Pelakon Ruhainies mengesahkan lelaki misteri yang muncul di dalam klip video malam berinai yang dikongsikan aktres itu di Instagram sebelum ini ialah aktor, Zul Ariffin.
Menurut Ruhainies,30, penampilan rakan artisnya itu adalah sebagai gimik bagi mempromosikan produk kesihatan, Mixberry Powder Advance yang sekali gus menepis spekulasi dirinya berkahwin secara senyap-senyap dengan pelakon sasa itu.
“Ya jejaka misteri dalam video yang dimuat naik di Instagram kelmarin ialah Zul Ariffin. Sebenarnya masa saya muat naik video itu, ramai yang sudah meneka dia.
“Tapi dakwaan yang mengatakan kami sudah berkahwin atau bertunang adalah tidak benar. Saya dan Zul hanya berkawan baik dan dia antara kenalan selebriti yang saya rapat.
“Selepas video ini tular sayabaru sedar yang sebenarnya ramai nak tengok saya naik pelamin. Alangkah seronok kalau hari ini adalah hari bahagia itu.
Ads
“Apapun saya serah soal jodoh kepada takdir. Kalau jodoh sampai awal, cepatlah saya kahwin,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan yang menyaksikan dirinya dipilih sebagai duta.
Menurut Ruhainies, dia bagaimanapun memohon maaf sekiranya gimik yang dilakukan bersama Zul Ariffin menguris hati mana-mana pihak.
“Janganlah rasa tertipu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang. Video yang dimuat naik itu pun saya tak terangkan apa-apa, sebaliknya hanya mengambil konsep Bollywood.
Ads
“Lagipun semua orang tahu yang saya memang minat Bollywood daripada dulu. Jadi saya ambil konsep ini selepas berbincang dengan rakan kongsi Sha Hasan dan kami bersepakat untuk jayakan video promosi produk sulung ini.
“Saya pilih Zul kerana pada mata saya dia adalah hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul. Jadi dalam video ini kami seperti watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai,” katanya.
Terdahulu video berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik pelakon drama Sayang Tak Dikenang menunjukkan dia mengenakan inai di jari sambil diikuti jejaka misteri dari belakang tular di media sosial.
Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa yang menyatakan ‘A night to remember. One step closer pada hantaran terbabit.
Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah peminat dan ada juga yang meneka Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, penggunaan media sosial masa kini boleh memberikan kesan buruk kepada di kalangan netizen andai tidak digunakan dengan betul.
Pelakon Datuk Adi Putra misalnya ada memberi kata nasihat kepada netizen untuk sentiasa berwaspada dengan pengunaan media sosial.
Hero drama bersiri Cinta Si Wedding Planner ini berpendapat setiap perkara yang buruk berlaku masa kini merupakan satu petanda di akhir zaman.
“Bulan Rabiulawal sempena Sambutan Maulidur Rasul harus Gembira bukan sebaliknya.
“SO_SIAL_MEDIA Dulu di sebut SOSIAL MEDIA.
Diubah di sebut SOCMED Bila di uji Wabak Covid 19 sejak March lalu serta kemelut Politik. Banyak tanda dekat.
“Akhir Zaman seperti Aib, Fitnah, tularan negatif, Ugutan, Kecaman. Secara tak langsung Mengadaikan Agama dan Bangsa.
“Ingat Allah 5 minit, baca Al Quran 5 minit, Solat 5 minit, 23 Jam 45 minit mengadap
Handphone dan Jari menjadi Pedang luahan
Nafsu. MANFAAT Sebaiknya bukan Sebaliknya.
“Cuba fikirkan, siapa Pencipta, Pencetus serta agamanya SO SIAL MEDIA Ini. Kita kawal Nafsu bukan Nafsu kawal kita.Nota: Peringatan utk diri sendiri juga. #taatpadayangsatu,” tulisnya.
Pelakon dan model, Ainul Aishah mengumumkan yang dia kini sedang mengandung cahaya mata sulung bersama suaminya, Khalid Redzuan.
Berkongsi berita tersebut di Instagram, Ainul yang tampil cantik berhijab dalam foto yang dimuat naik kelihatan memegang bahagian perutnya yang semakin membesar bersama suami yang tersenyum melihat ke dalam cermin.
“Sewaktu trimester pertama saya, kami jarang keluar bersama kerana saya rasa kurang sihat setiap hari. Saya ada banyak gambar saya kelihatan seperti orang mati dalam album suami.
“Tetapi ini gambar kami dan mungkin ini antara yang paling saya sukai ketika ini, mengharungi trimester kedua dan kandungan yang jelas kelihatan,” kongsinya menggambarkan keadaan diri.
Sebelum itu dalam hantaran yang terlebih dahulu dimuat naik, pelakon filem Nana Tanjung ini berkongsi mengenai perasaan saat mengetahui dirinya mengandung.
“Kami gembira untuk berkongsi berita tentang kegembiraan baharu ini. Terima kasih Allah kerana memberikan degupan jantung yang ajaib ini bersama-sama dengan saya dalam tubuh saya.
“Saya sudah lama ingin menjadi seorang ibu tetapi saya tidak tahu sama ada saya mempunyai rezeki untuk memilikinya. Saya sangat gembira apabila saya mendapat tahu bahawa saya hamil. Saya yakin perancangan Allah untuk saya dan suami,” ujarnya.
Imbas kembali, Ainul dan suami telah melangsungkan perkahwinan pada 20 September 2022.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemergian datuk pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed merupakan satu memori yang amat menyedihkan buat mereka sekeluarga.
Pastinya banyak kenangan yang tidak akan dilupakan bersama arwah yang dipanggil ‘Abah’ di kalangan ahli keluarga besarnya; gelak tawa, memori bersama suka dan duka bersama.
Awal semalam, Neelofa turut berkongsi berita sedih itu menerusi IG Storiesnya.
Selain itu, pengacara program MeleTop itu juga turut meluahkan rasa rindunya menerusi IG storiesnya untuk bergilir-gilir (shift) menjaga datuknya, menerusi group WhatsApps mereka.
Terdahulu, Noor Mohamed, 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu jam 11:20 malam, di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Lemal. Semoga roh Allahyarham Noor Mohamed dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Salah takziah buat keluarga Neelofa dari MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi legenda, Fauziah Ahmad Daud memberi penghormatan terakhir atas pemergian penyanyi dangdut era 1980-an, Zaleha Hamid kira-kira jan 8.00 malam tadi.
Berita itu...