Pelakon, Mia Ahmad meluahkan perasaan sedih apabila mengenang kembali perbuatan yang pernah dilakukannya sebagai anak, sebelum ini.
Akui Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, terlalu banyak dosa terhadap kedua orang tua dan dia kesal dengan segala kesilapan yang pernah dilakukannya itu.
“My beautiful mom. Dia cakap how regret she is sebab dulu dia sibuk sangat kerja dan lupa akan tanggungjawab pada anak-anak.
“Nak nangis sebab kami anak-anak pun terlalu banyak dosa pada ayah dan mak,” luahnya.
Ads
Kini, Mia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menebus segala kesilapan sekaligus cuba berbakti kembali kepada dua orang tuanya.
Di samping menzahirkan rasa sayang, pelakon berusia 34 tahun ini turut menasihati semua untuk sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa masing-masing.
“Jadi sekarang ni kami sama-sama qada’ kasih sayang towards each other . It is never too late. Syukur ya Allah hadirkan rasa ini buat kami.
Ads
“Tak ada hubungan yang sempurna. Turunkan ego dan mula menghargai. Love you so much mak,” tulisnya.
“P/s : mak saya tak berapa sihat, minta semua doakan kesembuhan mak saya ya,” tulisnya lagi menerusi entri yang sama.
Link posting
Ads
Sekadar informasi, Mia telah dilahirkan pada tanggal 22 Februari 1988, di Taiping, Perak.
Baru-baru ini, tular di platform media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan situasi seorang kanak-kanak yang berharap agar bapanya dapat belikan sebiji bola futsal.
Lantaran itu, bapa kepada kepada kanak-kanak berkenaan telah pun membuat kejutan dengan menunaikan permintaan anaknya itu.
Reaksi kanak-kanak yang dikenali sebagai Azrull Adib saat menerima pemberian bapanya itu nyata menyentuh hati banyak pihak.
Antara yang turut sama terkesan saat menonton video tersebut termasuklah penyampai radio, Radin Era dan pelakon, Azad Jazmin.
Terbaru, Radin memaklumkan dia, Azad dan seluruh team Petang Era telah membuat kejutan untuk sekali lagi memberikan Adib sebiji bola dan sepasang kasut bola baru.
“Happy for you @azrulladib . Semalam team Petang Era @era.je, saya dan my brother man @azadsyaziraroses berpeluang berjumpa dengan adik Adib yang sebelum ini tular videonya inginkan bola dari ayahnya.
“Jadi kitorang pun plan nak hadiahkan Adib sebiji bola dan sepasang kasut bola untuk dia,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurut Radin, dia sememangnya berasa gembira apabila berpeluang untuk bertemu dengan Adik Adib dan menyerahkan sendiri hadiah tersebut.
Menerusi foto yang dikongsikan itu, perasaan gembira jelas terpancar pada wajah kanak-kanak tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Radin, Azad dan seluruh team Petang Era akan dimurahkan rezeki.
“Terbaiklah korang.
“Memang sentiasa terbaik Abang Radin, Pak Azad dan seluruh team Era.
“Jom kita futsal dik. Awak boleh tapau Abang Radin.
“Thank you Era dan semua team yang terlibat.
Semoga sentiasa murah rezeki Radin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Radin dan Azad merupakan gandingan terbaru di stesen radio Era yang mengendalikan segmen Petang Era bermua jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semangat, dedikasi dan kerja keras usahawan dan pempengaruh, Farah Nadhirah Ibrahim yang diiktiraf sebagai salah seorang penerima Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) 2021 pada 8 Mac lalu menjadi kekuatan buatnya untuk terus melangkah.
Farah,30, atau Ferra Ibrahim sukses mengusahakan produk penjagaan rambut, kulit dan kuku, Le’HairBoss dan diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muda dalam Industri Kecantikan dan Kesihatan menerusi anugerah anjuran Malaysia Organisation of Company Director (MOCAD) yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
“Saya berniaga ini bukan nak kaya semata-mata. Rezeki itu perlu dikongsi. Macam perniagaan penjagaan rambut, kulit dan kuku diusahakan sejak dua tahun lalu ini lebih kepada usaha untuk menggalakkan lebih ramai menjana pendapatan.
“Terutama golongan wanita sekali gus mahu memperkasa mereka untuk tidak berpeluk tubuh. Status solo atau janda bukan halangan. Tambahanpula di era pandemik COVID-19 ke endemik ini.
“Tanpa mengira status anda sebagai wanita, sekalipun ada suami berada dan bertanggungjawab, golongan wanita kena buat sesuatu. Ada duit poket berniaga, boleh sokong suami serba sedikit ekonomi keluarga,” katanya.
Bekas pramugari tempatan itu juga beruntung kerana suami tercinta, Raja Ahmad Nazir Raja Ahmad Murad yang turut bergelar ahli perniagaan menjadi tonggak kekuatan di belakangnya.
“Ini merupakan perkahwinan kedua saya dibina pada Julai 2019. Suami yang percaya atas kebolehan, keinginan dan semangat sejak dahulu lagi memberi modal memulakan perniagaan ini sejak Januari 2020.
“Saya percaya keberkatan itu ada kerana beberapa bulan melancarkan suplemen pertama di Malaysia untuk rambut, kuku dan kulit, perniagaan dilakukan melonjak naik. Kemudian saya keluarkan rangkaian produk lain seperti syampu, tonik dan perapi.
“Untungnya produk saya usahakan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memakan masa setahun ini bersifat praktikal dan menjimatkan duit. Ini kerana setiap satu rangkaian produk memberi manfaat untuk rambut, kuku dan kulit,” katanya.
Menurut graduan Diploma Rambut dan Rekaan di Universiti Lim Kok Wing itu lagi, minatnya berniaga dipupuk sejak kecil.
“Di usia tujuh tahun lagi saya minat berniaga itu dan ini sebab nak duit poket. Masa itu saya dan kawan baik sepakat berniaga. Termasuk jual gelang,jual baju dan menawarkan perkhidmatan ‘facial’ di rumah dengan harga RM1.
“Lucunya yang jadi pelanggan ‘facial’ pun di kalangan kawan. Demi memudahkan mereka yang nak mencuba perkhidmatan itu, saya sampai melukis peta untuk memudahkan pelanggan.
“Tapi itu kisah dulu. Sekarang saya seronok tengok ketua stokis buat duit pula. Salah seorangnya dulu bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan selama tempoh tujuh tahun. Tapi sekarang boleh beli stok produk saya mencecah lebih RM 100,000 sebulan,” katanya.
Ferra pada masa sama optimis untuk terus mengembangkan jenamanya.
“Ikutkan jenama produk saya lebih dikenali dengan nama HairBoss. Sampai orang lupa nama rasmi, Le’HairBoss. Tapi tak apalah, janji orang tahu.
“Rangkaian produk saya pun dijual daripada harga RM129 hinggalah ke RM59. Sangat berpatutan. Insya-Allah tahun ini juga saya mahu ‘all out’ menghasilkan produk dan jenama baru. Tak lupa menjalinkan kolaborasi serta membawa jenama dimiliki ke peringkat antarabangsa,” katanya terlebih dahulu menjalankan perniagaan tekstil.
Ferra Ibrahim sebelum ini juga pernah menerima anugerah Promising Hair Care Brand Of The Year 2021 daripada Niagatimes dan disenaraikan sebagai Successful Young People In Malaysia daripada Britishpedia Media.
Dia yang mempunyai lebih 130,000 pengikut di Instagram pernah mencuri perhatian wargamaya kerana disangka selebriti berdasarkan personalitinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji daripada majikan kesan daripada pandemik Covid-19.
Atas rasa tanggungjawab, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Maghfirah sekali lagi tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Noruddin, usaha itu adalah menerusi kempen Raikan Ramadan yang dianjurkan yayasan yang menyaksikan sasaran pada tahun ini adalah sebanyak RM5 juta.
“Alhamdulillah dengan sumbangan orang ramai, pada Ramadan yang lepas, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan Ramadan sebanyak RM1.2 juta kepada golongan asnaf.
“Mereka terdiri dari penduduk di 15 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar lembah Klang, pusat perlindungan dan kebajikan, para petugas barisan hadapan, rumah anak-anak yatim, pusat-pusat tahfiz dan lain-lain dengan anggaran lebih 35,000 orang penerima manfaat.
“Hari ini, Yayasan Maghfirah sekali lagi melancarkan Kempen Raikan Ramadan dengan mensasarkan pengumpulan dana sebanyak RM 5 juta.
“Kempen ini membuka ruang dan peluang kebaikan merebut keberkatan Ramadan kepada masyarakat Malaysia untuk berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana,” katanya.
Selain itu, katanya, yayasan juga merancang untuk mengagihkan bantuan Ramadan tahun ini ke negara timur tengah seperti Mesir dan Lubnan.
“Daripada jumlah RM 5 juta yang disasarkan itu, sebanyak RM1.5 juta akan digunakan bagi membantu lebih 40,000 orang penerima manfaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
“Dana selebihnya akan diagihkan kepada yang layak pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tahun 2022.
“Kami mengambil inisiatif memperkenalkan lima pakej yang ditawarkan bagi menjayakan Kempen Raikan Ramadan ini,” ujarnya.
Yayasan berkenaan turut bekerjasama dengan beberapa selebriti seperti Johan As’ari, Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun dan Azmi Saat yang dilantik sebagai duta.
Lima inisiatif pakej tersebut adalah Kongsi Rezeki, Infaq Quran, Ramadan Timur Tengah, 30 Hari 30 Sedekah dan Cabaran 1000 Bulan.
Selain itu, sempena Ramadan kali ini, buat julung kalinya, Yayasan Maghfirah akan melaksanakan Majlis Amal Maghfirah yang bertujuan meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar kelas Sahabat Al-Quran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.