Lagu Pelukan Angkasa yang dipersembahkan oleh Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah diumumkan sebagai pemenang utama di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur, malam tadi.
Kemenangan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah, manakala lirik dihasilkan Fazleena Hishammuddin itu melayakkan mereka membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai RM100,000.
Naib juara AJL36 disandang lagu Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik nyanyian Marsha Milan sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Ads
Lagu Mimpi ciptaan Datuk A Aida dan Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan kemenangan itu melayakkan mereka memenangi trofi dan wang tunai RM30,000.
Kelunakan suara Aina Abdul menerusi lagu Sepi membawa tuah kepadanya apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dan membawa pulang trofi serta wang tunai RM12,000.
Ads
Menerima wang tunai berjumlah RM12,000, pemenang Persembahan Terbaik pula diraih Marsha Milan dan dia turut menerima wang tunai RM6,000 daripada penaja utama, NOIR Beauty Essence.
Penyanyi Pilihan Popular AJL36 dimenangi Aina Abdul & Khai Bahar, menerima wang tunai RM5,000 beserta trofi.
Persembahan 12 finalis edisi kali ini diadili 10 juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani iaitu komposer LY, Datuk Syafinaz Selamat, Dato’ Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelawak, Achey Bocey, Hasanah Yahaya menyatakan rasa syukur selepas menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz daripada suaminya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada April nanti.
Menurut Hasanah atau lebih mesra disapa Anne, Achey menghadiahkannya kereta tersebut demi keselesaan keluarganya memandangkan anak mereka juga kini sudah semakin membesar.
“Alhamdulillah terima kasih by @acheykintangkintung bagi hadiah birthday awal. Awal betul ni hehe. Dia kata boleh buat raya.
“Patut la asyik la hint-hint kita je. Muat lagi ke awak keluar dengan Tiara dan kawan kalau naik kereta Audi tu hehehehe. Kita cakap la boleh la. Selit-selit terselit. Rupanya dia dah rancang awal. Thank you,” coretnya dalam satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini akui sedih apabila terpaksa menjual kereta lamanya itu yang telah berkhidmat lebih tujuh tahun.
Dikesempatan itu juga, Anne turut merakamkan ucapan terima kasih buat suaminya diatas kejutan tersebut.
“Terima kasih jugak baby kuning berkhidmat tujun tahun dengan saya. Tak pernah rosak, tak pernah meragam dekat mana-mana. Alhamdulillah dia jaga kami satu keluarga dengan baik. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang.
“Nak jual dia pon air mata berderai sebab terlalu sayangkan dia tapi apakan daya, kami bertiga naik tak muat kereta dah hehe. Tu yang achey gantikan dengan baby baruuuuu.
“Welcome to my family baby boo. Saya akan jaga awak baik-baik dan sayang awak sepenuh hati. I LOVE U so much. Baby boo and baby yayang @acheykintangkintung,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Achey dan Anne akan kekal bahagia hingga akhir hayat.
“Ya Allah semoga suatu hari nanti kami suami isteri juga akan merasa rezeki seperti ini. Insya Allah.
“Wahhh bestnyeee. Alhamdulillah rezeki. Happy birthday in advance ye.
“Alhamdulillah syukur ya Allah happy murah mewah rezeki abang seisi family.
“Tahniah. Alhamdulilah murah rezeki semoga kekal bahagia kelurga Acey dan Anne ke akhir hayat hendaknya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah mendirikan rumahtangga bersama Anne sejak 11 tahun yang lalu dan mereka juga mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Anne Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan susulan sepotong klip video yang memaparkan adegan panas pelakon tempatan yang mencetuskan sensasi di media sosial.
Kejadian tersebut nyata mencuri perhatian apabila klip video berkenaan mendapat respon pelbagai warganet.
Antara yang turut sama memberikan pandangan peribadi mengenai isu berkenaan ialah pengarah terkenal, Along Kamaludin.
Menurut Along atau nama sebenarnya, Shahrom Kamaludin, perbuatan pengarah tersebut sememangnya tidak boleh diterima selain turut menyifatkan ia sebagai melampaui batas.
“Saya rasa itu mungkin perbuatan pengarah baharu. Kalau pengarah lama, dia tidak akan buat sebegitu. Dia akan fikir dua tiga kali apa implikasi yang akan terjadi selepas dia keluarkan klip-klip tersebut.
“Bagi saya, perbutan tersebut memang tak patut berlaku. Kita tak perlu nak tekankan drama kita untuk ramai yang menonton dengan menyajikan klip-klip seperti ini. Kita ada batas yang tersendiri. Jangan ikut macam ‘mat salleh’.
“Saya juga tidak bersetuju dengan pengarah tersebut yang mengatakan klip tersebut sebenarnya ‘director cut’. Bagi saya itu bukan director cut tapi sengaja dibuat. Mungkin dia tak faham apa itu director cut,” katanya kepada MH.
Along berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pratonton program television Awesome TV yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Isnin.
Katanya lagi, tindakan seperti ini secara tidak langsung akan mencalarkan imej-imej pengarah lain dan para pelakon juga akan turut sama merasai kesannya.
“Bila terjadi perkara macam ini, para artis akan dipandang rendah dan menjatuhkan maruah mereka sendiri. Orang luar akan menilai ‘Apa artis kita ni?’. Kita ini orang Melayu yang ada adat dan budaya. Kita tak sepatutnya melangkaui batas tersebut.
“Saya rasa perbuatan ini menjelikkan. Imej pengarah lain juga akan tercalar. Anda pengarah baru tapi anda tunjukkan contoh yang tidak elok. Sepatutnya anda kena menaikkan imej drama kita.
“Tapi apa yang kamu buat ni macam menjatuhkan industri. Saya minta maaf kepada pengarah tersebut kerana bercakap seperti ini tetapi inilah hakikatnya,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai trend segelintir pelakon dan rumah produksi yang dikatakan sengaja mencipta gimik murahan demi mempromosikan karya terbaharu, Along berpandangan tindakan seumpama itu sebagai sesuatu yang memalukan.
“Itu merupakan trend yang dibuat oleh segelintir pihak yang miliki IQ cetek. Tak semestinya bila kita nak promosikan sesebuah drama sebab nak penonton tengok, kita buat perkara yang bukan-bukan atau memalukan.
“Kalau saya berada posisi pengarah tersebut, saya akan malu kepada keluarga dan industri. Kenapa perlu buat perkara seperi itu semata-mata untuk mempromosikan drama tersebut? Banyak lagi cara lain yang boleh dibuat.
“Memang benar drama Melayu kena advance dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi, tapi bukan cara seperti ini,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, drama terbaru arahan Along yang berjudul Antara Ikhlas Dan Kaca bakal ditayangkan di Awesome TV sepanjang bulan Ramadan nanti.
Drama ini akan membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Luqman Hafidz, Wanna Ali, Aleza Shadan, Zain Hamid dan ramai lagi.
Bersempena sambutan bulan Ramadan tahun ini, Awesome TV tampil dengan kempen terbaharu dengan tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengannya’.
Pelbagai program menarik bakal disiarkan di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ainan Tasneem atau nama lengkapnya, Ainan Tasneem Redzuan mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah senggugut teruk sejak dari bangku sekolah lagi.
Menurut Ainan, masalah yang dialaminya menyebabkan dia mengalami kesakitan sehingga menjejaskan rutin harian sebelum ini.
Penyanyi berusia 28 tahun ini berkongsi perkara tersebut bersama para pengikutnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram miliknya.
“My period pain yang bertahun-tahun bertahun i tanggung dari zaman remaja dulu dah hilang sejak I pakai Aulora ya (dengan izin Allah)!
“I memang kena makan panadol pink sebab tahap period pain I sampai boleh buat pengsan. Siapa kawan I dari zaman sekolah memang tahu lah I kalau time period kat sekolah memang teruk sangat,” tulisnya.
Kini, Ainan menarik nafas lega kerana tidak lagi berdepan dengan masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita itu selepas mengenakan satu jenama pakaian khas wanita, baru-baru ini.
“Memula 1st month (on Jan) I tak kena period pain I rasa eh ni mesti kebetulan ni. Takkan la kot? Tapi bila dah 2nd month last feb haritu pon I tak senggugut & less bloated I rasa macam mindblown kot?!
“Lagi satu serious badan I jadi ringan & rasa bertenaga sangat lepas pakai Aulora dengan izin Allah. Kalau time tido memang dapat deep sleep ye mashaaAllah. Patutla tokti pon beli sampai 6 pasang,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Ainan telah mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ainan Salsabiela, 3 tahun dan sepasang anak kembar bernama Faqeh Nael dan Faeqa Naela, 3 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ainan Tasneem
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.