Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala persiapan lebih tertumpu kepada sepasang permata hati selain memilih kesederhanaan sekali gus mengelakkan pembaziran.
“Apa-apa pun, anak-anak sentiasa menjadi keutamaan. Saya percaya ibu-ibu lain pun begitu.
“Apabila sudah ada dua anak, fokus saya lebih kepada mereka,” katanya yang tetap memastikan agar keluarganya tampil sedondon di hari kemenangan umat Islam itu.
“Saya lebih fokus kepada pakaian anak-anak. Baju mereka mesti sepadan dengan saya dan ayah mereka.
“Untuk Aafiyah, memang setiap tahun saya beli kain lebih supaya kami boleh berpakaian sedondon.
“Afwa pula akan dipadankan dengan ayahnya, tetapi warna baju tetap seragam buat kami seisi keluarga,” jelasnya lagi.
Memandangkan Aidilfitri diraikan sepanjang bulan Syawal, Siti mengakui dia turut memilih membeli baju raya secara dalam talian, satu trend yang semakin popular.
“Baju raya saya sebenarnya ada yang pernah dipakai sebelum ini. Baju baharu pun ada, dalam tujuh pasang. Kalau nak tahu, saya pun ada beli baju secara online,” katanya.
Baginya, tiada masalah untuk mengulang pakai baju lama selagi masih elok dan sesuai digayakan.
“Semua orang ada pilihan masing-masing. Bagi saya, sayang kalau baju itu hanya dipakai sekali. Sekurang-kurangnya dua kali.
“Saya sendiri pernah pakai baju raya yang sama sehingga tiga kali dan baju raya yang sudah dipakai masih boleh digunakan untuk majlis lain seperti kenduri atau perkahwinan.
“Begitu juga dengan kuih-muih, biarlah sederhana,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu Bukan Cinta Biasa ini.
Menyentuh tentang juadah raya kegemarannya pula, Siti tidak dapat menyembunyikan keterujaan menantikan hidangan tradisional Aidilfitri.
“Sudah tentu saya suka rendang, ketupat, dan nasi himpit kuah kacang. Tak lupa juga nasi minyak, masakan udang, dan pelbagai juadah lain.
“Ada juga makanan yang kami beli sebagai tanda sokongan kepada peniaga kuih-muih,” jelasnya yang akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur terlebih dulu sebelum pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang.
Dalam perkembangan lain, lagu raya terbaharunya yang berjudul Raya Nak Ke Mana kini sudah berada dalam senarai trending di YouTube.
Siti bagaimanapun memaklumkan, lagu tersebut bukanlah untuk bersaing dengan penyanyi lain, sebaliknya sekadar ingin menambah kemeriahan suasana Aidilfitri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Hotel Tenera tetap meraikan selebriti dalam kempen Ramadan mereka meskipun tidak melantik wajah rasmi tahun ini.
Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, pihaknya memilih pendekatan berbeza dengan lebih menumpukan kepada ulasan pelanggan untuk meningkatkan kualiti bufet hotel berstatus lima bintang itu.
Namun, mereka masih menjemput selebriti seperti Datin Alyah, Ayu Damit, Rina Eva, Osama Yamani, dan Zaki Yamani untuk berbuka puasa serta membuat persembahan.
Menolak dakwaan bahawa mereka serik bekerjasama dengan selebriti, Fadzly menegaskan bahawa pihak hotel menghargai keunikan yang dibawa oleh para selebriti.
“Kita tak pernah serik bekerjasama dengan selebriti. Artis ada kelebihan mereka yang tidak ada pada orang lain, dan begitulah juga sebaliknya,” katanya.
Mengulas mengenai kontroversi peribadi artis, Fadzly menekankan, Hotel Tenera tidak mencampuri urusan peribadi mereka.
“Kami ambil pendekatan profesional, selebriti tetap selebriti dan ada kelebihan masing-masing.
“Kami juga tidak letak ‘benchmark’ untuk ‘banned’ artis bermasalah,” katanya, sambil menegaskan kesilapan adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia.
Sementara itu pada tahun ini, bufet Ramadan Hotel Tenera bertemakan Serantau Desa, dengan konsep bazar Ramadan yang menampilkan lebih 40 gerai makanan.
Antara hidangan istimewa termasuk Nasi Dalcha Lutut Kambing, Kari Kepala Salmon Jawa, Shellout, Rendang Tok Perak, dan pelbagai jenis ikan bakar serta pencuci mulut.
Lebih menarik, durian juga turut disediakan setiap hari untuk pelanggan.
Dalam pada itu, pihaknya terus optimis untuk mengekalkan standard tinggi dalam penyediaan makanan dengan sentuhan Cef Sahisal Azrul Mat Said, yang berjaya membawa hotel ini memenangi anugerah Best Ramadan Buffet selama lima tahun berturut-turut sejak 2019.
Selain menawarkan promosi harga bilik khas sepanjang Ramadan, hotel ini juga menyediakan surau serta kemudahan solat berjemaah
Imam dari Tahfiz Masjid Al-Hasanah, Bangi turut dijemput bagi memimpin solat Isyak dan Terawih setiap malam.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotel Tenera atau melayari media sosial rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Selepas hampir lima bulan barada di dalam tahanan penjara di Thailand, penyanyi lagu,‘Bea Sobar Bea’, Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, hari ini, daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim terhadap Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti kesemua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.
Manakala bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) setiap seorang, namun tempoh pemenjaraan itu sudah selesai dilakukan selain disebabkan kesemua tertuduh berkelakukan baik.
Manakala, Erdeka dan Zuhaira yang turut didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dikenakan denda RM526.
Hakim menerusi hujahan penghakiman berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan sejumlah dadah berkenaan dengan kesemua tertuduh.
Malah katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut tidak menunjukkan bekalan dadah terbabit dibawa oleh mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penulis lagu prolifik, Ajai berharap pendengar dapat menikmati Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dengan perspektif baharu tanpa membandingkannya dengan versi asal yang...