Penyanyi Wani Kayrie mengakui pada fasa sekarang, hubungannya bersama penyanyi muda Afieq Shazwan boleh diibaratkan sebagai ‘teman tapi mesra’, bukanlah pada tahap bercinta.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 19 tahun ini tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodoh dengan bintang lelaki berusia 22 tahun itu.

“Apa yang boleh saya kongsikan sekarang, kami hanyalah ‘teman tapi mesra’ saja. Dia akan ada dengan saya setiap kali saya perlukannya,” katanya kepada MH.

Ditanya bagaimana hubungan di antara keduanya kian rapat, penyanyi yang kini sibuk mempromosikan single terbaru, Saat Terindah itu memberitahu mereka sudah saling kenal sejak kanak-kanak lagi.

IKLAN

“Kami kenal dah lama, cumanya bila masing-masing dapat sertai Big Stage itulah hubungan kian rapat. Dulu saya pernah jadi peserta dan jadi juara untuk program Bintang Kecil di RTM, sementara Afieq pula bertindak sebagai hos.

“Kemudian jumpa balik selepas itu di sebuah stesen radio. Lalu bila sama-sama sertai Bog Stage, hubungan kami mulai rapat. Malah keluarga masing-masing pun tahu kami berkawan,” terangnya jujur.

IKLAN

Berkongsi perihal apakah ciri-ciri yang membuatkan dirinya senang berkawan dengan Afieq, Wany memberitahu remaja itu seorang yang memahami.

IKLAN

“Kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi masing-masing faham dengan kerja. Tiada isu untuk cemburu dan sebagainya,” akui Wany yang turut mempunyai jawapan sendiri sekiranya dia ditakdirkan berkahwin pada usia muda.

“Kalau jodoh untuk kahwin awal, saya tiada masalah asalkan saya sambung dan habiskan pengajian dulu. Malah, ada di antara dalam keluarga juga kahwin awal,” terang Wani.

Foto: Instagram Wani Kayrie, Afiq Shazwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI