Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui terlebih dahulu meminta izin serta pandangan suaminya, Nabil Mahir sebelum menjadikan cincin yang dibeli Nabil buat seseorang sebelum ini sebagai antara ‘props’ yang ditampilkan dalam pembikinan muzik video single barunya, Tak Bila Lepas.

Ayda, 30, berkata, dia tidak melihat ia sebagai suatu isu yang perlu diperbesarkan namun memohon maaf sekiranya elemen berkenaan dirasakan tidak patut diketengahkan oleh sesetengah pihak.

“Saya bertanya terlebih dulu kepada Nabil mengenai cincin itu, sama ada dia okay atau tidak sekiranya kita masukkan ia dalam muzik video. Nabil beri izin dan sebelum itu pun, saya ada bertanya kepada beberapa individu. Sama ada ia akan jadi isu atau sebaliknya.

“Bagaimanapun saya tidak menafikan ada terima mesej peribadi di media sosial yang beritahu perkara itu tidak patut kerana perkara tersebut sudah pun berlalu dan sebagainya.

“Bagi pihak saya, saya tiada isu atau masalah dengan orang lain. Ambil ia sebagai suatu yang profesional dan kami pun memilih untuk tidak menyimpannya (cincin) itu lagi,” kata Ayda.

IKLAN

Ditanya soal kritikan yang diterima sekiranya ada selepas ini sekiranya ada, ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak mahu mengambil ia daripada sudut yang negatif.

Ayda Jebat Ulas Babak Nabil ‘Buang’ Cincin Dalam Muzik Video; “Saya Minta Izin, Bertanya Pada…” Ayda Jebat Ulas Babak Nabil ‘Buang’ Cincin Dalam Muzik Video; “Saya Minta Izin, Bertanya Pada…”

“Saya bersedia (kritikan) terhadap apa yang telah saya lakukan. Malah seperti yang saya beritahu, memang terlebih dulu saya bertanya pada beberapa orang lain. Cuma kalau kita lihat di dalam muzik video berkenaan, saya mahu selitkan memori kami berdua.

IKLAN

“Tidak dinafikan ada masa saya juga rasa tertekan dengan gosip yang mendakwa saya putus cinta dan sebagainya. Begitu juga dengan Nabil. Jadi kami gabungkan elemen ini dalam muzik video ini supaya mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

“Takkan lah kita berjumpa terus gembira. Sudah tentulah dalam proses pertemuan itu akan ada hal yang tidak manis berlaku yang seterusnya mematangkan kita sekarang. Bergantung kepada cara tontonan masing-masing,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, muzik video Tak Bila Lepas menjalani penggambaran di Langkawi beberapa bulan lalu dan diarahkan oleh Nabil sendiri.

Lagu tersebut mengisahkan perjalanan hidup pasangan sejoli ini dari saat pertama kali mereka berkenalan dalam menyelami isi hati hingga bertemu jodoh sebagai suami isteri.

Sehingga kini muzik video berkenaan sudah pun menerima tontonan hampir 400,000 kali selepas lebih seminggu dimuat naik menerusi YouTube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI