Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor ada memberikan pendapatnya mengenai isu majikan yang ingin merekrut pekerja baru seperti yang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini.

Menurut Adibah, para majikan sepatutnya berterus terang sahaja mengenai tingkat gaji yang mereka ingin tawarkan dan berhentilah membandingkan mereka dengan para perkerja zaman dahulu.

“Dear future employers, kalau nak recruit new employees, cakap je terus terang brapa gaji u all nak offer.

“Hentikanlah nak compare budak-budak sekarang punya challenges/way of thinking dengan zaman you.

IKLAN

“Dah lain dah. Try looking at things from THEIR perspective. Good luck semua,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Tambah Adibah lagi, zaman kini sudah berubah dan para majikan sepatutnya turut melihat situasi ini dari sudut pandang yang berbeza.

IKLAN

Tweet tersebut nyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 22,000 retweet dan hampit 19,000 tanda suka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Adibah itu selain turut berharap agar persepsi para majikan ketika ini dapat berubah.

“Hentikanlah Nak Compare Budak-Budak Sekarang,” – Kongsi Trend Minta Kerja Kini, Adibah Noor Pohon Majikan Terus Terang Fasal Gaji “Hentikanlah Nak Compare Budak-Budak Sekarang,” – Kongsi Trend Minta Kerja Kini, Adibah Noor Pohon Majikan Terus Terang Fasal Gaji “Hentikanlah Nak Compare Budak-Budak Sekarang,” – Kongsi Trend Minta Kerja Kini, Adibah Noor Pohon Majikan Terus Terang Fasal Gaji

IKLAN

Terdahulu, Adibah kini dilihat sedang sibuk menjalani proses pengambaran drama siri popular Kampung People musim ke-2.

Adibah bakal membawa watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein.

Sumber: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI