Kalau anda peminat tegar rangkaian filem Die Hard pasti kenal benar dengan pelakon berusia 67 tahun ini.  Selain terkenal menerusi karisma dan bakat dalam kerjaya lakonan, dia juga dikenali sebagai suami kepada pelakon terkenal, Demi Moore.

Biarpun sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing, hubungan mereka tetap akrab apatah lagi mereka memiliki tiga orang anak bersama. Bruce kemudiannya berkahwin dengan Emma Heming pada 2009 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata.

Akibat Hilang Keupayaan Kognitif, Bruce Willis Tinggalkan Dunia Lakonan
Bersama isterinya, Emma Heming.
Akibat Hilang Keupayaan Kognitif, Bruce Willis Tinggalkan Dunia Lakonan
Biar pun sudah bercerai, Bruce tetap bersahabat baik dengan Demi Moore.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh keluarganya, pelakon tersebut dimaklumkan akan mengundur diri dari dunia seni buat selama-lamanya akibat penyakit yang dihidapi.

Akibat Hilang Keupayaan Kognitif, Bruce Willis Tinggalkan Dunia Lakonan

“Bruce menghidapi masalah kesihatan dan baru-baru ini dia telah didiagnosis dengan penyakit Aphasia. Penyakit itu memberi kesan kepada kebolehan kognitifnya. Mengambil kira faktor itu, Bruce terpaksa melangkah meninggalkan kerjaya yang dicintainya.

“Ini adalah masa yang sangat mencabar untuk keluarga kami dan kami amat menghargai kasih sayang, belas kasihan dan sokongan anda yang berterusan.

IKLAN

“Perkara ini diharungi sebagai sebuah keluarga yang kuat, dan kami mahu berkongsi perkara ini kepada peminat-peminat Bruce kerana kami tahu betapa dia sangat bermakna kepada anda, sebagai mana bermaknanya anda kepadanya,” ujar mereka sekeluarga dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing.

Kenyataan tersebut dikongsi oleh isterinya, Emma, bekas isteri, Demi Moore dan juga tiga anaknya yang sudah dewasa, Rumer, Tallullah dan Scout.

BACA JUGA: “Hati Kami Hancur, Dia Merupakan Dunia Kami,” – Tom Parker Meninggal Dunia Akibat Kanser Otak, Isteri Umum Berita Kematian

Akibat Hilang Keupayaan Kognitif, Bruce Willis Tinggalkan Dunia Lakonan
Potret keluarga ketika masih bergelar suami kepada Demi moore.

Bagaimana Aphasia memberi kesan kepada kualiti hidup? Penyakit ini menyebabkan individu yang menghidapinya mengalami masalah dalam pertuturan dan bahasa. Selalunya, ia terjadi disebabkan kerosakan pada bahagian kiri otak. Penghidap penyakit ini bukan sahaja menghadapi kesukaran untuk bertutur, bahkan mereka tidak mampu Menyusun ayat dengan teratur.

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI