Saya dalam perjalanan ke Melaka untuk balik kampung. Ketika saya mahu ubah laluan ke kanan, saya terlanggar sebuah kereta hingga hilang kawalan. 

IKLAN

“Alhamdulillah saya sekeluarga semua okey.  Tidak mengalami sebarang luka, cuma mengalami sakit-sakit badan sahaja,” katanya.

Dia pada masa sama mengakui, kemalangan terbabit menjadi satu mimpi ngeri dan bersyukur Tuhan masih panjangkan usia dia sekeluarga.

IKLAN

“Mimpi ngeri yang tak sanggup saya lalui tapi terjadi. Pahit untuk ditelan, tapi pengalaman yang menjadi pengajaran. 

“Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Ikmal turut berkongsi beberapa keping foto dan video menunjukkan keadaan kereta yang dipandunya terbalik di tengah jalan raya di media sosial.

Rata-rata peminat serta rakan artis mendoakan agar dia sekeluarga tabah dan semoga semua urusan dipermudahkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI