Kalau sudah jodoh tak kan kemana, mungkin itulah situasi yang boleh digambarkan buat pasangan sama cantik sama padan, Elfira Loy bersama pasangannya, Faris Khairol Anuar yang kini sudah pun sah memegang status sebagai suami isteri.
Pasangan ini dinikahkan dalam suaru sesi tertutup yang hanya dihadiri kenalan rapat dan keluarga 1 Januari lalu di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
Lalu, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah buat pelakon berkenaan, termasuk penyampai radio, Hani Fadzil yang turut berkongsi suatu hal istimewa melibatkan imam Elfira itu.
Ads
Menerusi instastorynya baru-baru ini, Hani ada berkongsi cerita yang sebenarnya Elfira merupakan si gadis idaman Faris sejak 5 tahun yang lalu!
Ads
“Faris pernah berkata sewaktu berada dalam kelas yang gadis idamannya ialah Elfira Loy. Itu adalah 5 tahun yang lalu.
“Dan hari ini dia telah berkahwin dengan gadis idamannya. Jodoh adalah satu perkara yang sangat indah!,” tulisnya.
Pelakon senior, Jasmin Hamid akhirnya memberi lampu hijau buat anak bongsu, Haziq MacQuistan untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan, sebagaimana ibunya.
Bagaimanapun, ia berlaku selepas anaknya itu menamatkan pengajian di peringkat sekolah.
Jasmin, 46, ada berkongsi menerusi salah satu posting di Instagram yang menyatakan Haziq yang kini sudah berusia 17 itu mempunyai minat pada lakonan sejak kecil.
“Allah permudahkan segala urusan anakku.. Haziq MacQuistan dah ready menyambung legasi saya sebagai anak seni..
Dari dia dalam perut saya, dia mula berlakon.
“Sebab sampai saya nak bersalinkan Big Boss, saya masih aktif berlakon,” tulis Jasmin.
Malah Jasmin turut berkongsi anaknya itu memberitahu sudah sampai masa untuknya berbakti pada ibu bapa.
“Katanya dah sampai masa dia berbakti kepada kedua Ibubapa.. Dalam masa yang sama, dia juga ingin sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi .Support dan doa uols amat di hargai.
“Doa yang baik -baik.. From 0 to Hero..
Tak endah dengan kata -kata negative manusia sebab ia hanya sepanjang lidahnya sahaja. Yang penting ada kemahuan dan kesungguhan.
“Dengan izin dan rezeki dari Allah, pasti akan temui kejayaan.. In Syaa Allah,” katanya panjang lebar.
Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen awal malam tadi ada memuat naik foto kenangan sebuah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi yang dibelinya tidak lama dulu menerusi Instagram.
Bagaimanapun, atas faktor bernazar, pelakon berusia 30 tahun itu sanggup menjual dua ‘permainan’ kegemarannya itu, demi keluarga tercinta.
“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike & super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst,” tulisnya.
Terdahulu, isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Hanis Zalikha kini sedang sarat mengandung tiga bulan.
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.