Pelakon Iman Suhana atau nama sebenarnya, Norsuhana Maria Mohamad Wahid berkongsi wajah penuh anak perempuannya yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pelakon Takdir Yang Tertulis itu turut mendedahkan nama anak keduanya ialah Muna Laiqa Muhammad Shazwan,
Dilahirkan secara normal, Iman turut bersyukur kerana proses bersalin dipermudahkan.
“Dilahirkan Secara Normal Seberat 2.7Kg,” – Iman Suhana Kongsi Wajah Bayi, Namanya Muna Laiqa
Ads
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Perkenalkan ahli baru keluarga kecil kami, puteri kedua mummy daddy.
“Muna Laiqa Binti Muhammad Shazwan telah selamat dilahirkan pd 22/02/2022 (3.30pm) secara normal seberat 2.7kg. Harini Muna dah genap seminggu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah serta menyatakan doa yang baik-baik buat iman sekeluarga.
Menerusi platform sama, dia turut berkongsikan foto kedua anaknya yang dirakam berdua.
Ads
Untuk rekod, Iman berkahwin dengan ahli perniagaan, Shazwan Ibrahim pada 16 Mac 2018 dan turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Maya Inara yang kini mencecah usia empat tahun.
Pelakon Ruhainies menyifatkan permohonan maaf yang dilakukan rakan artis, Zul Ariffin susulan isu tular baru-baru ini sebagai jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia sudah mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.
“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih-lebih. Sebab bimbang nanti ia akan disalah ertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.
“Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.
“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” katanya.
Tambah Ruhainies lagi, adalah tidak adil jika hanya tuding kesilapan kepada satu pihak saja.
“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.
“Saya percaya, Zul selepas ini akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini. Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku,” katanya lagi.
Ruhainies dan Zul sebelum ini pernah bergandingan menerusi drama bersiri, Wifi Sebelah Rumah yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia di TV3 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan, Hafiz Mahamad memaklumkan isterinya yang juga merupakan selebriti media sosial, Syafiqah Aina kini sedang hamil anak kedua mereka.
Bagaimanapun, Hafiz memberitahu, isterinya itu mengalami alahan yang agak pelik apabila dia dikatakan akan mudah berasa loya sekiranya berhampiran dengan suaminya itu.
“Lain sangat Pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yg kuat
“Lately ni, Kalau saya nak manja/duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, meskipun jadual kerjanya agak padat, namun, dia akan tetap akan meluangkan masanya untuk menemani isterinya menjalani pemeriksaan doktor.
“Dari dulu, kalau isteri pregnant. Saya promise dkt dia, “saya takkan pernah skip untuk teman dia pergi checkup”.
“Harini saya bergerak tour 1 Malaysia jumpa dan train usahawan Ainaa. Ini rutin setiap tahun dan saya kena ada untuk mereka, ini tanggungjawab. Mungkin puasa nnt pun saya berada di Indonesia
“Kalau terjumpa sahabat yang memerlukan, saya akan turun untuk bantuan juga. Saya bawa semangat anak saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan meskipun agak berat baginya untuk berjauhan dengan isteri, namun dia tetap percaya ini adalah salah satu pengorbanan demi kebahagiaan masa hadapan mereka.
“InsyaAllah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri checkup. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ni
“InsyaAllah, isteri Abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik. ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Hafiz dan Syafiqah.
ALFA And Friends sudah lebih 20 tahun berada di dalam industri pendidikan awal kanak-kanak khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Pusat ilmiah ini juga telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Program E-Learning Terbaikdi Asia Pacific ICT Award 2015 dan sekaligus mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Namun di sebalik kejayaan ini, pusat berkenaan mendapati masih ramai anak-anak di Malaysia lemah dalam subjek Matematik.
Justeru, pihaknya terpanggil untuk menggalas tanggungjawab ini dengan mewujudkan ALFA And Friends Maths dalam usaha membantu lebih ramai anak-anak Malaysia cekap mengira dan bersedia untuk melangkah ke sekolah rendah.
“Seperti yang diketahui, Matematik merupakan subjek teras yang sangat penting. Namun acapkali kita mendengar keluhan anak mengenai subjek ini. Susah dan tidak faham antara alasan yang seringkali didengari dan ada juga yang seakan trauma.
“Ramai ibu bapa risau apabila melihat prestasi anak dalam mata pelajaran itu semakin merosot terutama sejak bermulanya pandemik COVID-19. Ibu bapa mulai sedar terdapat banyak cabaran dalam membantu anak dalam menguasai subjek matematik.
“Ia termasuk isu jurang generasiiaitu perbezaan konsep, cara dan teknik menjawab zaman ketika mereka belajar sangat berbeza dengan zaman kini. Ia sekali gusmenyebabkan ibu bapa kecewa kerana tidak dapat membantu anak,” kata Ho Teh Eng selaku pengasas pusat berkenaan.
Kata Ho lagi, di sekolah, anak-anak diajar dengan pelbagai konsep tetapi tidak dapat dikuasai dengan baik kerana diperkenalkan dengan pelbagai kaedah tetapi tidak diajar secara mendalam.
“Ini membuatkan mereka lebih cenderung untuk menghafal bagi menyelesaikan soalan Matematik.Kaedah menghafal mungkin berkesan untuk tempoh masa yang singkat. Namun, apabila soalan menjadi lebih mencabar, mereka yang hanya menghafal ini tidak mampu untuk menyelesaikan soalan subjek itu dan seterusnya menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar.
“Hal ini kerana, menghafal bukanlah satu kaedah yang efisien dalam pembelajaran lebih-lebih lagi untuk anak kecil.Trauma terhadap subjek itu di peringkat awal pembelajaran memberi kesan jangka masa panjang kepada mereka.
“Hal ini berlaku kerana mereka dipaksa melakukan latih tubi yang melampau tanpa kaedah pembelajaran yang bersesuain dengan umur mereka. Sudah menjadi lumrah, apabila nak anak pandai Matematik,mereka akan disuruh buat latihan yang banyak, hafal sifir, malah ada yang lebih ekstrim, tak hafal kena denda. Perkara sebegini mewujudkan perasaan benci dan mereka buat kerana takut hingga trauma,” katanya.
Tambah Ho lagi, apa yang terjadi kini, golongan anak tidak memahami konsep Matematik dan lebih cenderung untuk menghafal cara penyelesaian masalah.
“Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan soalan. Anak-anak akan hilang minat terhadap subjek itu apabila mereka gagal memahami konsep dan tidak yakin dengan pengiraan dibuat.
“Jika ibu bapa mahu menanam minat mereka terhadap subjek itu, ia perlu mula dari awal. Kini, terdapat pelbagai pilihan program Matematik yang bersesuaian mengikut perkembangan umur anak-anak. Penting untuk ibu bapa membuat pilihan program yang tepat,” katanya.
Ho turut menambah, ALFA And Friend Maths merupakan sebuah program yang memenuhi keperluan pembelajaran si kecil dari usia empat hingga sembilan tahun.
Sementara itu, bagi pelakon yang juga ibu, Memey Suhaiza berpendapat bahawa teknik pemahaman Matematik yang betul untuk kanak-kanak bukan lah sekadar menghafal dan latihan yang banyak.
“Apabila anak saya dah mula sertai kelas program ini, memang saya ikuti. Saya tengok proses pembelajaran berbeza. Ia aktiviti yang membuatkan anak kita seronok untuk mengira,” kata Memey.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.