Program realiti popular, Gegar Vaganza kembali dengan musim kesembilan (GV9) apabila menyaksikan 13 orang penyanyi bakal berentap bagi merebut gelaran juara musim terbaharu.

Seramai 13 penyanyi bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini yang terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu penyertaan berkumpulan.

Enam bintang solo perempuan yang memberi saingan kali ini ialah Dina Nadzir, Pat Candy, Tom, Haida Hasnan, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.

Sementara itu, senarai penyanyi solo lelaki yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Roy Kapilla, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Tomok dan Asheed.

IKLAN

Bagi penyanyi berkumpulan pula diwakili oleh VE yang dianggotai oleh Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim.

GV9 masih mengekalkan formal asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem per markah am 100 peratus barisan juri profesional.

IKLAN

Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Edisi kali ini akan dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan penyanyi, Elly Mazlein

IKLAN

Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari MBSA selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI