Pelakon, Shakilla Khoriri mengakui hatinya berasa terpukul saat mengetahui anak perempuannya, Ameena Sofia disahkan positif Covid-19.

Menurut Shakilla, sejak awal lagi dia berasa tidak sedap hati dengan keadaan Ameena yang pada ketika itu sedang bersama bekas suaminya yang juga merupakan penyampai radio, Fizi Ali.

“Mimpi Ameena Masuk Hospital…,” – Akui Dah Lama Rasa Tak Sedap Hati, Anak Shakilla Khoriri Positif Covid-19

Katanya lagi, Ameena turut mengalami muntah berpanjangan daripada malam hingga ke pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

“Sorry Puan, Anak Puan POSITIVE…!
BANG! Satu batu besar macam hempap atas kepala I masa dengar ayat tu. 2-3 hari masa Ameena dengan daddy dia hati ni rasa tak best.

“Rasa macam ada sesuatu tak kena dengan Ameena. Mimpi Ameena masuk hospital dua hari berturut. Malam tadi Ambil Ameena dekat Fizi, saat i peluk dia dalam hati cakap, “Eh anak aku tak OK ni”

“Start muntah dari malam tadi bawa sampai ke pagi ni. Hati aku ni kuat cakap, habis lah anak aku kali ni,” katanya di laman Instagram.

Bagaimanapun, pelakon drama Saat Kau Tahluk Cinta Ini itu reda dan percaya setiap yang berlaku itu pasti akan ada hikmahnya.

IKLAN

“Mimpi Ameena Masuk Hospital…,” – Akui Dah Lama Rasa Tak Sedap Hati, Anak Shakilla Khoriri Positif Covid-19 “Mimpi Ameena Masuk Hospital…,” – Akui Dah Lama Rasa Tak Sedap Hati, Anak Shakilla Khoriri Positif Covid-19

Dikesempatan itu juga, Shakilla turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan mengenai kesihatan anaknya itu.

“Pagi Ameena bangun tak sempat makan apa semua terus siap pi Klinik buat swab and jawapan yang buat aku betul-betul kecewa.

“Dia postive tapi aku nagative
Dalam hati fikir macam mana aku nak GANTI tempat dia. Biar aku.

“Tapi l percaya. Semua ni ada hikmah dia. Next week Ameena masuk 3 tahun.
Tengah I busy nak buat preparation birthday dia tapi di duga dengan ujian macam ni.

“Allahu. Minta maaf semua. Allah tahu yang sebaiknya. Minta doakan @ameenasofia_ cepat OK ya,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Mimpi Ameena Masuk Hospital…,” – Akui Dah Lama Rasa Tak Sedap Hati, Anak Shakilla Khoriri Positif Covid-19 “Mimpi Ameena Masuk Hospital…,” – Akui Dah Lama Rasa Tak Sedap Hati, Anak Shakilla Khoriri Positif Covid-19

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shakilla.

“Allahuakbar, stay strong okay. Ameena pun strong. Semoga dipermudahkan dan diberikan kesembuhan. Amin.

“Allah it’s okay. Ameena strong girl. Cepat sihat sayang. Mommy dia pun kena strong.

“Be strong sahabat.

IKLAN

“May Allah ease everything for Ameena Sofia. Semoga segera sembuh.

“Ibu kena kuat ya. Sabar. InsyaAllah Ameen,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018.

“Mimpi Ameena Masuk Hospital…,” – Akui Dah Lama Rasa Tak Sedap Hati, Anak Shakilla Khoriri Positif Covid-19

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.

Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, pasangan ini memutuskan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Shakilla Khoriri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI