Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli tidak menafikan dirinya lebih menonjol menerusi watak protagonis setiap drama lakonannya.

Jelas aktres berusia 30 tahun ini, hal ini berlaku kerana dia sentiasa menerima tawaran sedemikian sepanjang lebih sedekad menceburi bidang karier seni lakonan tanah air.

“Misal Katalah Kalau Sampai Ke Sudah…,” – Asyik Bawa Watak ‘Putih’, Amyra Rosli Terbuka Soal Rezeki “Misal Katalah Kalau Sampai Ke Sudah…,” – Asyik Bawa Watak ‘Putih’, Amyra Rosli Terbuka Soal Rezeki

 

Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini bagaimanapun pernah melakonkan beberapa watak karakter antagonis, sebelum ini.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi setiap kali bila orang lihat saya atas bawah mesti akan pilih saya untuk pegang watak yang baik.

IKLAN

“Tapi saya pernahlah juga dapat merasa pegang watak yang gila, psiko dan sebagainya sebelum ni ketika saya masih belum berhijab.

“Saya juga pernah berada dalam bidang dunia teater selama tiga tahun. Jadi, saya dah pernah rasa pegang macam-macam watak sebelum ini,” katanya.

“Misal Katalah Kalau Sampai Ke Sudah…,” – Asyik Bawa Watak ‘Putih’, Amyra Rosli Terbuka Soal Rezeki “Misal Katalah Kalau Sampai Ke Sudah…,” – Asyik Bawa Watak ‘Putih’, Amyra Rosli Terbuka Soal Rezeki

Pemilik nama lengkap Nur Amira Izzati Rosli ini memberitahu, dia tidak mahu menolak rezeki sekiranya sentiasa ditawarkan untuk melakonkan watak sedemikian.

IKLAN

“Misal katalah kalau sampai kesudah saya dapat pegang watak baik, saya tidak menolak rezeki. Jadi, apa sahaja yang datang pada masa akan datang saya terima asalkan naskah itu sesuai dengan diri saya,” katanya lagi.

Amyra berkata demikian ketika ditemui secara virtual di sidang media drama rantaian terbaru, Jangan Menangis Cinta, pada Rabu.

“Misal Katalah Kalau Sampai Ke Sudah…,” – Asyik Bawa Watak ‘Putih’, Amyra Rosli Terbuka Soal Rezeki “Misal Katalah Kalau Sampai Ke Sudah…,” – Asyik Bawa Watak ‘Putih’, Amyra Rosli Terbuka Soal Rezeki

IKLAN

Menerusi drama berkenaan, Amyra bergandingan bersama pelakon Remy Ishak di dalam siri yang diadatasi novel karya hasilan Siti Rosmizah.

Jangan Menangis Cinta bakal ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MEGADRAMA, saluran Astro RIA, mulai 21 Mac depan.

“Misal Katalah Kalau Sampai Ke Sudah…,” – Asyik Bawa Watak ‘Putih’, Amyra Rosli Terbuka Soal Rezeki

Foto: Instagram Amyra Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI