Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi sekeping fotonya di Instagram yang mencuri perhatian wargamaya.
Tampil kasual sambil mendukung anak lelakinya dalam balutan anduh hitam, isteri kepada Haris Ismail atau PU Riz ini turut memaklumkan dia sudah pun selesai menjalani tempoh pantang.
“Simple je tengok, masyaAllah. Look so cute Neelofa.”
“Alhamdulillah, syukur.”
Sehingga kini, entri berkenaan menerima lebih 125,000 tanda suka.
Terdahulu, ibunya Datin Noor Kartini menerusi media sebelum ini memaklumkan, dia kerap menziarahi anaknya itu ketika dalam fasa pantang.
“Neelofa berpantang di hospital selama seminggu, kemudian balik rumah saya lebih kurang seminggu. Sekarang ini, dia berada di rumahnya sendiri.
“”Saya faham apabila dalam pantang, kita mahu duduk di rumah kita kerana lebih selesa. Jadi, setiap hari saya ke rumahnya. Walaupun Neelofa sudah ada pengalaman menjaga anak-anak saudara, tetapi ia tidak sama apabila alami sendiri. Masih banyak perlu belajar.
“Sebagai ibu, saya kena selalu berpesan memakai stoking tebal-tebal, duduk melunjur dan banyak lagi. Memang selalu kena ingatkan. Kita mengandung sembilan bulan dengan berpantang satu bulan, jauh bezanya. Tempoh berpantang adalah masa yang kritikal,” katanya.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan mereka selamat sambut cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Mungkin ramai yang sedia tahu, saya sejenis yang suka buat kejutan.” Demikian kata pelakon, Ruhainies mengenai video tular malam berinai yang dimuat naik di Instsgram baru-baru ini mengundang spekulasi ramai.
Pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu juga turut mengesahkan lelaki misteri yang muncul di dalam klip video tersebut ialah aktor popular, Zul Ariffin.
Ruhainies,30, berkata dia bersama rakan pengasas, Sha Hasan berbincang terlebih dulu dan positif apabila konsep pelancaran mendapat perhatian.
“Ramai juga yang sudah tahu dan dapat teka ia hanyalah gimik. Tetapi ada yang anggap perkara itu seolah-olah macam betul berlaku. Jadi bila begitu, boleh nampaklah idea itu menjadi.
“Klip berkenaan berkonsepkan Bollywood dan memang sedia maklum, tema itu ialah antara minat saya. Jadi kami sama-sama bincang dan capai persetujuan. Mengapa tidak untuk cuba lakukan sesuatu yang baru.
“Bila bercakap mengenai konsep atau tema Bollywood, rasanya tidak lengkap kalau tidak berpasangan. Jadi hero yang paling sesuai di mata saya, ialah Zul Ariffin.
“Terdahulu saya ada bertanya pada Zul mengenai kerjasama ini dan dia sudi membantu. Hubungan kami pun baik dan Zul sebenarnya banyak bantu saya dalam dalam lakonan juga.
“Sebab itulah kalau boleh saya mahu dia turut sama terlibat dalam projek besar kami ini. Apa pun, peranan Zul hanyalah sebagai penampilan khas di dalam video ini sahaja,” katanya lagi.
Ditanya apa kaitan tanda pagar (hashtag) yang ditulisnya di dalam setiap hantaran pada video tersebut, pelakon drama Cukup Derita Itu menjelaskan, ia adalah perjalanan menuju hari pelancaran produk terbarunya.
“Ia merujuk kepada pelancaran produk Mixberry Shalicious x Ruhainies. Kami sendiri pun sudah lama rancang untuk lancarkan kerjasama ini. Misalnya dari segi persiapan video dan majlis pelancaran ia perlukan sekitar sebulan dua perancangan,” katanya.
Mixberry Powder Advance kerjasama di antara Sha Hasan dan Ruhainies ini adalah produk makanan tambahan 100 peratus mengunakan bahan natural yang sesuai untuk para wanita dan lelaki yang impikan kulit yang bebas masalah jerawat, lembut, cantik dan cerah.
Selari dengan ungkapan Shalicious iaitu ‘My Secret Is Yours’, Shalicious turut membuka peluang perniagaan bagi yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi agen dan stokis.
Menurut Sha Hasan, pemilihan aktres itu juga seiring dengan populariti dan status Ruhainies sebagai wanita berkejaya yang menjaga kecantikan serta memenuhi tanggungjawab sebagai artis yang menjaga nama dan karier.
Pelakon, Anita Baharom akui gembria selepas anak lelakinya yang juga pelakon cilik, Mohamad Dhia Iskandar bersetuju untuk melanjutkan pelajarannya di pusat tahfiz.
Menurut Anita, keputusan tersebut sebenarnya telah dibuat atas kerelaan hati anaknya itu sendiri.
Katanya lagi, Allahyarham suaminya juga pasti akan turut gembira dengan perkhabaran ini.
“Yang.. @ismadiismail Dadar @dhiaiskandar_ofc saya dah masukkan ke Tahfiz atas kemahuan dan persetujuan Dadar juga. Alhamdulillah MasyaAllah.
“Allah bukakan hati dia. Alhamdulillah
Semoga Dadar diterangkan hati dalam menghafal kalam Allah terus tersemat di jiwa sanubari,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama Tetuan Ang Dan Rahimi ini turut berharap agar segala proses pembelajaran anaknya akan sentiasa dipermudahkan sepanjang berada di pusat tahfiz tersebut.
Dikesempatan itu juga, Anita turut memanjatkan doa semoga allahyarham suaminya itu akan sentiasa tenang di alam sana.
“Baik adabnya, baik kelakuan, anak soleh mummy daddy penenang, pengejuk dan dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat kelak.. ameen ya mujib.
“Semoga awak tenang dan happy di sana yangg. Rumah sunyi tinggal bertiga huhuhu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Dhia akan sentiasa menjadi anak yang soleh.
“Dadar anak yang sangat bijak. InsyaAllah Semoga dipermudahkan pembelajaran nanti.
“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk Ita dan anak-anak.
“Semoga terus menjadi anak soleh dan khayra ummah. Amin.
“Semoga Dadar berjaya menjalani pengajian di pusat tahfiz dan menjadi anak soleh umie dan daddy.
“Sending you big hug kak. Stay strong dan Allah bersama akak sekeluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, suami kepada Anita yang juga merupakan pengarah Ismadi Ismail, 50, baru sahaja meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Anita dan arwah Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Anita Baharom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.