Tahniah diucapkan kepada penyanyi kumpulan nasyid Saujana yang kini bergelar usahawan berjaya, Dr Idzu Baharin yang menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine, baru-baru ini.

Idzu Baharin, 42, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin dianugerahkan susulan kejayaan serta pencapaian baiknya dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.

Idzu berkata, usia bukan halangan untuk dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.

IKLAN

“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tapi jangan anggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.

Pada Usia 42 Tahun, Dr Idzu ‘Sepohon Kayu’ Selamat Konvo & Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class)Pada Usia 42 Tahun, Dr Idzu ‘Sepohon Kayu’ Selamat Konvo & Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) Pada Usia 42 Tahun, Dr Idzu ‘Sepohon Kayu’ Selamat Konvo & Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) Pada Usia 42 Tahun, Dr Idzu ‘Sepohon Kayu’ Selamat Konvo & Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class)

Pemilik syarikat Cell Tissue Sdn Bhd ini turut menambah, teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.

IKLAN

“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.

“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, pernah melancarkan single berjudul Ku Serah hasil ciptaannya bersama Ahmad Jeffny berkonsepkan ketuhanan dengan sedikit eleman R&B terbitan Kharisma Music.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI