Pelakon, Fadzil Zahari mendedahkan sejak kebelakangan ini dirinya sering kali diganggu oleh seorang wanita yang kerap menghantar mesej menerusi aplikasi telegram.
Menurut Fadzil, dia tidak faham mengapa perkara tersebut boleh berlaku sedangkan semua orang mengetahui akan statusnya yang sudah pun berkeluarga.
“Sondol la laki bujang, bukan sondol laki orang. Abang pun tak paham perangai orang macam ni, dah tau abang ni laki orang, sibuk nak try lagi, hang dah kenapa?,” tulisnya.
Perkara tersebut didedahkan oleh suami kepada pelakon, Yana Samsudin itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Fadzil turut mendedah ada menerima gambar kurang sopan daripada wanita tersebut
“Perempuan ni start mesej telegram abang, masa isteri abang tengah berpantang anak nombor dua, siap send gambaq seksi dia. Hampa tengoklah sendiri” katanya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memuji tindakkan Fadzil yang tidak berselindung mengenai perkara tersebut.
Ads
Terdahulu, Fadzil dan Yana telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata itu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea yang lahir pada November tahun lalu.
Sumber: Instagram Fadzil Zahari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nabil Mahir mendedahkan dirinya bagai tidak percaya apabila dia dan Ayda Jebat sudah seminggu bergelar suami isteri.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Nabil,33, turut tidak percaya apabila akad nikah berjaya dilakukan dengan sekali lafaz sahaja.
“Pejam celik dah seminggu bergelar sebagai suami isteri. Still cam tak percaya kita dah kahwin. Welcome to the family wuvv!
“Tak caya bole 1 lafaz je. Ye la kan saya ni kaki tersasul je, Alhamdulillah,” tulis Nabil menyatakan rasa teruja itu menerusi salah satu entri di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Entri berkenaan turut merakamkan foto bersama isteri di samping ahli keluarganya yang lain.
Serentak dengan itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya senang dengan perkahwinan mereka berdua.
Terdahulu, pasangan selebriri ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Keduanya juga mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Foto: Instagram Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama pelakon, Natasha Hudson menjadi buah mulut ramai sejak petang semalam selepas tampil menggayakan busana rona putih rekaan Rizman Ruzaini yang seolah-olah menampakkan sebahagian bahu bahagian kanannya dalam sebuah acara.
Sehinggakan, ada yang meyifatkan persalinan anggun yang digayakan bintang cantik itu di sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak berapa sesuai dengan imejnya yang bertudung.
“Busana ini disediakan pengasas produk ini, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.
“Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.
“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa … lantaklah,” katanya.
Bagaimanapun, menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia sebenarnya mempunyai pilihan busana lain.
“Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.
“Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkan bahu itu sebagai hal besar. Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya sekarang, Natasha memberitahu dia sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu. Namun projek tersebut terpaksa ditanggungkan atas kekangan semasa.
“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.
“Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni,” katanya.
Dilantik sebagai duta bagi produk tersebut, Natasha menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan sebagai wajah wakilan produk suplemen kulit berkenaan.
“Saya sendiri sudah berbelas tahun rapat dengan orang kuat produk ini (Datin Reena). Jadi ia memudahkan kerjasama ini.
“Produk ini juga membangun dengan pantas dan membantu ramai menjana pendapatan. Kita tahu ramai terkesan di musim pandemik ini,” katanya.
Pada majlis sama, pelakon Keith Foo turut diumumkan sebagai duta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Nur Sajat tampil meluahkan rasa, selepas dilihat seolah-olah tertekan terhadap apa yang berlaku melibatkan dirinya baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya @nursajat yang kini dalam mood privasi, Sajat ada berkongsi kekeliruannya di dalam melakukan amal kerana status diri selain mendedahkan dia kini mejalani rutin sebagai wanita meski dalam id (kad pengenalannya) ialah lelaki.
“Menunggu masa… Aku ini lelaki yang mempunyai kemaluan wanita. Aku pakai baju sopan dalam agamaku, buat sedekah dikatakan perbuatan haram. Haram dalam semua yang aku lakukan dalam lima tahun aku dalam perniagaan.
“Amalan kebaikan sia-sia sahaja sebab Sajat id lelaki! Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman walaupun kau tu id lelaki, tetapi anggota badan wanita… tetapi kau tetap lelaki! Lelaki berdasarkan id! Cara hidup kau semua adalah wanita!
“Segala amalan kau di dalam agama adalah haram. Perbuatan di dalam mempersendakan agama,” tulisnya.
Entri yang telah disekat akses komen, Sajat turut berkongsi dirinya pernah bertanya mengenai ibadat solat yang dilakukan kepada seorang Ustaz.
“Aku ada bertanya pada Ustaz, aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku, mereka still sembahyang pada tuhan mereka. Berdasarkan kepercayaan masing-masing.
“Aku dah perempuan, kemaluanku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku nak solat. Aku tak selesa solat dalam keadaan lelaki. Aku selesa solat cara wanita. Adakah solat aku sah dalam agama?
“Segala bacaan semuanya lengkap, kiblat semua sempurna. Aku manusia tidak sempurna. Aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah tetapi cacat ini terus kekal! Rupanya cacat dalam lagi kuat tamparannya.
“Adakah solat aku tu sah? Ustaz tu kata, Sajat, Islam itu indah. Sesungguhnya bersolatlah cara selesa yang kamu rasa bagus untuk diri awak. Perlahan-lahan kenali Allah.
”Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila Ustaz kata macam itu, hatiku kuat dengan agamaku,” tulisnya lagi.
Sajat pada masa sama turut menjelaskan, segala kebajikan yang cuba dilakukan adalah sebagai tanda sayangnya dia pada agama. Namun dakwa Sajat, keadaan sebaliknya pula yang berlaku ketika ini.
Sementara itu menerusi Insta Stories, ahli perniagaan yang pernah muncul menerusi single, Makhluk Penggoda ini juga ada memuat naik beberapa reaksi netizen selain perasaan yang dirasakannya.
Terdahulu, Sajat baru-baru ini tampil menceritakan situasi dia digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu menerusi sebuah video IG TV.
Sajat antara lain mendakwa mendapat layan yang tidak wajar meski sudah memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS berhubung laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018, di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
Menerusi Berita Harian hari ini, JAIS mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.
Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.
“Dia sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.