Penyanyi Mas Idayu tidak menafikan dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang dan tidak menolak kemungkinan untuk membawa perhubungan  tersebut ke fasa serius.

Mas Idayu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi mengenai identiti lelaki yang sedang dikenali, sebaliknya akan berkongsi apabila tiba waktu sesuai.

“Selama hampir lebih 15 tahun hidup sendiri, saya terkejut dan tidak menyangka akhirnya hati terbuka untuk mengenali seseorang.

“Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil untuk jawab soalan ini.

“Selama ini, sebenarnya saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru meski banyak lelaki yang cuba mendekati.

IKLAN

“Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat, namun sekiranya saya okey, anak pula sebaliknya.

“Sebenarnya, saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki jodoh sebab bagi saya, sudah tiba masanya untuk berteman,” katanya ketika ditemui pada program realiti Mic On, di Sungai Buloh.

Mas Idayu menambah, dia sendiri tidak sangka bahawa doa yang dipohon akhirnya dipertemukan dengan seseorang yang bekerja dalam industri.

IKLAN

“Saya tak sangka dia hadir dalam hidup, walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama.

“Tahun lalu ada orang yang usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh katakan, dia bukanlah dalam kalangan selebriti.

IKLAN

“Kami juga sudah keluar berjumpa beberapa kali dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik. Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja daripada semua, Insha-Allah,” katanya.

Untuk rekod, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Gaseka dan bercerai sekitar tahun 2006.

Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah yang kini sudah berusia 25 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI