Selepas dikritikan hebat susulan isu menjemput individu viral, ‘Kak Long 7E’ atau atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, bagi program Trending, pihak stesen TV Alhijrah mengambil maklum dengan segala respon yang telah dilontarkan.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris, program Trending tidak akan dihentikan sebaliknya, hanya episod yang membabitkan individu berkenaan sahaja akan digantikan dengan kandungan yang lain.
“Program itu tidak akan diharamkan atau ditangguhkan. Cuma episod yang menampilkan individu tersebut sahaja kita put on hold. Bila kita dah labelkan sebegitu, rasanya kita semua pun boleh faham. Rancangan itu akan diteruskan dengan pengisian yang lain.
“Program ‘Trending’ untuk TV Alhijrah adalah berbeza dengan program-program viral yang lain. Program kami ini sebenarnya mengangkat isu-isu viral dan mengetengahkan bagaimana seorang muslim sepatutnya memberikan reaksi terhadap sesuatu isu.
“Bila kita angkat sesuatu isu, kita tidak pernah pilih kasih atau memilih bulu. Bila kita melihat pada ketika program itu dirakamkan, individu tersebut telah pun menzahirkan permohonan maaf secara terbuka.
“Bila kita melihat kejujuran seseorang itu memohon maaf, kita tiada ruang untuk menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan,” katanya kepada MH.
Terdahulu Namanzee ditemui pada Pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, hari ini.
Ads
Katanya lagi, pihak TV Alhijrah juga menerima segala teguran tersebut dengan berlapang dada dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Saya rasa ada berlaku salah faham apabila hos jemputan mempromosikan episod tersebut . Apabila dia memuat naik gambar selepas sesi rakaman berkahir, ia menggambarkan seolah-olah kita mengangkat individu tersebut.
“Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya, Ustazah Isfadiah sedang memberikan tazkirah kepada individu tersebut untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Mesej yang ingin disampai sebenarnya sangat baik.
“Tapi pihak kami berlapang dada selepas menerima feedback daripada orang ramai. Kita juga berasa kesal dengan apa yang belaku selepas itu.
Ads
“Bila kita lihat semula kepada individu itu sendiri, kami merasakan belum masanya untuk siarkan kandungan tersebut walaupun mesejnya baik,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Namanzee turut berharap agar orang ramai dapat berlaku adil dengan turut sama menyatakan sokongan terhadap program-program TV Alhijrah
yang lain.
“Saya berharap semua pihak juga untuk berlaku adil kepada TV Alhijrah untuk melihat konten-konten kami yang lain. Kami mengambil ruang ini untuk berlapang dada dan kami anggap ini sebagai satu proses kematangan.
Ads
“Kita berterima kasih kepada semua yang perihatin. Sebab saya pasti niat, kemarahan dan kecaman mereka ini kerana sayangkan TV Alhijrah.
“Kalau perihatin dengan isu ini, perihatin jugalah dengan program-program kami yang lain seperti program Ramadan dan Raya. Kita ada banyak program dakwah kontemporari yang sangat baik untuk dikongsikan bersama orang ramai,” akhirinya.
Bersempena sambutan bulan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi, stesen TV Alijrah bakal menyajikan pelbagai program-program menarik antaranya My Quran Hour, Assalamualaikum Sahur, Majlis Ayah dan banyak lagi.
TV Alhjrah juga turut memperkenalkan aplikasi terbaru yang dikenali sebagai Alhijrah Apps (AH) yang menayangkan lebih 5000 rancangan keagamaan secara fleksibel.
Aplikasi ini sudah boleh mula dimuat naik menerusi Google Playstore dan Apple Apps Store.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sebuah klip kecekalan seorang ibu melahirkan anak secara normal, Jasmin Hamid di laman Instagram meluahkan rasa gara-gara pernah dipersenda kerana bersalin ikut ‘pintu’.
Ulasnya, orang luar beranggapan sekiranya seorang wanita bersalin mengikut saluran peranakan, suami akan mengeluh kerana bahagian sulit mungkin koyak dan longgar.
“JANGAN NAK SENTAP DULU SEBELUM BACA HABIS, PADA YANG BERSALIN KAEDAH TINGKAP….
“SAYA KONGSI PENGALAMAN SENDIRI BILA SAYA DI PERSENDAKAN SEBAB BERSALIN MELALUI PINTU.
“FAHAMI BETUL-BETUL WAHAI PARA IBU YANG ENGGAN MELAHIRKAN ANAK MELALUI PINTU SEBAB TAKUT SAKIT DAN TAKUT KOYAK BAHAGIAN SULIT… NANTI KATANYA SUAMI DAH TAK MAHU LAGI BERSAMA SEBAB DAH KOYAK DAN LONGGAR.
“ITULAH YANG SAYA DENGAR SENDIRI DARI ORANG SEKELILING SAYA! MEREKA SANGGUP BOOKING DATE AWAL UNTUK BERSALIN MELALUI TINGKAP..INI BANYAK TERJADI DI MASYARAKAT ZAMAN MODEN… MELAINKAN KALAU KITA KENA GUNAKAN KAEDAH CEASAR KERANA ADA KOMPLIKASI DEMI MENYELAMATKAN NYAWA!”
Ulas Jasmin, kenikmatan seorang ibu yang sedang melahirkan terzahir apabila bayi dalam kandungan dapat melepaskan bahagian kepala dan bahu.
“Masyaallah… Hanya Ibu yang melahirkan melalui PINTU sahaja yang tau betapa nikmatnya bila anak dapat lepaskan kepala dah bahunya.. Hendaknya bila dapat tengok muka anak tu, hilang semua rasa sakit.. Ibu -ibu yang melahirkan secara PINTU sahaja yang akan lebih faham rasa sakitnya saat melahirkan.. Nyawa di hujung tanduk,” ulasnya.
Malah, pelakon jelita ini juga menasihatkan agar bakal ibu di luar sana merancang untuk bersalin secara normal sekiranya kandungan tiada sebarang masalah dan komplikasi.
“Pada bakal ibu-ibu yang akan melahirkan, cubalah bersalin secara PINTU JIKA TIADA SEBARANG KOMPLIKASI untuk uols tau apa itu SAKIT BERSALIN.. Supaya kita lebih muhasabahdiri dan lebih fahami perasaan Ibu kita yang melahirkan. Nak jaga berpantang pun senang jika di bandingkan dengan ibu yang melahirkan cara TINGKAP.
“Pada uols yang belum di kurniakan cahayamata, teruskan berdoa dan usaha..Ada sebab kenapa Allah masih belum kurniakan cahayamata.. Sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya.
“PADA UOLS YANG MELAHIRKAN MELALUI PINTU, BOLEH SHARE PENGALAMAN DENGAN WE OULS ? MELALUI PINTU SAHAJA… ? KOYAK TAK? ADA TAK SUAMI CARI LAIN SEBAB LONGGAR SELEPAS MELAHIRKAN KAEDAH PINTU???,” tulisnya panjang lebar.
Memang seriau melihat bagaimana ibu-ibu hebat ini menahan kontraksi dan meneran. Proses bersalin ini boleh diibaratkan seperti patah 20 tulang serentak.
Apa-apa pun, bersalin secara normal atau pembedahan, yang penting jasa ibu tetap harus dihargai. Apa yang penting, ibu dan bayi selamat.
Foto – Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Jangan sesekali benarkan maruah dihenyak dan diperkotak-katik,” Itu pesanan tegas Misha Omar selepas kes samannya selesai.
Ditemui MH, ulas Misha, sebagai seorang ibu, isteri dan anak, kesan fitnah dan tuduhan itu telah menconteng arang ke muka keluarganya. Masyarakat bercerita sehingga keluarga mertua terkena tempias.
“Hidup sebagai artis memang mudah terdedah kepada fitnah. Ini adalah kali kedua saya bangkit pertahankan maruah. Kes dahulu apabila saya difitnah menjadi isteri kedua kepada seseorang.
“Dan kini, saya sudah berkahwin, punya anak, punya suami. Banyak air muka yang perlu dijaga.
“Semakin berusia, saya harus menjaga hati dan perasaan supaya ia kekal berada dalam situasi yang positif.
“Apa yang berlaku sebenarnya tidak semena-mena membuatkan saya menjadi manusia negatif. Saya jadi tidak puas hati dengan orang dan tercerita sewaktu rakaman sebuah program baru-baru ini.
“Mungkin menyakitkan hati orang itu. Saya berubah jadi orang yang tidak baik.
“Saya mahu berubah dan move on. Jadi saya ambil tindakan. Saya tidak mahu dibelenggu dengan rasa tidak puas hati. Kena ada penamat. Kalau nak saman boleh tapi saya bukan sezalim itu. Kalau salah minta maaf, bukan susah,” ulasnya bersyukur fasa ‘hitam’ ini telah berlalu dengan tenang.
Walaupun pihak berkuasa mahu mengambil tindakan tegas, namun ulas penyanyi Bunga Bunga Cinta ini, dia tidak mahu memburukkan keadaan.
“Waktu saya membuat laporan polis, pihak berkuasa mengatakan bahawa akan terus mengambil tindakan, namun saya tidak mahu kerana mereka juga punya keluarga. Disebabkan itu, saya hanya memberi amaran dan mudah-mudahan perkara ini tidak berulang kepada artis lain.
“Alhamdulillah, kesannya sangat baik kerana orang semakin berjaga-jaga menulis komen,” ulasnya bersyukur pihak berkuasa banyak membantu dan memberi input berguna mengenai kes fitnah di alam maya.
Malah penyanyi berusia 37 tahun ini menyeru rakan artis agar turut sama bertindak sekiranya dibuli dan difitnah secara terang-terangan di media sosial.
“Saya menyeru rakan artis supaya ambil tindakan kerana kita harus jaga nama baik industri dan kredibiliti. Jangan rasa terperangkap, artis dan netizen punya hak yang sama. Marilah kita memerangi budaya kecaman.
“Kita tak boleh main-main dengan agama dan nilai moral. Kalau kita tak ambil tindakan, orang akan mula percaya dan mencari nilai ‘mutual’ untuk membenarkan tuduhan itu,” jelasnya.
Foto – Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus menyelamatkan Arja Lee.
Penyanyi itu bersama para penarinya,The Pirates menjadi peserta yang mendapat markah terendah dengan jumlah 78.47 peratus.
Shiha Zikir buat pertama kalinya turut menduduki tiga tangga terbawah dan hampir tersingkir apabila sekadar menduduki tangga keenam dengan jumlah markah 97.87 peratus.
Menurut juri tetap, Datuk Rizalman, momentum Shiha bersama Team Squad menerusi lagu Asereje tiada perkembangan dan statik menyebabkan mereka berada di tangga tiga terbawah.
Chubb-E terus menguasai carta apabila menduduki tangga pertama dengan keseluruhan markah 108.97 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi hubungan antara bintang filem terkenal Hollywood, Tom Cruise dan pelakon wanita jelita, Ana de Armas, kembali hangat diperkatakan apabila kedua-duanya dilihat berpegangan tangan...