“Tak Pernah Saya Bayangkan…,” – Dulu Teruk Alami Masalah Kulit Wajah, Figura Cantik Aina Abdul Kini Terpampang Di Billboard Serata Negara!

Penyanyi Aina Abdul sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjalin kerjasama bersama Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) tahun ini.

Teruja dan bersyukur atas kolaborasinya bersama jenama berkenaan, wajah penyanyi lagu Sepi itu juga kini terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak mereka juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

“Masalah kulit wajah saya juga semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri. Sementelah komitmen saya yang bertemu ramai orang dan membuat persembahan di atas pentas,” katanya.

IKLAN

Aina ditemui di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad.

Majlis sama turut melancarkan Truskin Trio Happyness Edition selain meraikan ejen terpilih.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Lah tidak menafikan sebelum ini ada kata-kata sumbang kedengaran apabila pihaknya  menampilkan Aina sebagai wajah jenama mereka hujung tahun lalu.

“Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.

“Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai,” katanya.

Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari turut gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan penerima trofi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) ini.

“Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya,” katanya.

IKLAN

Truskin Trio Happyness Edition mengandungi micellar cleanser, TryMe mosturizer dan essence toner yang mampu meningkatkan aras kelembapan kulit selama 72 jam.

Ia penting bagi memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal 7 hari.

Edisi ini juga datang dengan hadiah percuma istimewa iaitu lip tint.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.