Sedar tak sedar sudah hampir 5 tahun pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang memeluk agama Islam sekaligus menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
Menerusi perkongsian terkini di akaun Instagram, Michael akui berdepan dilema.
Meski statusnya kini sebagai mualaf, Michael maklum sebagai hambaNya, kita perlu sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan orang lain.
Bagamanapun, pengarah berusia 46 tahun ini mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk berbuat demikian.
Ads
“Allah ajar kita untuk maafkan org yg buat salah pada kita. Tapi kadang-kadang amat susah untuk mengikut ajaran tu!
“Lebih- lebih lagi bila hati kata maafkan. Tapi kepala otak cakap jangan
maafkan dan berlembut hati. So mana satu nak ikutkan?,” tulisnya.
Selepas muncul menerusi single berjudul Keliru hasil kolaborasi bersama rapper muda, Lil J, penyanyi, Ara Johari tidak mengambil masa lama untuk melancarkan single terbarunya yang bertajuk Sumpahan Salju.
Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, karya ciptaan Ziin, manakala lirik oleh Jerry ini sebenarnya mengangkat kisah dongeng popular dunia ‘Show White’.
Katanya lagi, lirik-lirik yang diketengahkan juga banyak berkait rapat dengan kisah dongeng rakyat tersebut.
“Sumpahan Salju adalah sebuah adaptasi dari cerita dongeng kanak-kanak yang popular iaitu ‘Snow White’, dan kalau pendengar amati bait-bait liriknya, pasti mengerti dengan jalan cerita lagu ini.
“Saya sebenarnya gemar dengan melodi-melodi yang unik, dan lagu ini nyata berbeza daripada ‘genre’ yang pernah saya bawakan sebelum ini. Cuma pada kali ini, saya mahu mencuba sesuatu yang baharu serta berbeza dan tidak pernah terjangka oleh sesiapa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ara turut mendedahkan Sumpahan Salju turut mencabar dirinya untuk keluar daripada zon selesa terutamanya daripada aspek pemilihan fesyen yang ditonjolkan di dalam muzik video.
Demi memberikan kelainan, muzik video lagu Sumpahan Salju ini juga menerapkan elemen Jawa dan Barat yang belum pernah dicuba Ara sebelum ini.
“Saya sentiasa cuba memperbaiki penampilan diri dari segi berfesyen agar sejajar dengan perkembangan muzik yang saya bawakan. Bukanlah berubah seratus peratus, saya masih Ara, cuma lebih ‘up-to-date’.
“Bersesuaian dengan jalan cerita kisah dongeng serta konsep ‘single’ Sumpahan Salju, ia juga memaparkan sesuatu yang istimewa dengan menerapkan konsep tradisi Jawa dan Barat yang tidak pernah terlihat sebelum ini.
“Saya juga memainkan tiga watak yang berbeza dalam MV ini, dan kalau hendak tahu lebih lanjut, kena lah tonton!” kongsinya lagi.
Tambahnya lagi, meskipun kini dia sibuk mengurus perniagaan restorannya, namun, kerjayanya sebagai penyanyi tetap diberikan keutamaan.
“Alhamdulillah perniagaan saya semakin berkembang dengan tertubuhnya cawangan di Klang, tidak menang tangan dibuatnya!
“Namun begitu, kerjaya sebagai penyanyi tetap nombor satu. Ceritanya begini, ketika itu saya berada di studio muzik bagi mendengar ‘material’ baru daripada abang Zimi (Ziin) dan terus terpikat dengan melodi Sumpahan Salju yang memaparkan muzik tradisional Jawa yang dimodenkan.
“Setelah itu, kami memulakan sesi rakaman dalam kadar yang agak pantas, ia mengambil tempoh kurang dari tiga jam sahaja, manakala selebihnya abang Zimi yang bertanggungjawab melakukan proses adunan bagi mempercantikkan lagi bunyi lagu tersebut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, lagu Sumpahan Salju kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman digital manakala muzik videonya pula juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim memaklumkan kakaknya, Allahyarhamah Norhayati Abd Aziz telah kembali ke Rahmatullah selepas menghembuskan nafas yang terakhir, pada jam 9.43 pagi tadi.
Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Rafidah menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
“Assalamualaikum dan dalam sejahtera. Makluman buat semua yg mengenali kakak/ Kak Ngah saya Norhayati binti Abd Aziz (kakak seibu) saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.43 pagi tadi,” tulisnya.
Serentak dengan itu, pelakon berusia 35 tahun ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan doa buat arwah kakaknya.
Di samping itu, Rafidah mewakili seluruh ahli keluarganya memohon ampun dan maaf atas semua salah dan silap sepanjang mengenali arwah kakaknya menerusi hantaran yang sama.
“Terima kasih buat semua yg berusaha dari segi medical dan doa yg tidak putus2 buat arwah.
“Saya mewakili seluruh keluarga arwah, memohon ampun dan maaf sepanjang kalian mengenali arwah.
“Semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua di dunia dan di akhirat. #duniasementaraakhiratselamanya,” tulisnya lagi.
Dikesempatan ini juga, kami dari pihak MH mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Rafidah. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rafidah Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Elly diundang sebagai Juri Pedas pada malam kemuncak Big Stage 2022, pada Ahad lalu yang mana menyaksikan Siti sebagai juri tetapnya di samping Ajai.
Memuat naik foto bersama, Elly menitipkan dedikasi buat bintang kesayangan ramai itu.
“Bersama Penyanyi Pojaan No syatuuuuuu Malaysia Nahhhh apiii Tokti la dikkkkk @ctdk.
“Masa kak pommm duduk kat meja juri .. kak pommm tgk je TokTi dari tepi..,” tulisnya.
Elly mendoakan agar Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti terus maju dalam kerjaya.
“Dari dulu smpai skrg TokTi tersgt & terpaling Comellll .. sayang TokTi.. moga TokTi trus maju dlm Industri, Bisnes & Berkasih sayang Sekeluarga hingga ke jannah ,Amin
“BIG STAGE No syatuuuuuu la dikkkkk,” tulisnya lagi menerusi entri sama.
Terdahulu, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu telah diundang sebagai Juri Pedas pentas akhir program Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.