Penyanyi, Ani Maiyuni atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman telah berkongsi cerita seterusnya mengimbau kembali kenangan ketika di awal penglibatan dalam karier seni lebih dua dekad lalu.
Menurut Ani, perjalanan karier seni nyanyiannya bermula setelah dia dilamar syarikat rakaman FMC Music untuk menganggotai sebuah kumpulan yang digelar Sugar selepas menyertai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995.
“Saya bermula dengan pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 dan saya antara finalis bersama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza waktu itu. Selepas habis pertandingan itu, saya dilamar oleh syarikat FMC untuk buat album berkumpulan iatu Sugar.
“Jadi dari situ lah bermulanya karier seni saya sebagai penyanyi,” katanya menerusi program YouTube Media Hiburan, MHLifeStyle baru-baru ini.
Bermula sebagai penyanyi berkumpulan, Ani kemudian mengorak langkah sebagai penyanyi solo irama dangdut selepas kumpulan Sugar yang dianggotai tiga penyanyi wanita itu dibubarkan atas sebab tertentu.
“Cerita dia macam ni, masa saya masih dibawah pengurusan syarikat rakaman FMC, ketika itu saya ni penyanyi kumpulan Sugar. Tapi selepas itu kami berpecah dan antara tiga orang dalam kumpulan Sugar tu hanya saya sahaja yang boleh menyanyi.
Ads
“Kebetulan pula waktu itu irama dangdut ni tengah meletup, jadi syarikat rakaman pun bawa saya pergi jumpa penyanyi Iwan untuk uji bakat. Selepas selesai, Iwan pun kata saya boleh menyanyi. Jadi itu lah kisahnya,” katanya lagi.
Dedahnya yang sinonim menerusi lagu Buaya Cinta dan Sedap ini, nama komersialnya, ‘Ani Maiyuni’ tercetus selepas menjalani ujian menyanyi dilakukan.
Menurut bintang berusia 43 tahun ini, nama berkenaan rupanya kombinasi nama arwah nenek dan datuknya.
Ads
“Kemudian Iwan dengan arwah ayah duduk berbincang dengan syarikat rakaman bagi cari nama yang sesuai untuk penyanyi dangdut ini. Jadi Iwan pun tanya nama bapa kau apa, saya jawab Osman.
“Lepas tu dia tanya nama mak pula apa saya jawab Fatimah, eh macam tak sesuai pula. Kemudian dia tanya nama nenek apa, saya cakap Ani, nama datuk pula Maiyuni @ Nayuni, jadi dia ambil Ani letak Maiyuni jadilah Ani Maiyuni,” dedahnya.
Jelasnya, hal ini berlaku kerana nama sebernarnya iaitu Aishah An-Nur Osman tidak sesuai untuk diguna pakai oleh penyanyi dangdut pada ketika itu.
“Aishah tu kan nama isteri Nabi, jadi sebaiknya pilih nama lain dan ia dirasakan tidak sesuai untuk letak pada penyanyi dangdut.
Ads
“Orang-orang yang nama Aishah tu sesuai nyanyi lagu yang relaks, tengok lah contoh macam penyanyi kak Aishah, bertudung. Kan lebih sesuai kalau tengok.
“Macam saya cakap tadi, kalau letak Aishah An-Nur penyanyi dangdut, memang tidak sesuai dik,” katanya berseloroh.
Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Ani menerusi pautan video ini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon Indonesia, Dede Sunandar akui tidak malu bekerja sebagai seorang seorang kakitangan sebuah restoran yang terletak di Pantai Indah Kapuk (PIK), Jakarta Barat.
Dia menjadi viral apabila gambar lelaki miripnya yang sedang bekerja tular di media sosial lalu menimbulkan pelbagai persoalan bagaimana seorang selebriti menjadi pelayan di restoran.
Menurut laporan media tempatan Indonesia, pelawak yang berusia 34 tahun itu telah tampil ke hadapan dan mengesahkan bahawa lelaki dalam gambar yang tular itu adalah dirinya.
Tiada Tawaran Televisyen
Mengakui memerlukan wang kerana tiada tawaran yang datang dalam dunia seni, Dede Sunandar tidak laris sejak menceburi dunia politik yang menyaksikan dia kalah dalam pemilihan legislatif bagi kawasan Kota Bekasi pada 2024.
Di restoran tempat kerjanya kini, Dede berkongsi bahawa dia ditawarkan untuk mengurus bahagian acara serta membantu sebagai pelayan dan barista.
Mengakui terpaksa menerima tawaran kerja di restoran, menurutnya, faktor tekanan ekonomi selain tanggungjawab sebagai suami dan ketua dalam keluarganya adalah pemicu semangat untuk terus mencari rezeki.
Pikul Tanggungjawab
“Sebab tiada panggilan untuk penggambaran atau kemunculan sebagai tetamu di televisyen. Selagi ada kerja, ambil saja untuk isteri dan anak-anak,” kongsinya yang memiliki tiga orang cahaya mata.
Menurutnya lagi ramai pelanggan yang menjamu selera di restoran tempatnya bertanya kenapa memilih kerja di restoran dan tidak fokus sahaja sebagai pelawak dan artis.
Tidak ralat dengan pertanyaan yang diajukan, suami kepada Karen Hertatum ini menjawab dengan baik dan berkongsi bahawa dia tidak menerima tawaran di TV dan apabila mendapat kerja di restoran dia melakukannya demi menghidupkan keluarga.
Dede Sunandar aktif dalam dunia seni sejak tahun 2010 dan kerap membintangi pelbagai sitkom dan juga drama termasuk filem. Sepanjang bergelar anak seni, dia pernah menang gelaran Komedian Target Terfavorit di Indonesian Comedy Awards 2022.
“Usahlah berkira. I ain’t perfect. I’m a sinner. Aku baran. Aku kasar. Aku tak tutup aurat. Aku pendendam.
“Tapi I believe selagi kau sedar diri kau siapa, kau berjaga bila bercakap hari-hari untuk tidak sakiti hati orang, kau rasa kau kena juga memberi kepada orang-orang yang lebih memerlukan.
“Selagi kau bersimpati fikir susah lelah penat orang berkerja, selagi ada perasaan nak membantu orang yang memerlukan…kau buat,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Sara Sajeeda itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Tiz turut meluahkan dirinya sentiasa berdoa kepada agar rasa simpati di dalam dirinya tidak akan pernah hilang.
“Umur 32 tahun ni baru aku sedar. Tak semua manusia dikurniakan hati yang mulia. Tak semua orang faham apa itu kebaikan sesama manusia. Susah bagi sesetengah orang.
“Aku sentiasa berdoa, ya Allah, kau muliakanlah hati aku ini. Janganlah kau tarik perasaan ini dari aku. Aku bersyukur hati aku masih merasa simpati.
“Aku bersyukur aku masih mampu menolong. Aku bersyukur aku masih mempunyai hati. Hati yang lembut.
“Janganlah kau keraskan hati yang lembut ini ya Allah,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat Tiz selain turut berharap agar doanya itu dimakbulkan tuhan.
Sumber: Twitter Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...