Majlis perkahwinan Pakar Pelaburan Saham yang juga Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan malam tadi mencuri perhatian tetamu dengan ramai selebriti popular.

Paling menarik tumpuan ialah kehadiran primadona filem Melayu Alaf Baru, Erra Fazira dan bekas suaminya Engku Emran yang hadir bersama isteri Noor Nabila.

Malah mereka turut naik ke pentas utama untuk merenjis pasangan mempelai atas pelamin manakala Erra turut melakukan perkara sama bersama anak hasil perkahwinan dengan Engku Emran iaitu Engku Aleesya.

Selain mereka, antara rakan selebriti lain yang turut hadir pada majlis gilang-gemilang tersebut adalah Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin, Emma Maembong, Aiman Hakim dan Zahiran MacWilson.

Turut membuat persembahan menghiburkan tetamu adalah penyanyi popular, Ziana Zain yang menyampaikan beberapa buah lagu.

IKLAN

DDNK ‘Tak Hensem Takpa Tapi Kaya’ Selamat Nikah, Kehadiran Rakan Artis Di Majlis Resepsi Serba Mewah ‘Pancing’ PerhatianDDNK ‘Tak Hensem Takpa Tapi Kaya’ Selamat Nikah, Kehadiran Rakan Artis Di Majlis Resepsi Serba Mewah ‘Pancing’ PerhatianDDNK ‘Tak Hensem Takpa Tapi Kaya’ Selamat Nikah, Kehadiran Rakan Artis Di Majlis Resepsi Serba Mewah ‘Pancing’ Perhatian

Kehadiran selebriti di dalam majlis indah serba mewah yang dilangsungkan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur itu sebagai antara kira-kira 600 tetamu jemputan.

Sementara itu, pasangan raja sehari, Nazri atau popular dengan panggilan DDNK dan pasangannya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari selamat diijab kabul dalam majlis pernikahan yang berlangsung kelmarin.

IKLAN

DDNK ‘Tak Hensem Takpa Tapi Kaya’ Selamat Nikah, Kehadiran Rakan Artis Di Majlis Resepsi Serba Mewah ‘Pancing’ Perhatian

Nazri sebelum ini sering menjadi pilihan stesen televisyen dan media bagi memberi ulasan dan pandangan berkenaan pasaran saham dan juga isu-isu berkaitan ekonomi.

Penglibatannya dalam dunia pasaran saham di Malaysia telah banyak menukarkan sudut pandangan orang ramai terhadap saham.

IKLAN

Malah Nazri juga popular dengan slogan ‘Tak hensem takpa janji kaya’ menerusi iklan di radio dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terkenal sebagai pakar pelaburan saham, Nazri turut  menganjurkan seminar mengajar ilmu pelaburan kepada pengikut-pengikutnya serta orang ramai yang mahu menjana pendapatan menerusi pelaburan saham.

DDNK ‘Tak Hensem Takpa Tapi Kaya’ Selamat Nikah, Kehadiran Rakan Artis Di Majlis Resepsi Serba Mewah ‘Pancing’ PerhatianDDNK ‘Tak Hensem Takpa Tapi Kaya’ Selamat Nikah, Kehadiran Rakan Artis Di Majlis Resepsi Serba Mewah ‘Pancing’ PerhatianDDNK ‘Tak Hensem Takpa Tapi Kaya’ Selamat Nikah, Kehadiran Rakan Artis Di Majlis Resepsi Serba Mewah ‘Pancing’ Perhatian

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI