Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani dan pembantunya yang dikenali sebagai IM telah ditahan polis pada Selasa tanggal 4 Mac 2025 selepas disyaki terlibat dalam kes ugutan, pemerasan dan pengubahan wang haram melibatkan seorang usahawan produk kecantikan terkenal, Reza Gladys.
Setelah disoal siasat, Nikita dan pembantunya dilihat keluar daripada balai polis dengan meyarungkan baju jel rona oren dibahu. Walaupun begitu dia tidak memberi sebarang jawapan terhadap soalan yang ditanya kepada media tempatan.
Punca kejadian
Menurut laporan yang dibuat oleh Reza Gladys pada 3 Disember 2024, Nikita dan pembantunya, didakwa mengugut dan memeras wang selepas menjelekkan nama serta produk milik usahawan itu di siaran langsung TikTok.
Tidak hanya itu, Reza juga mendakwa bahawa pada 13 November 2024, dia cuba menghubungi Nikita menerusi pembantu peribadinya untuk berbincang secara baik. Namun, jawapan yang diterima penuh dengan ancaman.
Ads
Kerana rasa terancam, Reza mengaku telah memindahkan wang sebanyak Rp2 bilion ke akaun yang diarahkan oleh Nikita. Beberapa hari kemudian, dia mendakwa sekali lagi diminta untuk menyerahkan wang tunai sebanyak Rp2 bilion lagi!
Hukuman berat jika disabit kesalahan
Dengan semua dakwaan ini, Nikita dan IM kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
Sebelum ini, Nikita dan pembantunya telah dipanggil polis untuk siasatan pada 20 Februari 2025, tetapi mereka meminta untuk dijadualkan semula ke 3 Mac. Malangnya, pada tarikh baru itu, mereka sekali lagi tidak hadir.
Ads
Menurut Kabid Humas Polda Metro Jaya, Kombes Ade Ary Syam Indradi, Nikita dan pembantunya akhirnya menyerah diri di Polda Metro Jaya pada jam 10.00 WIB untuk menjalani siasatan.
“Kedua-dua suspek disoal siasat sebagai suspek kerana disyaki melakukan perbuatan jenayah ugutan dan peras ugut melalui media elektronik dan/atau peras ugut dan/atau pengubahan wang haram yang berlaku pada 13 November 2024 di Jakarta Selatan,” katanya,” kongsinya kepada media..
Kini, selebriti berusia 38 tahun itu dan pembantunya akan direman selama 20 hari untuk membantu siasatan.
Ads
Imbas kembali perjalanan kerjayanya, pemilik nama penuh Nikita Mirzani Mawardi ini mula berlakon pada 2010 dan telah membintangi pelbagai filem dan sinetron.
Memiliki jutaan pengikut di media sosial, dia dilihat lebih banyak menghasilkan kandungan digital. Antara lakonannya yang terbaharu adalah menerusi filem Tuhan Izinkan Aku Berdosa atau dikenali dengan judul Harlot’s Prayer di saluran penstriman Netflix.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Usahawan yang juga peserta program Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli memberikan dedikasi selepas pertama kali diberikan peluang beraksi di hadapan lensa kamera sebagai pelakon.
Sambil menitipkan ucapan kepada produksi drama bersiri, Perempuan Itu, penyanyi lagu Hujan ini akui bergelar pelakon bukanlah hal yang senang.
“Pertama kali berlakon, pengalaman yang diingati sampai bila-bila. Jasa Kak Erma Fatima, memasukkan saya ke dalam bidang yang bukan mudah, akan saya kenang. 30 episod selama 2 bulan penggambaran untuk drama PEREMPUAN ITU, @tv3malaysia.
“@zul_ariffin orang pertama yang paling banyak mengajar saya. Terima kasih @missmimilana juga. Ramai lagi belum sempat bergambar sama, pun saya tidak lupa berterima kasih.
“Pengarah, krew, pelakon dan kesemua yang terlibat, kerja penat kalian amat saya hargai. Maaf jika ada yang kurang senang, tidak baik dari saya. Semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi.
“Kepada kalian yang sudi menyokong saya, terima kasih tidak putus memberi semangat. Saya berharap bidang lakonan ini dapat diteruskan. Tolong doakan saya ya?,” pintanya.
Iqbal berkongsikan perkara itu menerusi satu perkongsian terkini di Instagram.
Pelawak terkenal Indonesia, Andra Taulany dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Rien Wartia Trigina selepas hampir 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan Kompas TV, kisah mengenai penceraian itu telah tersebar pada Rabu dan telah mengejutkan ramai pihak.
Perkara tersebut turut disahkan oleh pegawai perhubungan awam, Pengadilan Agama Tigaraksa, Tangerang, Ummi Azma.
Katanya lagi, permohonan penceraian itu telah difailkan sejak April 2024.
“Untuk nama Andre Taulany Bin RNI Haumahu, memang dia benar telah membuat permohonan cerai talak terhadap istrinya Rein Wartia Trigina binti Yulius Anton di Pengadilan Agama Tigaraksa pada 4 April 2024,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, Ummi tidak menjelaskan alasan Andre memfailkan cerai terhadap isterinya itu.
“Untuk hal lebih lanjut, saya tak boleh nak jelaskan kerana penceraian ini merupakan hal tertutup dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.
“Yang pasti memang ada perkara yang telah difailkan oleh Andre,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ummi turut memaklumkan pasangan ini telah menjalani proses mediasi namun, usaha tersebut dikatakan gagal.
“Mereka sudah jalani proses mediasi. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan setakat ini. Ketika ini, saya tidak boleh maklumkan secara lebih terperinci,” kongsinya.
Sekadar informasi, Andre telah berkahwin dengan Rien Wartia pada tanggal 17 Disember 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Terdahulu, Andre merupakan antara pelawak terkenal Indonesia yang telah membintangi program seperti Lapor Pak, Bercanda Tapi Santai dan Opera Van Java.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Kompas TV & Instagram Andre Taulany
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Dini Schatzmann ada berkongsi hantaran terbaharu di laman Instagram bagi mempromosikan produk minuman berperisa kola daripada sebuah jenama terkenal dunia.
Menerusi foto yang dikongsikan itu, Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann dilihat sedang menjamu selesa di atas meja sambil menikmati minuman tin tersebut.
Bagaimanapun, ada yang dilihat seolah-olah kurang senang dengan hantaran berkenaan susulan ia didakwa mempunyai pertalian dengan sebuah negara.
Malah, ada segelintir pihak yang menyifatkan tindakan suami kepada pelakon, Janna Nick itu seakan tidak sensitif.
“Janganlah post pada waktu sekarang. Kesianlah saudara kita.
“Cubalah sensitif sikit. Orang tengah boikot dia promote pula.
“Sedih, tiada sensitiviti langsung. Walaupun sebagai pelengkap hidangan, simpan sendiri sahajalah di waktu sekarang.
“Awak artis merangkap pempengaruh untuk orang di luar sana tapi tak ada sensitiviti langsung. Money is king sampai sanggup ketepikan isu saudara kita di sana,” antara komen-komen netizen.
Sementara itu, ada juga netizen yang mendoakan semoga Dini dikurniakan rezeki yang lebih baik tanpa menunjukkan sokongan terhadap produk-produk yang mempunyai pertalian dengan Israel.
“Semoga Allah beri jalan dan melimpahkan rezeki Dini melalui produk dan cara lain yang tak terlibat dengan Zionist sehingga Dini boleh berkata tidak kepada offer-offer seperti ini.
“Berdoalah kepada Allah supaya diberikan lagi rezeki yang lebih walaupun tak menjadi duta kepada barang Zionist ini. Rezeki datang daripada Allah. Kita sama-sama Islam kena ambil berat tentang saudara Islam di Palestin.
“Semoga lebih berhati-hati dalam memilih kerja selepas ni. In shaAllah sedikit usaha kecil kita boikot yang berkaitan akan membantu saudara-saudara kita di Palestine sana. Semoga berkat jua hasil yg diperolehi tu nanti,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dini Schatzmann
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!