Amboi… romantik sungguh pasangan tunang, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ni. Suka benar kongsi momen mesra mereka bersama. Memang pasangan serasi!
Kisahnya, pelakon lelaki berkenaan menjenguk Fasha yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama rantaian terbaru, Patah Sayap Bertongkat Paruh terbitan Zeel Production Sdn Bhd.
Fasha menerusi Instagram secara humor ada memberitahu, dia malu-malu kucing apabila mendapati si tunang secara tiba-tiba datang ke lokasi penggambaran.
Kalau sudah jodoh tak kan kemana, mungkin itulah situasi yang boleh digambarkan buat pasangan sama cantik sama padan, Elfira Loy bersama pasangannya, Faris Khairol Anuar yang kini sudah pun sah memegang status sebagai suami isteri.
Pasangan ini dinikahkan dalam suaru sesi tertutup yang hanya dihadiri kenalan rapat dan keluarga 1 Januari lalu di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
Lalu, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah buat pelakon berkenaan, termasuk penyampai radio, Hani Fadzil yang turut berkongsi suatu hal istimewa melibatkan imam Elfira itu.
Menerusi instastorynya baru-baru ini, Hani ada berkongsi cerita yang sebenarnya Elfira merupakan si gadis idaman Faris sejak 5 tahun yang lalu!
“Faris pernah berkata sewaktu berada dalam kelas yang gadis idamannya ialah Elfira Loy. Itu adalah 5 tahun yang lalu.
“Dan hari ini dia telah berkahwin dengan gadis idamannya. Jodoh adalah satu perkara yang sangat indah!,” tulisnya.
Semalam, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada memuat naik sepotong video yang merakamkan aksi anak angkatnya Qayum yang berlatar belakangkan sedutan lagu.
Menerusi ruangan kapsyen, Shahida ada menulis ia latar tersebut merupakan sebuah lagu khas yang didedikasikan buat anak-anaknya. Ia merupakan lagu selawat dan akan dikongsikan di saluran YouTube tidak lama lagi.
“Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik.
“Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun…lagu selawat. Saya just suka2 je utk anak2 saya dgr tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum.
“Semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia,” tulisnya.
Pada masa sama, Shahida turut meminta maaf buat ibu kandung kanak-kanak berkenaan andai selama ini dia tidak dapat menjaga Qayyum dengan baik.
“Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia. Saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti,” katanya lagi.
Lalu, perkongsian berkenaan secara langsung mengundang sebak di hati netizen, apatah lagi sedutan lagu tersebut juga turut mendayu-dayu.
Terdahulu, Qayyum yang baru sahaja sembuh dari diserang campak dikatakan akan diambil semula orang ibu kandung dalam tempoh terdekat.
Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan bahawa dia tidak tahu mengenakan solekan pada wajahnya sendiri.
Perkara itu dimaklumkan pelakon filem Sepah The Movie menerusi akaun Instagrammya.
“Sampai sekarang i tak reti makeup muka sendiri! sentiasa guna makeup artis. Kalau makeup sendiri mesti muka mepong (bertepung) shading hidung senget, kening sebelah besar sebelah kecik!…
“Lepas ni nak masuk kelas makeup so i boleh buat makeup tutorial” tulisnya.
Ahli politik, YB Syed Saddiq menegaskan dirinya mempunyai cara tersendiri untuk meratapi pemergian tokoh Negarawan, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.