Kisah rumah tangga pelakon Sharifah Sakinah yang telah berakhir bersama suaminya, Alif Adha Jamil pada Mei lalu mendapat perhatian meluas daripada peminat.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sakinah yang kini melalui fasa penceraian ada menitipkan kata buat para pengikutnya di Instagram.

Jelas adik kepada Sharifah Shahirah ini, dia menzahirkan ucapan terima kasih buat yang memberikan semangat.

Juga, dia kini memilih untuk fokus terhadap kerjaya seni.

“Saya mungkin diam dan tidak memberi reaksi terhadap mesej yang diterima. Terima kasih untuk mereka yang menyokong dan kepada mereka yang menghina. Ingat anda semua mempunyai keluarga juga.

IKLAN

“Saya tidak akan menjadikan bahagian hidup yang ini sebagai drama, saya tidak akan menghuraikan dan ingin menumpukan perhatian pada kerjaya saya.

“Sekiranya sesiapa yang mempunyai  masalah dengan apa pilihan saya dalam hidup, pakaian yang dipakai, atau tindakan saya anda boleh ‘unfollow’ ruangan ini.

“Jangan ragu untuk memberi komen, cuba jangan saling bertengkar, kita semua mempunyai perkara yang lebih baik untuk dilakukan hari ini. #penggoda #pendosa,” tulisnya.

IKLAN

Imbas kembali, Sakinah mendirikan rumah tanggs bersama Alif pada 28 Mac 2015.

IKLAN

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha, 3 tahun.

Sakinah baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila mendedahkan, dia kini sudah pun berpisah dengan Aliff.

Sebelum ini, pasangan ini mendirkan rumah tangga pada 28 Mac 2015 dan dikuniakan seorang anak perempuan.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI