Penyanyi dan pengacara, Haiza Hanafi mendedahkan dia sememangnya sudah terbiasa apabila terjadinya situasi dia akan ditawarkan ‘job’ pada saat-saat akhir bagi menggantikan selebriti yang menarik diri.

Menurut Haiza atau namanya sebenarnya Rohaizah Nordin, namanya sering menjadi pilihan terakhir sekiranya berlaku sebarang perubahan saat akhir.

“Saya Haiza. Dah terbiasa menjadi orang gantian dan pilihan terakhir.

“Bila ada artis lain yang reject show last minute, emcee last minute, maka nama kita yang bawah-bawah ni baru la naik hanya semata nak ganti sahaja.

“Alhamdulillah rezeki Allah bagi walaupun hanya sebagai ganti,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Buletin FM itu menerusi ciapan di Twitter.

IKLAN

“Bila Ada Artist Reject Show Last Minute, Nama Bawah-Bawah Ni Naik…,” – Jadi Bidan Terjun, Haiza Hanafi Tetap Syukur “Bila Ada Artist Reject Show Last Minute, Nama Bawah-Bawah Ni Naik…,” – Jadi Bidan Terjun, Haiza Hanafi Tetap Syukur

Bagaimanapun, Haiza memaklumkan dia memandang perkara tersebut daripada sudut positif selain menyifatkan ia sebagai rezeki Allah SWT.

Lantaran itu, dia bersyukur kerana khidmatnya masih lagi diperlukan meskipun gantian.

“Bila Ada Artist Reject Show Last Minute, Nama Bawah-Bawah Ni Naik…,” – Jadi Bidan Terjun, Haiza Hanafi Tetap Syukur

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Haiza sebagai selebriti versatil yang mampu menyerlah dalam situasi apa sekalipun.

“Bagus last minute sebab awak professional. Rezeki alhamdulillah.

“Semoga Allah lancarkan rezeki awak dan permudahkan pekerjaan awak dalam mencari rezeki. Aamiin.

IKLAN

“Bidan terjun ni yang betul-betul power sebenarnya. Tak prepare sangat, tapi sangat perform. Good job kak!

“Selalunya bidan terjun ni laaa yang power. Terus redah je. Mantap kak!,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.

“Bila Ada Artist Reject Show Last Minute, Nama Bawah-Bawah Ni Naik…,” – Jadi Bidan Terjun, Haiza Hanafi Tetap Syukur “Bila Ada Artist Reject Show Last Minute, Nama Bawah-Bawah Ni Naik…,” – Jadi Bidan Terjun, Haiza Hanafi Tetap Syukur

Sekadar info, Haiza merupakan salah seorang penyampai yang berkhidmat di stesen radio Buletin FM yang mengenalikan segmen Santai Siang Bersama Haiza bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Twitter & Instagram Haiza Hanafi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI