Pempengaruh dan usahawan, Nur Sajat sejali lagi menjadi perhatian wargamaya apabila dia khabarnya pernah membintangi klip video versi karaoke menerusi lagu Kekasih Pujaan nyanyian Allahyarhamah Biduanita Datuk Sharifah Aini.
Perkara tersebut menjadi bualan di aplikasi sosial TikTok apabila video terbabit telah pun dikongsi ramai.
Di dalam klip video berkenaan, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu didakwa mengenakan persalinan baju Melayu, lengkap bersongkok.
Individu yang didakwa mirip Sajat itu bersama seorang ‘talent’ wanita turut dilihat menari mengikut alunan lagu terbabit.
Ads
“Hmmm time ni Kanda ke Dinda? Nak panggil Abang ke kakak?,” tulis pengguna Tiktok tersebut menerusi kapsyen video yang dimuat naik.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata wargamaya memberikan pendapat tersendiri selain bersetuju individu yang dilihat mereka mirip usahawan sensasi itu.
Ads
Malah tidak kurang yang mendakwa Sajat sebelum ini pernah aktif di dalam bidang tarian.
“Ye wehh.. Dia dulu asalnya budak swatari bawah pakngah production. Handsome orangnya,” dakwa seorang wargamaya.
Ads
“Weh kenapa yang perempuan tu pun sama muka? Maybe sajat dgn adik dia kot yg perempuan tu, Mustika,” tanya wargamaya lainnya pula.
“Padan laa td dlm live sajat depa pakat dok tanya dia ka dlm video klip sharifah aini,” antara komen yang ditinggalkan.
Sehingga kini, video yang dimuat naik itu telah pun menerima lebih 1 juta tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang kini semakin mendapat perhatian peminat drama tempatan, Nadhir Nasar menerima kecaman daripada netizen gara-gara tindakannya berkongsi gambar memperlihatkan dirinya menunjukkan isyarat tidak senonoh di laman Instagram miliknya.
Menerusi foto itu, Nadhir atau nama sebenar, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, turut menulis kapsyen kata-kata semangat buat dirinya yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Projek High Council.
“Self made artist, expect nothing but aim for everything.
“Konsistensi adalah kunci, belajar, praktis, buat, tulis, mimpi.Dokumenkan semuanya.Jangan matikan api dalam soul kau.
“Masih dalam pembikinan #ProjekHighCouncil,” tulis Nadhir.
Tidak menunggu lama, netizen mula membanjiri ruangan komen dan mengkritik aksi jari tengah yang ditunjukkan juara Hero Remaja edisi 2020 itu.
“Apa ni public figure tunjuk f**k?
“Tak elok jari tu.
“Tak baiklah tunjuk jari tu, terkejut saya.
“Sayang, tangannya jadi begitu.
“Why, no adab, lost respect.
“No middle finger please,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pelakon Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim sepakat memberikan nama Petra Pekin buat anak sulung mereka yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.
Perkara tersebut dikongsikan Mona Allen menerusi salah satu perkongsian yang dibuat menerusi Insta Stories baru-baru ini.
“Welcome home anakku… Petra Pekin Bin Mohd Iznan. Daddy & Mummy love you,” tulisnya.
Sementara itu menerusi platform sama, dia turut berkongsi momen proses bersalin sekaligus menyifatkan kehadiran rezeki zuriat sebagau anugerah yang paling indah.
“Anugerah terindah. Thank you DR Kam and her team at @andorrahospitalofficial, service terbaik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Memetik Pa&Ma, Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim yang bersyukur atas kelahiran anak lelakinya bagaimanapun tidak menyangka Petra Pekin dilahirkan pada Hari Merdeka.
“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.
“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam sebelum baby keluar, sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.
“Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak.
“Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya yang turut memaklumkan isterinya bersalin secara normal.
Siapa yang sangka, hanya dengan menjual kek, wanita ini mampu mencipta fenomena dan bergelar jutawan hingga mencetuskan viral di kalangan wargamaya.
Siti Noor Sabrina Soobri atau Sabrina asalnya bekerja sebagai juru x-ray selama sedekad di sebuah kolej perubatan sebelum terlintas memulakan perniagaan sendiri.
Minat menyediakan pastri antara titik tolak awal kepada minatnya mencetuskan perniagaan bakeri, Mamasab di bawah syarikat Mamasab International Sdn Bhd.
Bermula dengan berniaga di rumah secara kecil-kecilan di Taman Medan, Petaling Jaya (PJ), jenama itu akhirnya memiliki cawangan pertama juga terletak di kawasan sama pada 2017.
Setakat ini, jenama milik bumiputera itu sudah memiliki 151 ribu ejen berdaftar dari seluruh negara. Selain pejabat urusan berpengkalan di PJ, lima kilang termasuk di ibu kota, Johor dan Kelantan menjadi mercu tanda kejayaan.
“Awalnya ia bermula dengan rangkaian 10 inovasi produk bakeri termasuk manisan seperti brownies, durian crepe dan combo bar. Tapi syukur kini, sudah lebih 50 produk dihasilkan termasuk kecantikan.
“Sebelum bertukar nama Mamasab pada 2018, nama asal perniagaan saya ialah Sabrina Bakery. Saya sendiri tak pernah terfikir mampu bergelar jutawan dan berkongsi rezeki itu dengan ramai orang.
“Saya pun bukan datang daripada keluarga yang bertunjangkan perniagaan. Hanya orang kampung biasa-biasa saja. Saya tak pernah terfikir meninggalkan kerjaya juru X-ray membuka laluan rezeki besar,” katanya.
Sabrina terdahulu menganjurkan Mamasab Grand Award 2021 bagi meraikan ejen dan pelancaran inisiatif Mini Hub oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, 7 Ogos lalu.
Kata Sabrina, nama perniagaannya terbit hasil hubungan baik dengan ejen.
“Pelanggan dan ejen suka memanggil saya mama. Malah nama Sabrina juga dipendekkan menjadi Sab. Maka tercetuslah nama Mamasab. Saya ini umpama mak kepada ejen khususnya. Mereka umpama anak saya.
“Panggilan dan nama itu yang buat hubungan terjalin jadi lebih akrab. Ia tidak semata-mata hubungan pengasas produk dan ejen. Sebarang masalah berbangkit membabitkan ejen, saya selesa bawa ia ke meja perbincangan.
“Macam kita selesaikan hubungan dalam kekeluargaan. Hubungan akrab itu juga antara intipati dan kekuatan. Ia sangat manis, saya sama-sama mahu ejen juga bina kejayaan dan bangkit dari apa saja yang menjatuhkan,” katanya.
Dia pada masa sama tidak menafikan pandemik COVID-19 dua tahun lalu turut membantutkan perniagaannya.
“Lalu terhasillah inisiatif mewujudkan sistem mini hub untuk berniaga secara offline. Selama ini termasuk waktu PKP, perniagaan 100 peratus berpaksikan dalam talian.
“Tapi saya sedar ada ejen yang tidak pandai berniaga secara online. Ada yang segan nak buat lintas langsung atau bercakap depan kamera. Pendek kata skil mereka terbatas.
“Mini hub ini membantu ejen saya berniaga offline dan ia sebagai alternafif. Mini hub ini boleh dibuka di mana-mana tempat, rumah atau kedai bersesuaian dengan bermodalkan RM400 sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sabrina berkata selama ini perniagaannya berpaksikan pemasaran dengan ‘zero cost’.
Namun, kini jenama itu berfikir perlu melaburkan wang untuk terus meningkatkan jualan termasuk menaikkan papan iklan di sepanjang lebuh raya.
“Dalam usaha untuk terus terbang tinggi, kena laburkan sejumlah wang. Pemasaran dengan ‘zero cost’ sudah tidak relevan lagi terutama selepas era pandemik.
“Kami perlu melakukan sesuatu untuk ‘boost’ jualan. Justeru, kami menaja 30 papan iklan bagi master stokis terpilih. Tapi secara keseluruhan ada lebih 200 papan iklan akan dinaikkan bermula hujung bulan ini secara berperingkat.
“Papan iklan ini bukan sekadar dihiasi wajah saya. Tapi wajah ejen juga akan menghiasi papan iklan. Saya percaya kena ada gabungan pengasas dan ejen sebegitu untuk berjaya. Tak boleh muka pengasas saja yang glamor, ejen pun perlu diketengahkan.
“Insya-Allah menjelang 2025, kita nak capai sasaran jualan RM1 bilion ” katanya yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak 162 juta ringgit pada tahun 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.