Bertapak sejak 25 tahun lalu, ternyata kumpulan Padi masih lagi berbisa dan menjadi antara kumpulan terkenal dari Indonesia yang mempunyai kelompok peminat yang ramai di Malaysia.
Semalam, bersaksikan seramai 2,400 peminat setia mereka, Padi tampil bertenaga mendendangkan lebih 20 buah lagu hits mereka sepanjang 2 jam konsert berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Membuka tirai persembahan dengan lagu Bayangkanlah tepat jam 8.30 malam, adrenalin konsert kemudiannya diteruskan dengan seleksi lagu-lagu seperti Sesuatu Yang Indah, Ternyata Cinta, Tempat Terakhir serta karya berhantu Padi, Menanti Sebuah Jawaban yang paling ditunggu-tunggu peminat.
Diselang-selikan dengan perbualan bersama peminat, vokalisnya, Fadly menyatakan keterujaannya menyambut ulang tahun ke-25 Padi bersama peminat-peminat di Malaysia yang tidak jemu memberikan sokongan terhadap mereka sejak giat aktif bermula tahun 1997.
“Kami berasa senang dapat kembali ke sini dan bersama-sama kalian meraikan ulang tahun perak (ke-25) Padi di Kuala Lumpur.
Ads
“Semoga kami dapat menghiburkan anda berterusan dan terima kasih kerana sentiasa menyokong Padi,” kata Fadly.
Kehangatan konsert kemudiannya diteruskan dengan kemunculan istimewa Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid yang tampil berduet dengan Padi menerusi ‘national anthem’ peminat Padi iaitu Kasih Tak Sampai.
Satu hall gamat apabila peminat sama-sama ‘sing along’ serta menyimbahkan pancaran flashlight di telefon pintar masing-masing bagi menghayati lagu penuh bermakna buat mereka itu.
Ads
Selepas Kasih Tak Sampai, Sheila pula membuat ‘permintaan’ untuk Padi menyanyikan bersama lagu-lagu dendangannya seperti Antara Anyer & Jakarta serta Warna, satu paduan yang cukup sempurna!
Persembahan kemudiannya diteruskan dengan lagu-lagu lain seperti Seperti Kekasihku, Rapuh, Lain Dunia, Begitu Indah, Sobat dan Sahabat Selamanya.
Ads
Konsert 25 Tahun Padi Reborn dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd.
Padi yang ditubuhkan pada 8 April 1997 dianggotai Fadly selaku vokalis, Piyu (gitaris utama), Ari (gitaris) Rindra (bassist) dan Yoyo (drummer).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang versatil, Elly Mazlein menggamatkan suasana apabila kasutnya tercabut saat sedang mengacarakan program Meletop bersama Nabil Ahmad secara langsung bersama Caliph Busker pada Selasa.
Pada mulanya, Elly difahamkan mengalami masalah dengan kasut yang dipakai saat cuba untuk berduet bersama Azmi Saat.
Namun keadaan di set mula gamat apabila dia mengambil keputusan menanggalkan kedua-dua kasutnya dan terus mengacarakan rancangan itu secara profesional.
Malah gelagatnya berjalan secara catwalk dengan kedua-dua kasut masih terikat di kaki cukup melucukan.
“Siapa yang Nervous ni bila berduet.. @azmi_saat atau kak Lina pom pom @iamellymazlein.
“Sampai tercabut Kasut kak lina pom pom .. apa² pun konsert Tetap Maintain. Terbaikkk… memang Happening @meletop malam ini,” kongsinya.
Penyanyi, Faizal Tahir menyifatkan dirinya mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak berkongsi sebarang foto bersama keluarganya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Menurut Faizal, pada ketika ini, dia lebih memikirkan mengenai nasib saudara mara Islam di Palestin berbanding mempunyai gambar raya yang sempurna.
“Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang gambar saya menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.
“Sebenarnya saya lebih risaukan mengenai apa yang berlaku kepada saudara mara kita di Palestin berbanding untuk mengambil gambar yang sempurna untuk dimuat naik di Instagram yang mana ia kurang penting buat saya pada masa ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Assalamualaikum Dunia itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Faizal mendedahkan dia tidak menganggap perbutan tersebut sebagai satu kesalahan namun bagi dirinya ketika ini bukanlah waktu yang sesuai.
“Tapi saya tak anggap perbuatan tersebut adalah salah untuk dilakukan.
“Silalah bergambar kerana ia juga merupakan sesuatu yang baik lebih-lebih lagi apabila ia juga boleh mendatang kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain.
“Cuma pada ketika ini saya ada perkara lain yang harus difikirkan. Nanti bila sudah tiba masanya, saya juga akan berbuat sedemikian,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menghormati keputusan tersebut selain turut menitipkan doa buat seluruh warga Palestin yang ketika ini sedang dilanda musibah.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terikat dengan komitmen kerja di Bali, Indonesia selama lima hari baru-baru ini membuatkan pelakon Mira Filzah ‘berendam air mata’ apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya yang baharu sahaja berusia tiga bulan.
Mengakui menangis teruk pada hari pertama akibat terlalu merindui anaknya, Wan Khair Amir, Mira turut mengambil inisiatif memerah susu ibu dan menyimpan susu berkenaan di dalam kotak pendingin (cooler box) berisi ais.
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, menjelaskan bekerja sebagai ibu yang menyusukan bayi bukan mudah. Terutamanya berkaitan waktu mengepam susu bagi mengelakkan bengkak susu, persediaan peralatan dan penyimpanan susu yang sudah diperah.
“Ini pun kali pertama tinggalkan Amir untuk lima malam. Hari pertama sesi fotografi mata bengkak, sebab malam sebelum tu panggilan video Amir menangis. Hanya hari pertama sahaja, hari kedua dan seterusnya sudah okay sedikit. Hehe.
“Pengalaman kerja di luar sambil pam susu bukan senang. Curi curi masa untuk pump. Kadang-kadang tengok jam sampai terlepas ‘timing’, tahu tahu sudah enam jam tidak pam lagi!
“Haa faham tak perasaan itu? Dengan membawa bermacam barang ke sana sini, ice packs dan cooler bag lagi. Salute sangat mommies yang busy kerja tetapi masih boleh patuhi jadual mengepam!
“Lepas ini ada lagi beberapa kali outstation. Lagi jauh dan lama. Tidak tahulah hendak bawa balik susu macam mana untuk penerbangan berbelas jam. Semoga cukup lagi bekalan susu dekat rumah bila outstation nanti. Semoga Mama pun kuat!” tulis Mira di laman Instagram miliknya.
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.