Selebriti popular, Sharifah Shahirah memaklumkan anak sulungnya, Allisya Tahir telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kendiri, semalam.

Khabar tersebut dikongsikan oleh penyampai radio berusia 47 tahun itu bersama para pengikut di Instagram miliknya.

Menerusi platform sama, Shahirah turut menitipkan ucapan bersempena ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Ijoy Azhari yang ke-19.

“Happy Anniversary La Yang, Tak Dan Nak Bermacam-Macam Anak Kena ‘Cobid’…,” – Sharifah Shahirah

“Happy anniversary laa Yang. Tak Dan nak bermacam macam. Anak kena cobid (Covid-19). Banjir, Kerja. Anak lain nak Spm.

“Nak daftar anak sekolah masuk sekolah menengah. Anak nak makan Haaaaa. Tak dan laaa. Bye off to work. Happy happy yang,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, ibu kepada lima orang cahaya mata ini menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga diri daripada dijangkiti wabak penyakit merbahaya itu.

“Lain semoga dilindungi time time ni. KITA JAGA KITA SAMPAI TEPI KAIN PUN JAGA. BOLEHHHHH LAAAAA,” tulisnya lagi.

Ketika dihubungi, Shahirah berkata Allisya terlibat di dalam penggambaran drama yang menampilkan adiknya, Sharifah Sakinah, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, beberapa individu lain termasuk Sakinah serta pembantu peribadinya turut mempunyai kebarangkalian dijangkiti virus berkenaan.

IKLAN

“Happy Anniversary La Yang, Tak Dan Nak Bermacam-Macam Anak Kena ‘Cobid’…,” – Sharifah Shahirah

“Happy Anniversary La Yang, Tak Dan Nak Bermacam-Macam Anak Kena ‘Cobid’…,” – Sharifah Shahirah

“Anak saya jalani penggambaran untuk sebuah drama bersama dengan adik saya juga, Sakinah.

IKLAN

“Tapi setakat ini, Sakinah belum maklumkan apa-apa lagi sebab dia punya keputusan ujian saringan tu masih nampak samar-samar lagi.

“Bukan sahaja Sakinah, malah dia punya pembantu rumah dan pengurus peribadi pun turut terkena sama,” katanya.

Apa pun, kami mengharapkan agar Allisya dan semua yang ditimpa ujian Covid-19 supaya segera sembuh seperti sedia kala, insyaAllah.

“Happy Anniversary La Yang, Tak Dan Nak Bermacam-Macam Anak Kena ‘Cobid’…,” – Sharifah Shahirah“Happy Anniversary La Yang, Tak Dan Nak Bermacam-Macam Anak Kena ‘Cobid’…,” – Sharifah Shahirah

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI