‘Memartabatkan golongan wanita dalam sesebuah naskhah seni’, itu mesej utama yang hendak diperincikan menerusi filem terbaharu arahan Pali Yahya berjudul Renjana.
Filem yang membawa penonton ke zaman 1900-an itu mengisahkan hidup kaum wanita yang sering berhadapan dengan kesukaran dan cabaran dalam susur kehidupan mereka.
Membawa kelainan ke layar perak, Renjana membawa kisah guru wanita pertama di Tanah Melayu bernama Che Aminah di dalam perjuangannya membela anak bangsa.
Menurut penerbit Mache All Star United Sdn. Bhd., Norley Aimi Nadiah Shaari, setiap paparan yang dihidangkan dalam filem tersebut merupakan sebuah jalan cerita yang sangat unik untuk disajikan kepada penonton.
“Kami memberanikan diri menerbitkan naskhah klasik sebegini kerana mahu lari daripada kebiasaan atau cerita klise lain. Kami juga percaya cerita seperti ini mempunyai kelompok peminatnya sendiri.
“Kisah yang berlaku kepada golongan wanita pada zaman tersebut tidak diketahui ramai kerana kurang inisiatif untuk olahkannya menjadi sebuah karya seni. Selepas melakukan kajian dan pemerhatian, kami mengambil keputusan untuk angkat kisah berkenaan sebagai sebuah filem,” katanya.
Tambah Norley lagi, masyarakat sering didedahkan dengan kisah pejuang tanah air lain tetapi tidak ramai mengetahui tentang kehidupan Che Aminah yang merupakan guru wanita pertama di Tanah Melayu.
Ads
Renjana mengangkat kisah seorang wanita bernama Che Aminah dari Pulau Pinang yang dipandang ‘sial’ oleh penduduk kampung.
Berkahwin dengan Ramlee, dia dicurangi dan sebaik sahaja bercerai , dia bertemu Johan dan Che Aminah mula mendapat semangat baharu.
Dia kemudian belajar membaca dan menjadi guru wanita pertama di sebuah sekolah di Seberang Perak pada tahun 1900-an.
Antara pelakon yang terlibat dalam naskhah ini ialah Nabila Huda, Saharul Ridzuan, Fauzi Nawawi, Aida Aris dan Hasnul Rahmat.
Ads
Turut terlibat sama ialah Kodi Rasheed, Nadia Aqeelah, Zamarul Hisham, Mak Wan Latah, Sefik Khair dan pelakon kanak-kanak Dura Mitilda.
Norley menjelaskan, meski Renjana diambil inspirasi daripada kisah guru pertama itu namun ditambah dengan beberapa plot lain oleh penulis skrip, Adza Emi Adenan untuk menghidupkan jalan cerita.
“Tidak dinafikan memang banyak cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan naskhah ini terutama untuk mewujudkan kembali latar masa era 1900-an.
Ads
“Kita perlu membataskan pergerakan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan ketika itu namun kita mampu menyiapkan meskipun melalui beberapa kekangan.
“Kita berterima kasih kepada semua pelakon yang terlibat kerana mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan sehingga Renjana disiapkan,” tambahnya lagi.
Renjana sudah pun ditayangkan di Astro First (saluran 480) mulai 17 Mac lalu dan kini menerima reaksi baik penonton.
“Kita berharap penonton akan menyambut baik naskhah ini memandangkan ia muncul berbeza berbandingan dengan naskhah lain yang sedia ada.
“Kami berbesar hati sekiranya penonton dapat melanggan dan memberikan maklum balas kepada Renjana. Ini yang kami harapkan,” kata Norley lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sering kali dikaitkan dengan imej berani, namun kali ini penampilan sopan Emma Maembong ketika menghadiri majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Sweet Qismina dan Adam Lee mendapat pujian ramai.
Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram miliknya, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 30, memperagakan busana kurung moden berona hitam yang disulami dengan songket berwarna kelabu.
Busana yang direka Zamri Mat itu mendapat pujian ramai pengikut Emma termasuk rakan artis seperti Lufya, Natasha Elyzza dan Nelissa Nizam.
“Baju sopan dan cantik, make up curlass! Nampak lain sangat-sangat.
“Love your outfit! So pretty!” tulis sebahagian netizen.
Selain Emma, adiknya, Chacha Maembong yang berpakaian songket rona coklat keemasan turut dipuji ramai.
Majlis resepsi Sweet dan Adam yang bertemakan songket turut meriah diraikan dengan rakan artis yang lain seperti Elfira Loy, Azira Shafinaz, Jasmine Suraya dan Hun Haqeem.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya perkongsian sedutan filem The Lion King di Insta Story Neelofa menjadi bualan panas di kalangan netizen sehingga ada yang mendakwa pengacara popular ini menggalakkan cetak rompak secara tak langsung.
Sedutan beberapa babak filem animasi ini difahamkan telah dirakam di dalam pawagam, namun tidak diketahui lokasi dan waktu rakaman.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Seorang individu yang dikenali sebagai Megat Aliff telah melayangkan tweet mempersoalkan tindakan selebriti tersebut dan meletakkan tag dua pawagam popular di Malaysia.
“So no one isn’t gonna say anything about Neelofa recording The Lion King and posted it on her instastory?
“Or is it because she is a celebrity she can do whatever she wants? @TGVCinemas @GSCinemas,” tulisnya.
TGV dan GSC bagaimanapun maklum akan insiden tersebut dan memberi respon.
“Do you have any information on which cinema location? We take allegations of piracy very seriously.”
“Hi, tq for highlighting. We have reported this to the movie distributor (Disney) for their further action.”
Neelofa bagaimanapun telah bertindak memadam perkongsian sedutan filem ini Insta Story.
Foto : Instagram Neelofa & Twitter Megat Aliff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada penyanyi Elyana, Khairul Anuar Husin,48, menjawab pertanyaan media mengenai kesetiaannya dalam menjaga isteri yang berjuang melawan kanser selama 10 tahun.
Menurut Khairul Anuar, dia sebagai ketua keluarga cuba sebaik mungkin untuk berada di samping isteri tercinta selepas selamat diijab kabulkan sebagai pasangan yang sah walau apa yang terjadi.
“Ia satu situasi yang memang saya kena hadapi. Kita kena fikir bahawa kita sudah berjanji ketika akad nikah untuk menjaganya. Selagi kita mampu, kita jaga.
“Sebab kita bukan sahaja berjanji kepada manusia, tetapi juga pada Allah SWT. Jadi saya cuba tunaikan,” katanya.
Tambahnya lagi, perasaan sayang yang kuat terhadap penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut mendorongnya untuk terus harmoni bersama isteri dan anak-anak.
“Mungkin juga kerana saya terlalu menyayanginya. Iyalah sebagaimana orang lain mungkin ada ibu bapa lagi. Saya pula sebaliknya. Hanya tinggal dia dah anak. Hanya mereka yang saya ada untuk jaga. Jadi cubalah untuk menjaga mereka dengan baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Elyana,34, memaklumkan berita gembira apabila apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya telah hilang.
Menerusi laman sosial Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum pada 8 Disember lalu.
Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada tahun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12, dan seorang anak angkat iaitu Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.