Juara Big Stage 2022, Elica Paujin mengakui sebahagian daripada hadiah kemenangan iaitu wang tunai sebanyak RM100,000 akan dihadiahkan kepada keluarga tersayang.

Menurut Elica, 23, baki selebihnya pula akan digunakan bagi keperluan komitmen seni selepas ini.

“Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah “Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah “Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah

“Saya mahu berikan separuh pada keluarga. Selebihnya mungkin saya rancang untuk anjurkan satu persembahan (showcase) kepada peminat di Sabah memandangkan ada yang tidak dapat ke sini.

“Kiranya ia hadiah buat mereka juga kerana tidak putus-putus menyokong tiap minggu,” katanya.

Menghargai setiap sokongan peminat, peserta asal Tambunan, Sabah ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu memberikan nasihat positif.

IKLAN

“Saya bersyukur kerana di luar sana ramai peminat yang kuat memberikan sokongan. Malah bila mendapat markah yang tinggi daripada barisan juri, saya rasa ia satu kejayaan yang besar juga.

“Sebelum ini saya tak pernah dapat markah 90 peratus dan ke atas. Bila mara ke pentas akhir, saya sudah cuba sehabis baik dan harap juri sukakan persembahan saya.

“Terima kasih buat mereka kerana sepanjang pertandingan, mereka sering berikan input dan nasihat buat kami demi memperbaiki mutu persembahan.

“Jujurnya saya merasakan mungkin peserta lain yang akan bergelar juara kerana di Big Stage, saya mahu jadikan ia sebegai permulaan untuk kembali ke dunia seni. Sebelum ini kan saya hanya aktif menyanyi di Sabah sahaja,” katanya.

IKLAN

“Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah “Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah “Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah

Elica yang pernah muncul juara program Mentor Milenia 2017 ini juga tidak terlepas daripada berdepan cabaran menuju final.

“Saya tidak jangkakan apa-apa. Hanya mahu menikmati dan membuat persembahan sahaja. Sebelum ini saya dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga terbawah. Jadi mental ada ‘kacau’ sikit.

“Rasa ‘down’ pun ada selain tidak tahu apa cara untuk kembali bangkit. Tapi syukur malam tadi saya mampu persembahkan sebagaimana yang dirancang,” katanya lagi.

IKLAN

Pada pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, itu, Elica membawakan dua buah lagu iaitu (Marsha Milan) dan Believer (Imagine Dragons) duet bersama Hael Husaini.

Elica berjaya mengumpul markah keseluruhan sebanyak sebanyak 78.93 peratus, mendahuli empat peserta lainnya untuk dinobatkan sebagai juara.

“Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah “Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah “Sebelum Ini Tak Pernah Dapat 90 Peratus Ke Atas,” – Elica Paujin Tak Jangka Apa-Apa, Niat Hadiah RM50,000 Pada Keluarga Di Sabah

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/v6EO1hetoCo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI