Kredit foto: Instagram Kelsey Hardwick

Tom Parker, 33, salah seorang ahli kumpulan The Wanted menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 Mac 2022 setelah bergelut dengan penyakit kanser otak sekian lama.

Penyanyi daripada kumpulan popular British itu sebelum ini pernah mengumumkan yang dia menghidap kanser otak yang tidak boleh dibedah pada Oktober 2020.

Berita kematiannya disahkan sendiri oleh isterinya, Kelsey Hardwick menerusi hantaran di Instagram.  Pasangan ini berkahwin pada tahun 2018 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Aurelia Rose dan Bodhi.

“Hati Kami Hancur, Dia Merupakan Dunia Kami,” – Tom Parker Meninggal Dunia Akibat Kanser Otak, Isteri Umum Berita Kematian

“Dengan perasaan yang paling berat kami mengesahkan Tom meninggal dunia dengan aman awal hari ini dengan semua keluarga berada di sisinya. Hati kami hancur, Tom merupakan dunia kami dan kami tidak dapat membayangkan hidup tanpa senyumannya yang menular dan personalitinya yang bertenaga.

“Kami benar-benar berterima kasih atas segala curahan kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Dan kami bersatu untuk memastikan legasi Tom terus bersinar untuk anak-anaknya.

IKLAN

“Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam proses penjagaannya selama ini, dia berjuang sehingga ke akhir hayat. Saya selamanya bangga dengan awak,” tulis wanita berusia 32 tahun itu.

BACA JUGA: Pelakon Filem Marvel & Pemenang Oscar, William Hurt Meninggal Dunia Akibat Kanser Prostat

“Hati Kami Hancur, Dia Merupakan Dunia Kami,” – Tom Parker Meninggal Dunia Akibat Kanser Otak, Isteri Umum Berita Kematian

IKLAN

September tahun lalu, Tom mengadakan persembahan bersama ahli kumpulan The Wanted yang lain iaitu Max George, Siva Kaneswaran, Nathan Sykes dan Jay McGuiness di Gig Stand Up to Cancer bertempat di Royal Albert Hall London. Acara ini bertujuan mengumpul wang untuk organisasi National Brain Appeal.

Mereka kemudiannya mengadakan siri konsert dan Parker membuat penampilan dengan duduk di atas takhta di atas pentas pada beberapa pertunjukan terakhir mereka awal bulan ini.

“Hati Kami Hancur, Dia Merupakan Dunia Kami,” – Tom Parker Meninggal Dunia Akibat Kanser Otak, Isteri Umum Berita Kematian

IKLAN

Kumpulan The Wanted ditubuhkan pada tahun 2009 mengecap populariti sebagai kumpulan boyband lelaki popular sebelum berehat pada 2014. Pada 2021 mereka muncul kembali dengan album Most Wanted: The Greatest Hit.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI