Kurang dua minggu sebelum majlis akad nikah berlangsung, penyanyi dangdut, Mas Idayu mengakui perasaannya semakin berdebar-debar menjelang hari bahagianya nanti.
Mas Idayu bakal disatukan dengan Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini.
Teruja untuk melangkah ke fasa baharu selepas lebih 17 bergelar ibu tunggal, Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.
Setakat hari ini, menurut Mas Idayu, sudah beberapa penajaan terpaksa ditolak secara baik memandangkan semua keperluan sudah dipenuhi.
“Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir mencecah RM8 juta.
“Sehingga ke hari ini pun masih ada lagi pihak yang mendekati untuk menaja beberapa keperluan perkahwinan, namun saya terpaksa tolak secara baik sebab semua persiapan Alhamdulillah sudah disediakan.
“Bercakap tentang perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.
Ads
“Macam majlis bersiram hari ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti,” katanya kepada MH.
Mas Idayu ditemui pada Majlis Bersiram di Telaga Bunga Spa, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Ahad. Majlis itu juga merupakan antara penajaan yang diterima penyanyi lagu Cintaku 100% itu menjelang hari bahagia.
Upacara bersiram itu turut dihadiri anak tunggal Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, 24, yang turut sama mendoakan kebahagiaan ibunya kali ini kekal sehingga akhir hayat.
Ads
“Sejujurnya saya tak pernah nampak mummy (Mas Idayu) happy macam sekarang dan saya tumpang seronok untuk dia.
“Mummy adalah pernah cakap selain excited, dia juga rasa nervous sebab tinggal beberapa hari sahaja dan dia berharap agar majlis itu nanti akan berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.
“Dulu-dulu susah saya nak terima orang baharu dalam keluarga tapi bila dengan daddy (Sufian), hati saya first time terbuka untuk tengok mummy kahwin lagi.
Ads
“Sebab saya pun dah besar dan memang nak mummy happy sahaja sampai bila-bila. Semoga ikatan yang dibina mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat,” kata Dayini.
Majlis akad nikah dan resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 16 September di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Lebih mengujakan, majlis resepsi bertemakan dongeng dan fantasi bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada hari itu nanti.
Sekadar info, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebuah drama bersiri, Kampung People kini yang disiarkan menerusi slot Lestary saluran TV3 semakin menjadi perhatian netizen dek kerana jalan cerita yang sangat menghiburkan.
Menerusi akaun Instagram milik pelakon Elly Mazlein, selaku watak utama dalam drama berkenaan, bintang ini ada mempromosikan drama berkenaan.
“Ada byk lg sc yg buat hal .. tu blum lg scene org kampung Jgn lupa dating dgn kami team #kampungpeople ya.
“Keluarga #anehaneh akn menghantui anda bermula mlm ni .. slot lestary.. setiap rabu hingga Jumaat.. jam 9mlm hanya d #Tv3 agitchuuuuuu.
“Rugi klu x tgk .. anda akn ketawa sepnjng masa sbab #kampungpeople ni smua orgnya #anehaneh.
“Yg tgh besedih, yg tgh stress, yg tgh rengsekkkk, yg tgh marah.. yg tgh sunyi, yg tgh sakit hati, yg tgh lapa ,mehhhh tgk #kampungpeople pasti buat anda sakit perut ketawa smpai muka jd biru ala ala lebammmm camtoooo haaaaa Jgn lupa tau mlm ni .. 9mlm di #Tv3 #kampungpeople pommmmm,” tulisnya.
Dalam pada itu, melihat di ruangan komen entri berkenaan rata-rata netizen memberi komen berasa terhibur apabila menonton drama tersebut.
Selain Elly Mazlein, pelakon Rashidi Ishak, Datuk Fizz Fairuz, Riena Diana dan ramai lagi turut membintangi dalam drama berkenaan.
Drama Kampung People disiarkan setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3.
Ia mengisahkan insiden lucu yang berlaku buat satu keluarga yang secara tidak sengaja menjadi saksi kepada satu kes jenayah. Lalu mereka terpaksa menukar identiti dan berhijrah ke kampung bagi mengelak daripada diburu penjenayah.
Lalu, mereka sekeluarga yang sudah terbiasa dengan gaya hidup bandar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di kampung.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Merindui bentuk badan ideal seperti sebelum ini, pelakon Nina Iskandar mengakui semuanya berubah apabila berbadan dua.
Malah, ada beberapa bahagian badannya yang ‘bertukar’, misalnya bentuk hidung yang kelihatan kian mengembang.
“I miss this moment. Bila hidung dah mengembang dan kita rasa diri dah membulat dan tak cantik.
“Tengok balik gambar-gambar lama, rasa nak nangis… dulu orang duk fitnah cakap bibir I botox, I buat muka,” tulisnya.
Mengimbau kembali peristiwa hitam apabila ditimpa kemalangan jalan raya, ada segelintir pihak membuat andaian pelakon itu menyuntik sesuatu di bahagian bibir.
Bagaimanapun, Nina menafikan perkara itu kerana bibirnya kelihatan membengkak kesan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan Shah Alam – Petaling Jaya pada November 2018 yang dialaminya.
“Tapi hakikatnya time tu baru lepas accident so bibir still bengkak kerana jahitan yang belum betul-betul dissolved lagi.
“But honestly at one point I was enjoying my lips being plump. It felt sexy. Rasa macam Angelina Jolie. Rasa exotic sekejap macam Latina pun ada.
“Sekarang bibir pun dah kembali normal dan muka hidung semua makin mengembang,” selorohnya.
Terdahulu, kemalangan yang dialminya sekitar jam 3 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari makan malam dan pengambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi.
Ketika itu, pelakon berusia 28 tahun itu difahamkan telah dilanggar dari belakang hingga menyebabkan kereta yang dinaiki berpusing dan melanggar pembahagi jalan.
Akibat dua kali pelanggaran dalam masa singkat, Nina mengalami kecederaan yang kini semuanya kembali pulih.
Viral sejak awal pagi tadi, foto selfie dalam keadaan seksi lelaki mirip penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tersebar luas di media sosial bersama seorang gadis dikenali dipercayai dikenali Nismel.
Difahamkan gadis berkenaan mempunyai perselisihan faham dengan seorang pengguna media sosial lain melibatkan hutang.
Malah, kenyataan tersebut turut diberikan gadis berkenaan di Insta Stories, beberapa jam lalu.
Memiliki lebih 90,000 pengikut di Instagram, ini dia entri foto gadis yang mulai diperkatakan ramai itu.
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.