Pempengaruh media sosial atau influencer yang juga usahawan, Siti Jamumall akui dirinya rasa terkejut selepas menerima kejutan hadiah iaitu sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Hurucan dengan nilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23.
Akui ‘terkasima’ hingga tangan terketar-ketar, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada Mommy Hana.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.
“Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.
Ads
Menurutnya lagi, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.
Ads
“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana. Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.
“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ‘ranking sale’ paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya lagi.
Ads
Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.
Terbaharu, Mommyhana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapansekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa yang sangka, hanya dengan menjual kek, wanita ini mampu mencipta fenomena dan bergelar jutawan hingga mencetuskan viral di kalangan wargamaya.
Siti Noor Sabrina Soobri atau Sabrina asalnya bekerja sebagai juru x-ray selama sedekad di sebuah kolej perubatan sebelum terlintas memulakan perniagaan sendiri.
Minat menyediakan pastri antara titik tolak awal kepada minatnya mencetuskan perniagaan bakeri, Mamasab di bawah syarikat Mamasab International Sdn Bhd.
Bermula dengan berniaga di rumah secara kecil-kecilan di Taman Medan, Petaling Jaya (PJ), jenama itu akhirnya memiliki cawangan pertama juga terletak di kawasan sama pada 2017.
Setakat ini, jenama milik bumiputera itu sudah memiliki 151 ribu ejen berdaftar dari seluruh negara. Selain pejabat urusan berpengkalan di PJ, lima kilang termasuk di ibu kota, Johor dan Kelantan menjadi mercu tanda kejayaan.
“Awalnya ia bermula dengan rangkaian 10 inovasi produk bakeri termasuk manisan seperti brownies, durian crepe dan combo bar. Tapi syukur kini, sudah lebih 50 produk dihasilkan termasuk kecantikan.
“Sebelum bertukar nama Mamasab pada 2018, nama asal perniagaan saya ialah Sabrina Bakery. Saya sendiri tak pernah terfikir mampu bergelar jutawan dan berkongsi rezeki itu dengan ramai orang.
“Saya pun bukan datang daripada keluarga yang bertunjangkan perniagaan. Hanya orang kampung biasa-biasa saja. Saya tak pernah terfikir meninggalkan kerjaya juru X-ray membuka laluan rezeki besar,” katanya.
Sabrina terdahulu menganjurkan Mamasab Grand Award 2021 bagi meraikan ejen dan pelancaran inisiatif Mini Hub oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, 7 Ogos lalu.
Kata Sabrina, nama perniagaannya terbit hasil hubungan baik dengan ejen.
“Pelanggan dan ejen suka memanggil saya mama. Malah nama Sabrina juga dipendekkan menjadi Sab. Maka tercetuslah nama Mamasab. Saya ini umpama mak kepada ejen khususnya. Mereka umpama anak saya.
“Panggilan dan nama itu yang buat hubungan terjalin jadi lebih akrab. Ia tidak semata-mata hubungan pengasas produk dan ejen. Sebarang masalah berbangkit membabitkan ejen, saya selesa bawa ia ke meja perbincangan.
“Macam kita selesaikan hubungan dalam kekeluargaan. Hubungan akrab itu juga antara intipati dan kekuatan. Ia sangat manis, saya sama-sama mahu ejen juga bina kejayaan dan bangkit dari apa saja yang menjatuhkan,” katanya.
Dia pada masa sama tidak menafikan pandemik COVID-19 dua tahun lalu turut membantutkan perniagaannya.
“Lalu terhasillah inisiatif mewujudkan sistem mini hub untuk berniaga secara offline. Selama ini termasuk waktu PKP, perniagaan 100 peratus berpaksikan dalam talian.
“Tapi saya sedar ada ejen yang tidak pandai berniaga secara online. Ada yang segan nak buat lintas langsung atau bercakap depan kamera. Pendek kata skil mereka terbatas.
“Mini hub ini membantu ejen saya berniaga offline dan ia sebagai alternafif. Mini hub ini boleh dibuka di mana-mana tempat, rumah atau kedai bersesuaian dengan bermodalkan RM400 sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sabrina berkata selama ini perniagaannya berpaksikan pemasaran dengan ‘zero cost’.
Namun, kini jenama itu berfikir perlu melaburkan wang untuk terus meningkatkan jualan termasuk menaikkan papan iklan di sepanjang lebuh raya.
“Dalam usaha untuk terus terbang tinggi, kena laburkan sejumlah wang. Pemasaran dengan ‘zero cost’ sudah tidak relevan lagi terutama selepas era pandemik.
“Kami perlu melakukan sesuatu untuk ‘boost’ jualan. Justeru, kami menaja 30 papan iklan bagi master stokis terpilih. Tapi secara keseluruhan ada lebih 200 papan iklan akan dinaikkan bermula hujung bulan ini secara berperingkat.
“Papan iklan ini bukan sekadar dihiasi wajah saya. Tapi wajah ejen juga akan menghiasi papan iklan. Saya percaya kena ada gabungan pengasas dan ejen sebegitu untuk berjaya. Tak boleh muka pengasas saja yang glamor, ejen pun perlu diketengahkan.
“Insya-Allah menjelang 2025, kita nak capai sasaran jualan RM1 bilion ” katanya yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak 162 juta ringgit pada tahun 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini menganjurkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak pertama mereka, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi yang kini genap sembilan tahun.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Wawa di laman Instagram, majlis itu dirai meriah dengan kehadiran rakan-rakan kepada anak-anaknya.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, turut menitipkan ucapan buat anak sulungnya sempena meraikan momen manis tersebut.
“Happy birthday tanda cinta pertama ayah dan mama, Ahmad Fakharuddin Attar.Sudah sembilan tahun berlalu.
“Kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang tidak akan pernah padam di ingatan mama.
“Semoga menjadi abang dan anak yang baik.Amin ya rabbal alamin.We love you always brother,” tulis Wawa.
Namun begitu, majlis sambutan berkenaan turut mendapat kritikan segelintir netizen susulan tema yang dipilih dikatakan kurang sesuai dengan acara melibatkan kanak-kanak.
Ini kerana netizen mendakwa, kartun tersebut membawa unsur negatif seperti melibatkan pembunuhan dan keganasan selain tidak sesuai buat kanak-kanak yang masih kecil.
Lalu, ada yang menegur Aeril dan Wawa agar tidak mempromosikan kartun tersebut dan meminta mereka menjadi lebih peka tentang kartun kesukaan anaknya itu. Antaranya;
“Please jangan promote kartun ni, kartun ni seram untuk budak-budak. Tak boleh tengok kartun ni, jangna bagi anak tengok kartun sebarangan.
“Kartun ini actually tak boleh bagi budak tengok, sebab dia pasal bunuh-membunuh.Ibu bapa kena check balik pasal kartun ni. Seram.
“Tolong jangan promote, karakter kartun ini sangat menakutkan dan berbahaya.
“Kartun Huggy Wuggy tu bawa unsur negatif, elakkan anak menonton atau minat pada karakter berkenaan,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, 7, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang kini berusia 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Doktor selebriti, Say Shazril atau Dr Say meluahkan rasa syukur selepas impian untuk memiliki kereta idaman akhirnya menjadi kenyataan. Rasa gembira itu dimaklumkan hos program Tanya Doktor itu menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Menurut Dr Say, dia sejak kecil terpegun dengan persona kerta jenis Jaguar dan sejak mempunyai keluarga, dia kini memilih untuk memiliki kenderaan yang mempunyai ruang selesa buat keluarga.
“Masa kecik dulu saya ternampak satu kereta dengan seekor harimau melompat kat depan kereta tu maka saya tanya ayah saya; “yah, kereta ape ade rimau lompat depan tu yah? Bukan Proton logo dia kepala harimau je ke yah?”. Ayah saya reply “itu Jaguar boy”.
“Terduduk saya dibuatnya walaupun saya tengah duduk dalam kereta masa tu dan ye, kecik-kecik pun saya dah pandai terduduk. Sejak tu saya berkenan sungguh dengan Jaguar for one main reason yakni YOU DONT SEE IT OFTEN ON THE ROAD. Ibarat ia melambangkan kelainan & exclusivity.
“Sejak berkeluarga, kereta sedan bukan lagi pilihan utama saya. Dengan stroller anak-anak, car seat anak-anak, SUV is the car im looking for. Mujur Jaguar bawak keluar its first SUV back in 2016 & redesign it in 2021. Kalau korang tengok & fikir “simple je rupa SUV ni”. Well simple is what i love about it. Clean, minimal yet luxurious,” tulisnya.
Dr Say pada masa sama turut mendedahkan maksud tersendiri di sebalik plat nombor kereta ringkas yang dipilih.
“Dihiasi dengan plate number atas suggestion korang yakni 55 yang bermaksud Say Shazril makes it just perfect. UG pulak saje nak kelainan sebab jarang nampak plate number start dengan “U” kan? Kalau nak ada maksud jugak UG means U Go maka jadinya “U Go Say Shazril” ahaha,” kongsinya lagi.
Bapa kepada dua cahaya mata ini turut memberikan dedikasi kepada keluarga yang selama ini banyak menyokong perjalanan kerjayanya dari dahulu sehingga kini.
“Dalam kesempatan ni saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada family saya kerana tanpa mereka, mungkin saya masih dengan Perodua Viva hingga ke harini.
“Percayalah rezeki berkeluarga tu teramat luas & indah jadi kepada yang belum berkeluarga cepat-cepatlah ikat laki korang seperti mana isteri saya ikat saya dulu ahaha.
“Tak dilupakan juga thank you to you all sebab i wont be where i am today if not because of u.
“Apa jadi kereta lama? Sy bagi kat akak sy yg bakal menimang anak ketiganya Oktober nanti. Sekarang dia pakai Ford Fiesta moga Hyundai Tucson sy boleh memberi sedikit keselesaan kepada dia sekeluarga,” tulisnya lagi.
Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.