Selepas lama tidak muncul dengan sebarang naskhah terbaharu secara berkumpulan, De Fam tampil menyangkal dakwaan yang kononnya mereka bakal berpecah seterusnya membawa haluan masing-masing.

Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin menjelaskan, De Fam akan terus memeriahkan industri dan bakal tampil dengan kejutan istimewa, Oktober ini.

“Kami bersama sejak awal dan berjuang membawa muzik serta bakat kami. Insya-Allah kami tidak akan berpecah.

“Alhamdulillah kami memang teruja untuk kembali dan nantikan tidak lama saja lagi semua akan terjawab. Doakan dan teruslah sokong kami,” katanya kepada MH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DE FAM (@defamofficial)

De Fam ditemui pada majlis Awesome TV Now You See Me Screening 2023 di Subang Jaya pada Selasa.

Sementara itu, Sophia Liana pula berkata, walaupun kelibat De Fam mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, namun mereka sebenarnya masih lagi aktif diundang untuk membuat persembahan majlis luar.

Kumpulan yang popular dengan lagu Supergirls ini turut menambah, mereka akan sentiasa meletakkan keutamaan buat De Fam meski masing-masing terikat dengan kerjaya tersendiri.

“Kami tetap utamakan De Fam dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Macam De Fam, kami tubuh dan bentuk kumpulan ini sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DE FAM (@defamofficial)

“Jadi Insya-Allah kami akan terus bersama sebab kami memang sudah saling mengenali,” kata Sophia.

Selain Cik Manggis dan Sophia, De Fam turut dianggotai Azira Shafinaz yang juga aktif dalam bidang lakonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram De Fam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI