Di sebalik jenama yang pernah menyaksikan aktor pujaan ramai Malaya, Remy Ishak menjadi duta produk minuman Origina, seorang wanita yang masih muda rupanya menjadi penggerak jenama berkenaan.

Baru berusia 28 tahun, Fatin Diana Mohd Zain yang juga sebagai pengasas jenama minuman terbabit dilihat cukup berdedikasi dalam usaha membangunkan empayar serta kelangsungan perniagaan keluarga di bawah syarikat PS Food & Beverage Sdn Bhd itu.

Akuinya, sejak kecil lagi dia sudah mula terdedah dengan terma niaga.

Dulu Dutanya Remy Ishak & Pernah Jadi Promoter Jom Heboh, Wanita Ini Optimis Perkenalkan Jenama Minum Popular Dulu Dutanya Remy Ishak & Pernah Jadi Promoter Jom Heboh, Wanita Ini Optimis Perkenalkan Jenama Minum Popular

“Ketika jenama Origina belum terkenal sekitar tahun 2016 lagi, saya sudah bergelar promoter di karnival Jom Heboh, pasar raya dan sekolah.  Masa itu saya berusia 22 tahun. Saya sudah terbiasa turun padang mempromosikannya.

“Malah ketika itu, tanpa pasukan kerja yang kuat, saya beri idea kepada ayah supaya jenama itu tembus ke sekolah di Shah Alam. Masa itu dalam 1000 buah sekolah berjaya ditembusi.

IKLAN

“Saya pernah menjadi eksekutif jualan ketika produk Origina menyertai pameran makanan dan minuman di Dubai, Amsterdam, Rusia dan Vietnam. Masa belajar di Australia pun saya ada berikan input kepada ayah dari sana,” kata anak sulung dua beradik itu.

Katanya perniagaan jenama minuman itu kini dikemudi sepenuhnya sambil dibantu ibu tersayang.

“Asalnya ayah juga menjadi perintis di Malaysia yang memperkenalkan produk minuman di dalam pouches atau pek kantung. Daripada pembekal kepada pelbagai jenama antarabangsa, akhirnya ayah cetuskan jenama Origina minuman dalam pouches. Jenama itu umpama prototaip.

“Kemudian saya lakukan rombakan dan penjenamaan semula untuk jenama itu. Malah pada 2019, kita buat kali pertama gunakan duta Remy Ishak. Impaknya jenama itu semakin dikenali dengan meluas. Bagaimanapun kontrak Remy sudah tamat,” katanya.

IKLAN

Kerana terlalu dedikasi terhadap kerja, Fatin Diana juga tidak seperti kebanyakan wanita seusianya yang menikmati kehidupan.

Dulu Dutanya Remy Ishak & Pernah Jadi Promoter Jom Heboh, Wanita Ini Optimis Perkenalkan Jenama Minum Popular Dulu Dutanya Remy Ishak & Pernah Jadi Promoter Jom Heboh, Wanita Ini Optimis Perkenalkan Jenama Minum Popular

“Saya memang selalu utamakan kerja. Macam sekarang misi nak pastikan rangkaian produk baru meletup di pasaran. Hal kahwin itu ada juga terlintas, tapi tunggulah dulu. Mungkin dalam setahun dua lagi, saya kahwin,” katanya yang turut melancarkan produk baru.

IKLAN

“Kini kami juga ingin menjadi asbab kepada orang lain dapat kebaikan menerusi kelahiran Produk Endemic Series: BioWonders. Ia dilancarkan 3 Mac lalu. Ia tercetus disebabkan penularan COVID-19.

“Ia selaras dengan persediaan untuk melangkah masuk ke langkah endemik di mana kita perlu bersedia untuk hidup bersama wabak ini dan tak boleh mengawal situasi lalu kena mengambil langkah menjaga diri kita. Untuk permulaan kita keluarkan 100,000 unit di pasaran,” katanya.

Kini hampir 3.5 Juta rakyat Malaysia berada di pasca COVID-19 dan bermakna dalam purata satu dalam setiap 11 orang di kalangan kita pernah terkena wabak jahat itu.

“Ia juga menjadi penanda aras untuk kami untuk kami melangkah ke industri BioPharmacy atau NutraCeutical. Menerusi produk ini juga kami berkolaborasi dengan pakar dan saintis untuk menyokong keberkesanannya,” katanya yang mahu membantu berkongsi rezeki melalui pembangunan sistem agen kepada orang ramai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI