Sebanyak RM10,000 diperuntukkan untuk setiap waris mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland, pada Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut memberikan RM1,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) setiap mangsa yang tidak membabitkan kematian dalam insiden berkenaan.

Perkara itu dikongsikan menerusi saluran media sosial Perdana Menteri, lewat malam tadi.

“Saya hadir bagi mendengar taklimat dari agensi dan pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tanah runtuh di Gohtong Jaya.

“Sedih dan dukacita saya kepada keluarga mangsa yang terlibat. Salam takziah buat mereka.

IKLAN

“Setakat ini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

“Pihak NADMA dan JPM dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor akan memudahcara dalam menyalurkan bantuan terus kepada keluarga mangsa.

“Penghargaan yang tidak terhingga buat pasukan mencari dan menyelamat yang bekerja dalam suasana yang getir dan sukar berdepan dengan risiko yang juga besar.

IKLAN

“Memohon doa dari semua agar operasi mencari dan menyelamat dipermudah dan nasib keluarga yang terlibat dapat dibela sebaiknya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

IKLAN

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira satu jam mendengar taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat serta meninjau lokasi kejadian.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu setakat pukul 7 malam tadi, media utama melaporkan seramai 21 orang daripada 94 mangsa disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkemahan di sini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI