Pelakon Raja Ilya memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung. Perkongsian tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurut Raja Ilya, usia kandungannya kini masuk bulan kelima dan dia berterima kasih kepada semua atas sokongan serta doa.
“Yes betul, Ilya mengandung. Tak sabar actually nak share news ni dengan semua. Oleh kerana masa dan situasi tak mengizinkan, kami Cadang untuk share pada hari ini.
“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa. Kami happy sangat dekat sini, walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga.
Ads
“Rindu nak shooting jumpa kawan-kawan. Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni,” tulisnya.
Ilya juga tidak menafikan cabaran besar di dalam proses bakal bergelar ibu.
Ads
“Memandangkan Ilya akan bersalin dekat Australia, Ilya harap ramai boleh share tips dekat Ilya ok. One thing Ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard, bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu.
“Tapi in the same time, rasa excited and bersyukur. Thank you for all the well-wishes, love & support dari korang semua selama ini,” tulisnya bersama lampiran beberapa hantaran foto terbarunya.
Ads
Untuk rekod, Raja Ilya berkahwin dengan suaminya, Trent Garret pada 23 Disember 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Sharulezad Mohameddin atau Budak Ijat tampil memberikan pendapat berhubung tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang didakwa menggunakan sentimen agama susulan pelancaran video muzik (MV) lagu terbaharunya, Ku Ikhlaskan.
Perkara tersebut disampaikan pengarah drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini menerusi entri terkini di akaun Instagram.
Difahamkan, Vida sebelum ini mengharapkan agar peminat yang menghayati lagu dan menonton MV tersebut agar dapat menderma supaya tercapai segera hasrat saham ilmu dan amal kebajikan.
“Ya Allah berikan aku kekuatan dari berkata yg bukan bukan pagi ini. Sebab kang kalau aku mencarut gaduh mesti viral. Mesti jadi gaduh. Aku malu lah nak gaduh gaduh sesama sendiri bila umur dah tua tua macam ni.
“Orang sejenis outspoken macam Abam ni memang payah untuk tidak berkata apa apa bila tengok benda benda macam ni. @datoserivida dengan rendah diri saya merayu. Please jangan tunggang agama kita Dato’ tolonglah. Saya rayu ni,” tulisnya.
Ijat turut berpendapat, adalah lebih baik sekiranya ahli perniagaan itu mengunakan kos perbelajaan muzik video tersebut dengan bersedekah kepada anak-anak yatim.
“Duit 400k buat MV tu lagi bagus Dato sedekahkan kat tahfiz anak yatim dari buat MV mahal mahal macam tu, pastu Dato pancing kami semua support Dato dengan gula gulakan kami with this cheap marketing strategi.
“Dato nak pujuk orang tengok MV Dato takper. Buat lah. Tapi jangan buat cara lacurkan agama macam ni yer. Please la,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Ijat memohon maaf sekiranya pendapat serta tegurannya itu menguris hati dan perasaan figura asal Kelantan itu.
“Sorry la Dato kalau hujung-hujung saya terpaksa tegur jugak coz this is too much la. Saya jadi triggered! Statement Dato kat Harian Metro ni memang mencabar saya untuk tidak berkata apa.
“Maafkan saya kalau kata kata saya ni mengguris hati Dato dan die hard fan Dato. Saya akan off commenting sebab saya tak nak orang dok bergaduh sesama sendiri kat sini memaki Dato. Peace,” akhirinya lagi menerusi hantaran sama.
Muzik video daripada penyanyi lagu I Am Me itu sudah pun ditonton lebih 1.5 juta kali selepas dua hari dilancarkan di YouTube.
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Aina Abdul terharu jika ada yang memberikan reaksi persaingan sengitnya ialah Marsha Milan bagi kategori berkenaan.
Aina berkata, jika ada yang memberikan pendapat sedemikian, ia satu penghargaan besar bagi dirinya.
“Ketika kak Marsha tengah membuat persembahan, saya sedang tukar persalinan untuk lagu seterusnya. Saya ‘kering tekak’, terus minum air,” seloroh Aina.
“Saya hormati Marsha. Malah masih ingat lagi, saya salah seorang peminat yang mengundinya ketika dia bertanding di Akademi Fantasia dulu.
“Jadi untuk bersama-sama denganya di pentas AJL dan kalau dikatakan persaingan sengit (vokal) bersama Marsha, saya rasa itu satu penghargaan. Alhamdulillah,” katanya.
Mengulas mengenai dua persalinan unik yang digayakan, Aina yang turut merangkul trofi Pilihan Penyanyi Popular AJL36 di samping Khai Bahar berterima kasih kepada semua terlibat bersama skuad cantiknya.
“Untuk baju bagi lagu Sepi, ia diinspirasi menerusi persalinan yang dipakai selebriti antara bangsa di majlis anugerah seperti Grammy, Oscar dan sebagainya.
“Malah trofi AJL juga warna keemasan. Jadi kita nak berikan ‘vibe’ seolah-olah kalau tak memang pun, kita sudah rasa seperti juara.
“Ia busana ilham Tsyahmi yang turut mereka pakaian saya menerusi lagu Sumpah di AJL34. Harapnya ramai yang suka dengan penampilan saya hari ini,” katanya.
Aina turut berkongsi gaun yang dilatari dengan bungaan segar menerusi lagu Nafas Cinta pula hasilan pereka terkenal, Melinda Looi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Maestro muzik, Datuk Ramli MS optimis membangunkan sebuah laman web bersama dua rakan kongsinya, Dr Ariffin Yahaya dan Har Kok Kit iaitu sinio.com yang membuka ruang buat penyanyi di negara ini untuk tampil dalam sebuah konsert secara virtual.
Kemudahan di hujung jari, konsert berkenaan yang dipancarkan dengan relosusi kualiti tinggi dilihat sebagai medium terkini peminat di Malaysia untuk menonton konsert walau di mana mereka berada.
“Saya cuba cetuskan idea berkenaan sejak dua tahun lalu dan kami bersama-sama bangunkan satu laman web www.sinio.com. Menerusi pembaharuan ini, kira ia satu pembangunan selebriti kita pada masa depan.
“Progresnya tidak akan berjalan dengan pantas tapi lama kelamaan kemudahan ini akan menjadi satu cara baru bagi semua orang untuk berhibur.
“Saya ambil contoh, Ziana Zain. Bagi saya dia layak membuat persembahan di dalam satu konsert sekitar dua jam kerana mempunyai lagu hits yang sangat banyak. Peminat setianya masih ada. Cuma mungkin ada kebarangkalian sukar untuk dapatkan penaja kerana situasi semasa (pandemik) dan sebagainya.
“Kalau penyanyi yang ada mempunyai beberapa lagu hits sahaja, mereka masih berpeluang mungkin satu jam persembahan. Semua ada peluang.
“Jadi, laman ini menawarkan penghibur kita untuk buat persembahan dengan diiringi pemuzik profesional dan ia boleh diakses oleh peminat di seluruh dunia dengan melayari laman web tersebut selepas membuat pembayaran (pay-per-view).
“Pelayar juga boleh menonton konsert sama pada bila-bila masa kerana persembahan itu akan tersedia di dalam laman web tersebut. Ya, ia boleh ditonton sampai bila-bila dan di mana sahaja dengan kemampuan siaran resolusi 4K,” katanya.
Terdahulu, Sinio bakal membawakan konsert sulung bersama XPDC yang sepatutnya dijadualkan berlangsung 12 Mac lalu. Bagaimanapun ia terpaksa dianjak pada suatu tarikh baru atas faktor kesihatan vokalisnya, Ali.
“Sebelum ini kami sudah pun membuat beberapa percubaan dan selepas semuanya berjalan dengan baik, XPDC ialah artis pertama yang menggunakan teknologi ini.
“Semuanya sudah pun siap untuk dipancarkan (live), apa pun saya mendoakan yang terbaik buat Ali. Sebarang perubahan akan kami maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi,” katanya.
Ditanya mengenai keterbukaannya terhadap perkembangan muzik terkini, Ramli percaya tekonologi berubah dan kita perlu mengikut arus demi kemajuan industri.
“Di Malaysia kita ada beratus artis yang saya percaya mereka semua idamkan konsert khas. Tapi belum diberi peluang atau diketengahkan. Penaja pula pasti mahu anjur konsert untuk artis yang mungkin pada mereka ‘yang boleh jual’ sahaja.
“Bayangkan lagu hits ada, tapi tidak dipersembahkan secara langsung. Saya ada juga bercakap mengenai teknologi baru kepada Datuk Awie, Senario dan beberapa artis lain. Setakat ini mereka ada menyatakan minat dan melihat ia sebagai suatu alternatif baru buat peminat mereka untuk menonton konsert.
“Iyalah dengan keadaan sekarang, ada yang masih belum berani keluar ke sana-sini. Rutin dan gaya hidup mulai berubah. Jadi inilah masanya untuk mereka berhibur dalam siaran kualiti tinggi. Kita ‘bawa’ konsert itu di mana saja mereka berada.
“Ia satu perkembangan. Jadi mahu tidak mahu kita kena ikut. Kalau tidak kita akan ketinggalan. Negara luar sudah pun perluaskan teknologi ini dan mereka sukses.
“Sebab lain kerana saya melihat ada promoter yang tak berani nak ketengahkan ramai artis kita untuk melabur dalam sebuah konsert. Saya faham situasi itu, jadi kami cuba untuk beri mereka ruang.
“Macam contoh kalaulah seorang artis itu hanya ada dua lagu hits, mungkin mereka boleh bergabung dengan rakan artis lain dan sama-sama dalam satu konsert menerusi sinio.com.
“Cuma kami akan buat kepada penyanyi yang betul-betul ada lagu yang ‘boom’. Bukan suka-suka sebab peminat nak tonton persembahan yang boleh ‘sing along’. Kalau hanya nak syok sendiri saya tak akan buat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.