Nyanyian penyanyi, Salma Asis yang cuba membawakan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Marsha Milan mencuri perhatian ramai.

Menerusi Instagram, bintang yang dicungkil bakatnya itu daripada program Mentor musim kelima memuat naik sedutan lagu berkenaan mengikut caranya yang tersendiri.

Menurut Salma dia menyanyikan lagu berkenaan selepas menerima banyak permintaan berbuat demikian di media sosial.

“Sis Cuba! Sebab…,” – Salma Asis ‘Cover’ Lagu Cinta, Ramai Puji & Minta Cepat-Cepat Kongsi Versi Penuh

Sis cuba! Sebab ramai DM (direct message) kita request lagi ini. Takut hahaha. Nanti yang penuh Salma kongsikan di YouTube,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen positif dan mereka turut memuji cara pembawaan penyanyi berusia 32 tahun itu.

“Effortless and power,” puji seorang peminat.

“Yeay tak sabar nak tengok full,” komen peminat lainnya.

IKLAN

“Padu teruk,” puji salah seorang di Instagram.

“Sayangnya bakat ini tak diketengahkan. But one day i percaya orang akan nampak wujudnya Salma ni even dua kali jadi juara realiti show. Tapi tak kemana,” antara komen yang tertera.

“Sis Cuba! Sebab…,” – Salma Asis ‘Cover’ Lagu Cinta, Ramai Puji & Minta Cepat-Cepat Kongsi Versi Penuh “Sis Cuba! Sebab…,” – Salma Asis ‘Cover’ Lagu Cinta, Ramai Puji & Minta Cepat-Cepat Kongsi Versi Penuh

IKLAN

Terdahulu, lagu Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik menggungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) lalu selain Marsha turut memenangi trofi Persembahan Terbaik.

Sementara itu, Salma sebelum ini pernah menjadi finalis AJL32 menerusi lagu Akhirnya Cinta.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Salma Asis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI