Penyanyi dan penulis lagu, Faizal Tahir berkongsi khabar duka apabila memaklumkan kuda peliharaannya sudah tidak lagi bernyawa.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan oleh Faizal menerusi beberapa buah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Jelas Faizal, dia mengetahui tentang perkara tersebut sekitar waktu Subuh pada Isnin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FT (@faizal_tahir)

 “Azan Subuh yang membawa berita yang tak diduga.

“You’re such a good girl. We will miss you. I will see you soon with your new wings. Insha’Allah. Allah knows best,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, penyanyi lagu Assalamualaikum ini turut mendedahkan dia pastinya akan merindui kuda kesayangannya itu.

Dikesempatan itu juga, Faizal turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya menyempurnakan proses menanam kuda tersebut.

“Jazakallah khair kepada semua sahabat-sahabat yang membantu. Syurga untuk kalian. Amiin,” katanya lagi.

IKLAN

Antara momen paling menyayat hati adalah ketika Faizal mengusap leher kudanya itu yang telah pun dilihat terbaring tanpa nyawa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Faizal.

IKLAN

“I Will See You Soon With Your New Wings,” – Kuda Peliharaan Faizal Tahir Mati, Netizen Turut Kongsi Luahan “I Will See You Soon With Your New Wings,” – Kuda Peliharaan Faizal Tahir Mati, Netizen Turut Kongsi Luahan

Terdahulu, Faizal memutuskan untuk membeli kuda tersebut kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti berkuda.

Kuda tersebut dikhabarkan telah diberi dengan harga 10,000 dan telah diberi nama Jibril.

Sumber: Instagram Faizal Tahir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI