Pelakon filem Paskal, Hafizul Kamal meluahkan rasa terujanya apabila berpeluang menjadi sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kebangsaan ke-65 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pagi Rabu.

Berkongsikan video kenangan manisnya itu di Instagram, Hafizul, 37, terharu dengan sambutan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap perarakan tersebut yang dibanjiri lebih 100,000 penonton itu.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, dia bertuah dan bersyukur kerana dipilih menyertai perarakan bersama Pasukan Khas Laut (Paskal) di hadapan tetamu VIP termasuk Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pijot (@hafizulkamal)

“Dari kecil tiada rezeki nak turun dataran. Tak tahu pula tua-tua ni dapat merasa duduk atas trak tabik hormat pada panglima (tentera) dan Agong. Alhamdulillah,” tulis Hafizul menerusi ruangan kapsyen.

IKLAN

Selain Hafizul, perarakan itu turut disertai dua rakan pelakon Paskal lain iaitu Ammar Alfian dan Taufiq Hanafi yang memuat naik momen bermakna itu menerusi media sosial masing-masing.

“Dari Kecil Tiada Rezeki Nak Turun Dataran,” – Hafizul Kamal Bersama Paskal, ‘Excited’ Sertai Perarakan Hari Merdeka

“Dari Kecil Tiada Rezeki Nak Turun Dataran,” – Hafizul Kamal Bersama Paskal, ‘Excited’ Sertai Perarakan Hari Merdeka

IKLAN

Untuk rekod, mereka merupakan pelakon filem aksi ketenteraan, Paskal yang diterbitkan pada 2018. Ia diarahkan oleh Adrian Teh.

Filem berdasarkan daripada kisah benar ini mengisahkan tentang kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Laut atau PASKAL dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

IKLAN

Selain Hafizul, Ammar dan Taufiq, filem yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta itu turut dibintangi Hairul Azreen, Jasmine Suraya Chin, Gambit Saifullah, Henley Hii dan Namron.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Hafizul Kamal & Ammar Alfian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI